REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 21, 2011

Pemuda PAS ikrar pertahan Kedah

Pemuda PAS menunjukkan isyarat jelas bahawa kemenangan PAS di Negeri Kedah perlu di pertahankan dalam PRU-13 nanti daripada pengkhianat agama dan bangsa, Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata Pemuda PAS perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan sama ada senang atau pun susah.

“Hari ini pemuda PAS telah menunjukkan isyarat bahawa negeri Kedah ini perlu di pertahankan.
“Pemuda Islam perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah untuk menunjukkan ketaatan kepada perjuangan Islam” katanya dalam Himpinan 30,000 Pemuda PAS di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Beliau yang juga mantan ketua Pemuda PAS Pusat berkata jiwa pemuda Islam tudak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pemuda perlu berubah sekarang dan menyelesaikan masalah remaja di dalam masyarakat.

“Pemuda perlu rapat dengan rakan-rakan sebaya, kawan-kawan. Pemuda perlu menyelesaikan masalah masyarakat” katanya dalam pidato beliau.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Pemuda PAS menterjemahkan akidah perjuangan dalam gerak kerja Islam.

Beliau juga menyarankan Pemuda PAS berusaha memahami sejarah perjuangan pergerakan Islam. Himpunan hari ini di meriahkan dengan kehadiran selebriti Bob Lokman di atas pentas bersama pimpinan PAS.

Acara petang akan di teruskan dengan persembahan daripada Bob Lokman, Radzi ‘Melisa’ dan Pak Long. Peserta himpunan juga akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara wakil Pemua PAS dan veteran bola sepak kebangsaan.

~harakah~

No comments: