REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 21, 2011

Masih ada peluang tendang si bangang

Kerajaan Selangor optimis keputusan berhubung kedudukan kerusi DUN Pelabuhan Klang akan berpihak kepada mereka walaupun mahkamah sudah memutuskan Badrul Hisham Abdullah masih wakil rakyat yang sah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini dibuat tanpa kehadiran peguam kerajaan negeri.

"Perkara itu akan dibuat rayuan oleh Speaker kerana pada masa tersebut, perwakilan atau peguam dari pihak kerajaan negeri dan (speaker) Datuk Teng Chang Kim tidak menyertainya.

"Jadi kita mempunyai peluang untuk tetapkan masa keputusan dalam satu perbicaraan yang akan datang," katanya kepada pemberita..

Khamis lalu, mahkamah membatalkan pengisytiharan speaker DUN Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut. Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.

Speaker Datuk Teng Chang Khim akan memfailkan permohonan menerusi peguamnya bagi mengetepikan keputusan mahkamah minggu hadapan.

Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu. Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.

Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan. Sementara itu, Khalid sebelum itu menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah (notis 5A) dengan nilai premium baru kepada 117 penduduk Kampung Gombak Setia.

~MK~

No comments: