Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee tidak kisah berapa majoriti yang bakal diperolehinya asalkan beliau dapat memenangi pilihan raya di Dun ini kali ini. Katanya, soal majoriti tidak penting baginya kerana yang lebih penting adalah semangat perubahan yang ada pada rakyat di Dun ini buat masa ini.
"Kita tak kisah berapa majoriti, janji kita menang.
"Kelantan dulu dua kerusi pun boleh memerintah,"katanya kepada media yang turut menjangkakan beliau boleh menang kali ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan semasa melawat tempat mengundi di SRJKC Chung Hua, Hilir Pusa di sini. Katanya lagi, beliau sehingga sekarang masih positif memandangkan sokongan rakyat terhadap PAS jelas kelihatan.
"So far Alhamdulillah, sangat positif...simbol 'peace' yang kita perkenalkan memang menjadi ikutan disini.
"Sehinggakan lawatan kita ke rumah panjang pun disambut 'hidup bulan',"katanya.
Yakin undi meningkat
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang turut menemani calon berkata, beliau yakin undi terhadap PAS kali ini akan meningkat berbanding pilihan raya 2006 lalu.
"Kita lihat mood rakyat kali ini sangat lain. Kalau dulu kita datang mereka sambut kita dengan Parang, tapi sekarang tak ada kawasan yang kita tak boleh masuk,"ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau turut yakin pengundi muda juga turut bersama Pakatan Rakyat.
"Untuk lima Dun yang kita tanding ini, insyaAllah kita akan jadikan tapak untuk kita teruskan tugas dakwah kita di sini,"katanya.
Bot percuma ke seberang Pusa
Dalam pada itu, penduduk sekitar Dun Beting Maro khususnya di Pusa boleh menikmati perkhidmatan bot percuma sempena hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak hari ini. Kemudahan itu diberikan kepada mereka yang mahu menyeberangi Sungai Saribas ke tiga perkampungan di seberang.
Difahamkan, bot-bot ini telah disewa sehari oleh parti-parti bertanding.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment