REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 19, 2011

Persamaan Malaysia Dan Mesir Adalah Sistemnya

Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia. Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

~amkpermatangpauh~

No comments: