REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 27, 2011

Pengundi Cina Mula Beralih Kepada Pakatan Rakyat

Kemenangan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana DAP turut disokong oleh pengundi bukan Cina serta faktor pengundi bandar dan luar bandar.

Jelasnya, tanpa sokongan sekurang-kurangnya 25 peratus pengundi bukan Cina, DAP tidak akan dapat memenangi 12 kerusi itu.

"Tanpa sokongan daripada pengundi bukan Cina, kita tidak dapat menang 12 kerusi dan secara purata sokongan pengundi bukan Cina ialah 32 peratus. Ini analisa yang kita buat," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan para pemimpin Umno dan media mereka kononnya DAP menang di Sarawak kerana memainkan sentimen perkauman. Sedangkan bagi DAP, mereka menjadikan isu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud sebagai modal kempen utama mereka.

Guan Eng berkata, DAP juga menang di kebanyakan kawasan bandar, berbeza dengan BN yang memenangi kerusi di pedalaman dan luar bandar. Ini menunjukkan pengundi yang bermaklumat di bandar akan menyokong Pakatan manakala pengundi tanpa maklumat yang cukup di luar bandar boleh dimanipulasikan oleh BN.

"Perbezaan undi yang kita dapat bukan berdasarkan kaum tapi berdasarkan lokasi, faktor geografi iaitu luar bandar dan bandar. BN hanya menang di kawasan pedalaman.

"Yang paling tinggi DAP menang ialah Kidorong, kita dapat sokongan 63 peratus pengundi bukan cina dengan majoriti 7,000 undi. Tanpa sokongan bukan Cina DAP tak mungkin dapat undi sebegini," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Analisa ini tegasnya sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa DAP menang banyak kerusi di Sarawak kerana semangat perkauman. Menurutnya, rakyat Sarawak sendiri yang mahukan perubahan dan menolak kepimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud yang penuh dengan salah guna kuasa.

"Percubaan Umno untuk cuba menjadikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebagai satu isu perkauman adalah satu tindakan terdesak yang cuba menafikan sebab sebenarnya mereka kalah di sarawak.

"Tiga sebab utama mereka hilang lapan peratus undi popular ialah rakyat sarawak mahukan perubahan setelah lama diperintah Taib Mahmud, tak mahu rasuah berterusan dan mahu urus tadbir yang baik," katanya.

DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan lapan peratus undi popular BN daripada 63 peratus pada pilihan raya tahun 2006 kepada 55 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini. Namun yang menghairankan DAP adalah, BN berjaya mendapat 77 peratus kerusi walaupun undi popular yang diperolehinya hanya 55 peratus.

"Ini adalah satu kezaliman BN dalam persempadanan kerusi pilihan raya di Sarawak," kata Guan Eng.

DAP cabar Wan Ahmad

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Wan Ahmad Wan Omar agar memberikan penjelasan yang lebih berhubung dakwaannya terhadap DAP.

Wan Ahmad mendakwa, seorang calon DAP telah memainkan sentimen perkauman apabila dalam satu ucapan tertutupnya berkata, "Sudah cukup orang Melanau menjadi Ketua Menteri."

Wan Ahmad berkata, dia hanya memetik kata-kata Menteri Penerangan, Datuk Sri Rais Yatim.

"Ini bukan kenyataan dari seorang pemimpin badan bebas seperti SPR.

"Saya menuntut Wan Ahmad memberikan penjelasan yang lebih lagi kerana penjelasan ini tidak cukup untuk beliau menuduh DAP bersikap perkauman kerana tidak ada bukti yang diberikan, hanya berkata Rais yang kata begitu.

"Jika tidak, saya difahamkan DAP Sarawak akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata beliau.

~harakah~

No comments: