REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, April 2, 2013

Bila Mau Bubar? Lu Takut Ka Najib?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoNuFe725LOfK1V2KIoYZrM8RzDLZbyvuKeQhPozd8gnm8G6lqCMJfiKsmHLjlpntQB5mbOofq8kUeEfS9g3CDlUzGbVWk7hBTPypKsrA6Ct31Fzjceb3fJfBUe8fFuXsON8Q4G98-NsA/s1600/392819_420599384700112_711582366_n.jpg
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada 26 atau 27 April manakala tarikh pilihan raya pula pada 25 atau 26 Mei depan.

Katanya, jangkaan itu mengambil kira keadaan di mana DUN Negeri Sembilan sudahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mengadakan pilihan raya serentak di peringkat pusat dan negeri.

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN tersebut.

Mustafa juga meramalkan Najib akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean 2013 di Brunei – pada 25 dan 25 April – sebagai perdana menteri penuh dan bukannya sebagai pemimpin kerajaan sementara.

"Oleh itu beliau kena pergi sebagai PM penuh, bukan sebagai (PM sementara). Ia (dilihat) tak kuat (kalau hadir sebagai PM sementara).

"Mengambilkira sebulan (dari pembubaran DUN Negeri Sembilan), ada dua minggu untuk pengumuman calon, 11 hari berkempen, maka cukup adakan pilihan raya.

"Ia diadakan pada bulan Mei. Tidak boleh lanjut daripada itu... Ia disekalikan dengan negeri-negeri, maka pilihan raya pada 25 atau 26 Mei depan," kata Mustafa.

Beliau membuat ramalan itu dalam satu sidang media di ibu pejabat parti Islam itu di ibunegara sebelum Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengumumkan calon parti itu bagi parlimen Temerloh, Titiwangsa dan Baling.

Laporan akhbar hari ini pula menyebut, Najib mungkin membubarkan parlimen seawal esok untuk membolehkan pilihan raya dijalankan selewat-lewatnya pada 27 April.

Akhbar New Straits Times dan Berita Harian melaporkan, spekulasi itu timbul berikutan arahan kepada para menteri untuk menghadiri satu sesi fotografi khas esok.

Sesi fotografi itu, didakwa diadakan secara tradisi semasa sidang mesyuarat jemaah menteri terakhir sebelum perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen.

~MK~

No comments: