REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 25, 2011

Mahkamah dengar penggulungan hujah peguam bela

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka akan mendengar hujah penggulungan daripada peguam bela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II. KeadilanDaily melaporkan, pada asalnya, mahkamah menetapkan Isnin lalu (18 April) sebagai tarikh mendengar penghujahan itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan tersebut dalam satu surat bertarikh 6 April. Kes Fitnah II itu kini memasuki peringkat penggulungan hujah kedua-dua pasukan pendakwa dan peguambela selepas kesemua saksi pendakwa dipanggil memberi keterangan.

Hakim Zabidin dijangka membuat keputusan samada pendakwaraya berjaya membuktikan wujud kes prima facie sebaik sahaja kedua-dua pihak menggulung hujah mereka. Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.15 petang dan 4 petang 26 Jun 2008.

Pada perbicaraan 24 Mac lalu, mahkamah menolak permohonan peguam supaya ketiga barangan yang diperoleh secara tipu helah itu tidak dijadikan sebagai bahan bukti. Barang berkenaan iaitu tuala good morning, berus gigi dan botol mineral yang diambil ketika Anwar ditahan di lokap.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwa yang dipanggil memberi keterangan menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan keterangan antara satu sama lain.

~harakah~

No comments: