REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 21, 2011

Pro-M mahu pentadbiran UM bertanggungjawab

Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) menuntut pihak pentadbiran universiti bertanggungjawab di atas kehilangan seorang calon kerusi umum Pro-M, Masturah Abu Bakar.

Masturah dilaporkan hilang oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di pangsapuri Pantai Permai, kira-kira jam 4.15 petang semalam. Berikutan kehilangan itu, Nurhanis membuat laporan polis di balai polis Pantai, jan 12.20 malam tadi, selepas enam jam kehilangannya.

Menurut laporan Nurhanis, Masturah bersama beberapa orang wakil calonnya menziarahi rakannya di pangsapuri berkenaan jam 3.15 petang semalam untuk meminta rakan-rakannya di luar kampus turun mengundi esok.

Sepanjang tempoh ziarah tersebut, mangsa dan beberapa orang rakannya menyedari mereka telah diekori oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari jarak yang jauh. Hanis menceritakan bahawa Masturah turun untuk membeli kredit telefon bimbitnya di kedai berhampiran blok D dan mangsa menyuruhnya menunggu di blok E.

"Setelah kira-kira 10 minit menunggu, saya mendapati Masturah tidak juga kelihatan dan telefon bimbitnya gagal dihubungi," ceritanya.

Manakala satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang lagi wakil calon, Rohayu Rosli berhubung panggilan telefon berbau ugutan yang diterimanya jam 11.15 pagi hari ini. Individu yang membuat pangilan berkenaan mengugut Rohayu supaya tidak melaporkan kes tersebut kepada polis sekiranya mahu mangsa selamat.

200 berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor

Sementara itu, sekumpulan Pro-M berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC) petang tadi bagi menyerahkan memorandum menuntut pihak universiti bertanggungjawab di atas kehilangan itu.

Memorandum berkenaan juga membantah tempoh kempen yang diadakan pada waktu cuti, ketika kebanyakan pelajar tiada di kolej kediaman. Perhimpunan dan serahan memorandum tesebut diketuai Pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah.

~harakah~

No comments: