REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, April 17, 2011

PRN Sarawak indikator penting PRU 13

Apakah kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya ini akan menjadi penanda aras untuk menentukan bilakah pilihan raya umum ke 13 akan dipanggil oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Pengerusi DAP, Karpal Singh, dengan kejayaan Pakatan Rakyat menambahkan bilangan kerusinya di Sarawak, BN tidak akan berani memanggil pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini. "Saya tak fikir kepimpinan BN berani membuat pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini," kata Karpal dalam satu kenyataannya.

Pakatan dijangka akan berjaya menambahkan kerusinya dari sembilan dalam PRN 2006 ke sekurang-kurangnya 15 dalam pilihan raya kali ini. Pencapaian terbesar Pakatan adalah di kerusi-kerusi kawasan bandar iaitu di kalangan pengundi Cina.

DAP dijangka akan mendapat 12 kerusi manakala PKR sekurang-kurangnya tiga kerusi. Ini bermakna, BN tidak akan membuat pilihan raya umum sehinggalah mereka mempunyai formula yang jelas untuk mengekang pengaruh Pakatan di kawasan bandar ini.

Senjata ampuh yang ada pada BN setiap lapan tahun ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang terakhir ia diadakan pada tahun 2003. Ini bermakna, ia boleh dibuat lagi selepas 2011 iaitu seawalnya 2012.

Selepas kalah teruk kepada PAS dalam pilihan raya umum 1999, kerajaan BN melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat perubahan besar-besaran kepada sempadan kawasan pilihan raya di seluruh Semenanjung.

Melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, BN telah menambah kerusi Parlimen di kawasan Cina setelah bimbang dengan sokongan Melayu kepada PAS pada PRU 1999.

Ekoran itu, negeri-negeri Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak mempunyai sebarang penambahan kawasan Parlimen dalam persempadanan itu untuk menyekat penguasaan PAS melalui kerusi Melayu.

Kawasan-kawasan Parlimen PAS juga dipecahkan dengan memasukkan pengundi Cina ke kawasan mereka. Yang paling terasa dengan pendekatan ini adalah Mohamad Sabu (Kuala Kedah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Hasilnya kedua-dua tokoh PAS itu kalah dalam pilihan raya umum 2004.

Jika pendekatan ini diyakini oleh BN, pilihan raya umum ke 13 hanya akan diadakan selepas seawalnya tahun 2012 iaitu selepas tempoh matang untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya tiba.

~harakah~

No comments: