REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, October 22, 2013

Selangor Berhemah UMporNO Kedekut

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib.

Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

Meskipun Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal.

Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor.

Bina hospital baru
 
Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baru di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil.

Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja.

Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang "pandai berbelanja", berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara.

Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan.

Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya.

Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diuar-uarkan kepada umum.

Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang menteri besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri.
Berhati-hati berbelanja

Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baru sahaja bermula dan tempuh bagi PRU-14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama.

TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN.

Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan.
Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan bukan sekadar kemampuan.

TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya.

Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros.

Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka.

Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI.

FAEKAH HUSIN adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

No comments: