Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kerajaan tempoh sehingga 16 Mac depan bagi menjawap afidavit berhubung semakan kehakiman yang dipohon oleh Malaysiakini berhubung pengharaman buku-buku yang diterbitkannya.Hakim Aziah Ali berkata kerajaan mesti mengemukan jawapannya sebelum prosiding pengurusan kes pada 18 Mac ini. Peguam, K Shanmuga yang mewakili Malaysiakini berkata peguam negara seharusnya menarik bantahan permohonan kerajaan itu.
Juga mewakili Malaysiakini dalam permohonan semakan kehakiman itu adalah peguam Edward Saw.
Permohonan itu untuk mencabar tindakan kementerian dalam negeri mengharamkan buku kartun politik - '1Funny Malaysia' yang diterbitkan anak syarikatnya, Kinibooks yang diharamkan dan dirampas tahun lalu.
Dua buku komik lain, 'Perak Darul Kartun' dan 'Isu Dalam Kartun' juga diharamkan. Semua tiga buku itu adalah hasil karya Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.
Sebelum ini, ketua setiausaha kementerian dalam negeri, Tan Sri Mahmood Adam dipetik media sebagai berkata buku-buku itu diharamkan kerana pihaknya mendapati ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
Beliau dipetik berkata bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
Menurutnya lagi, ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata Mahmood.
~MK~
No comments:
Post a Comment