REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, September 28, 2012

Soalan Percubaan SPM Standard Tadika Kemas

Cuba korang baca soalan percubaan SPM yang ini!!!


Aduh tak tau pulak aku yang soalan percubaan SPM senang macam kacang goreng. Yelah aku dah hampir 20 tahun lebih meninggalkan SPM. Tapi masa aku kat bangku sekolah menengah dulu rasa-rasanya soalan percubaan SPM lebih mencabar dari soalan SPM yang sebenar.

Dan aku rasa tak adalah pulak cikgu-cikgu di sekolah aku atau mana-mana sekolah lain pun di Malaysia ni yang buat soalan bodoh, bangang dan macam soalan untuk budak-budak tadika macam ni!!! Janganlah pulak aku dan masyarakat kata dah sewel ka cikgu ni buat soalan percubaan SPM senang gila macam ni???

Langsung tak mencabar minda remaja betul!!! Mangkuk hayun punya soalan!!!

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan BERSIH 3.0 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Menurut Puad, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.

Dari kenyataan pak menteri tersebut maksudnya soalan percubaan tu bolehlah dibuat. Kalau tetiba keluar dalam SPM pun budak-budak ni tentu boleh jawab sebab dah ada soalan bocor. Yang akan kena reject kalau soalan tu macam ni... Ini baru mencabar minda budak-budak tingkatkan 5.

Apa yang polis buat dengan peserta-peserta demo BERSIH 3.0?
__________________

Korang nak jawab apa kalau ada dalam soalan percubaan SPM yang macam ni? Oklah aku bagi jawapan untuk korang isi dalam petak kosong.

A. Belasah     B. Sepak     C. Terajang     D. Hisap rokok

Sampai dalam SPM pun dah masuk politik. Mentang-mentanglah nak PRU13. Namapak sangatlah betapa kemaruknya Murujib nak jadi PM. Tapi yang panas pungkoq TPM kitalah nak menjawab sebab dia pak Menteri Pelajaran. Dahlah dengar khabarnya soalan ni datangnya dari negeri Johor pulak tu.

Aduh mimpi ngeri la Cik Dik kita ni. Nasib.... nasib....

~MK~

No comments: