REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 27, 2011

Kroni Murujib Caj Emel 1Malaysia 50 sen Tapi Yahoo, Gmail Bagi FREE Saja

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015. Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

'Secure Sockets Layer'

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

"Diandaikanlah saya ini pejabat pos, saya, telahpun mendapat mel dan anda juga akan dapat, tetapi jika anda mahukan keselamatan tambahan seperti menyimpan dokumen, maka di situ, akan dikenakan caj tambahan yang pengguna perlu bayar.

"Bagaimanapun, ia adalah pilihan sama ada mereka mahu dapatkan mel sulit dan selamat biasa dengan caj 50 sen atau mereka mahukan ia disimpan. Setiap satu mel itu akan dikenakan bayaran," katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar. Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.

Pada sidang media itu, Khairun juga berkata Tricubes telah dilantik oleh kerajaan untuk menerajui projek permulaan myemail.

"Setakat hari ini, tiada lagi agensi menyertainya. Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi dan kini berunding dengan sebuah agensi yang merupakan pelanggan sedia ada kami dan kami berharap dapat memperolehi beberapa pelanggan menjelang hujung tahun," katanya.

Projek Emel 1Malaysia, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: "Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.

"Peranan kerajaan sudah jelas dikenal pasti sebagai fasilitator."

~MK~

No comments: