REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 16, 2011

UMNgOk Main Bomoh Dalam DUN Perak

ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim telah dipanggil memberi keterangan kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 25 Februari berhubung isu bomoh.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS Perak telah menerima surat rasmi dari setiausaha DUN Perak bertarikh 7 Februari lalu supaya memberi keterangan itu pada jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri di Bangunan SUK di Ipoh.

"Saya dikehendaki memberi keterangan berhubung isu bomoh yang saya bangkitkan dalam sidang DUN pada 2 disember 2010," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut perintah tetap di bawah fasal 36(3)(b) kerana sewaktu berbahas di dewan, (saya) telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang membawa masuk bomoh ke dalam DUN Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi speaker V Sivakumar dirampas.

"Dalam sidang tersebut saya menyebut terdapat seorang ADUN yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.

"Apabila saya enggan mendedahkan nama ADUN berkenaan, lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan," tambahnya.

Drs Khalil berkata, beliau akan mengadakan sidang media khusus mengenai surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi terhadapnya.

"Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa DUN perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri perak telah dijampi oleh bomoh tersebut," tambahnya.

~MK~

No comments: