PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.
"Dari sudut PAS, PAS kata siasat dahulu sebab proses yang dilakukan oleh kerajaan ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang ada.
"Ia bukan berdasarkan kepada kaedah Islam. Jadi (PAS) ikut proses perlembagaannya, (dan mengikut) undang-undang yang sedia ada
"Kalau kerajaan memutuskan cara mengikut Islam, (di) Mahkamah Syariah. Tapi di Mahkamah Syariah dalam kes liwat (sebelum ini) dah tolak dah... Kalau itu, kita lihat posisi kita lagu (macam) mana.
"Kalau betul-betul kerajaan memutuskan kes ini mengikut cara Syariah misalnya, kita akan adakan satu pendirian kita," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau menjawab soalan wartawan berhubung cadangan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan supaya ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah (sumpah laknat) bagi membersihkan dirinya dari tuduhan bahawa individu dalam video tersebut adalah mirip kepada beliau.
Menjawab soalan bahawa dengan bersumpah, Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, Mustafa enggan mengulas "perkara yang tidak berlaku" dan sekali lagi berpegang kepada pendirian yang dinyatakannya sebelum itu.
Mustafa juga enggan menjawab andaian bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.
"Kalau bukan dia (dalam video) macam mana...sehingga betul bahawa itu adalah (Anwar), baru kita boleh buat pendirian macam mana," katanya.
Mengulas kesediaan Datuk T - Tan Sri Rahim Thambu Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim menjadi saksi dalam kes video tersebut, Mustafa berkata:
"Dalam Islam orang yang layak jadi saksi ada kriteria, kena tegoklah trio ini layak jadi saksi atau tidak. Saya tidak mahu komen jauhlah sebab kita kenal pesonaliti ini.
"Jadi ada kaeadah-kaedah berlainan. Jadi kena lihat dari sudut konteklah. Kalau nak cara Islam caranya begini. Tapi kerajaan sekarang menggunakan cara megikut undang-undang, kita ikut lunas itulah".
~MK~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment