REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, April 14, 2011

Propaganda Paling BumNgok Dan Bangang

Sentimen anti Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Baru Bian sebagai ketua menteri menjadi antara modal terakhir BN bagi menawan hati pengundi Bumi Kenyalang. Selepas beberapa hari memainkan sentimen Pakatan Rakyat sebagai “parti semenanjung”, BN menggunakan media tempatan bagi mengiklankan ‘propaganda’ mereka, antaranya melalui Utusan Sawarak.

“Jom ubah? Baru Bian jadi ketua. Sik nyesalkah kita kelak! (Tidak menyesalkan kita nanti!),” iklan muka depan dalam akhbar yang popular bagi masyarakat Melayu, Melanau dan Iban itu dipetik.

Pendekatan itu merupakan yang pertama dibuat secara terbuka di dada akhbar selepas sembilan hari tempoh berkempen. Malah, tidak seperti PKR, ceramah dan kempen BN belum dikesan dan dilaporkan memainkan isu itu.

Bagaimanapun, satu lagi akhbar tempatan Utusan Borneo – pesaing utama Utusan Sarawak – tidak memuatkan iklan itu, sebaliknya memberikan satu muka penuh tentang manifesto BN dan pencapaian gabungan 14 parti komponen itu.

Utusan Sarawak juga mengambil pendekatan ‘pelik’ apabila memuatkan analisis berhubung masa depan Baru di Sarawak dan surat pembaca menyentuh kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di muka depan.

Kebiasaan akhbar di Malaysia meletakkan ruangan itu di muka surat dalam sahaja ekoran muka depan dianggap terlalu ‘mahal’.
‘Kau punya CM jaga betul hak kamu’

Artikel berjudul “Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak” mempertikaikan sejauh mana perkara itu akan menjadi realiti berdasarkan rekod PKR “tidak mengotakan janji”, antaranya melalui idea pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Manakala surat pembaca daripada Jitam Antin pula memetik pandangan seorang penduduk Sabah bahawa rakyat Sarawak beruntung memiliki ketua menteri sedia ada.

“Kau punya CM (ketua menteri) jaga betul-betul hak kamu orang Sarawak. Kami di Sabah berlawan sesama sendiri sekarang hilang semuanya. Semua decision (keputusan) kena refer (rujuk) pergi KL saja,” demikian menurut tulisan itu.

Sebelum ini, Pemuda PKR mendakwa isu itu hanya dimainkan di beberapa kawasan majoriti Melayu dan Melanau bagi menakut-nakutkan pengundi di kawasan itu. Bagaimanapun, hanya pengedaran poster Baru Bian dikesan.

Abdul Taib yang mentadbir Sarawak selama 30 tahun merupakan seorang Melayu/Melanau – antara kelompok minoriti berbanding masyarakat Dayak di negeri itu. Di pihak PKR pula, isu Baru sebagai bakal ketua menteri memang dijadikan modal kempen mereka, terutamanya di kawasan majoriti Iban.

Cina hilang jawatan penting

Justeru, pendekatan BN hari ini dilihat ditujukan kepada masyarakat Melayu dan Melanau bagi mengekalkan sokongan kelompok itu yang dianggap tidak berganjak padanya. Bacaan terkini menunjukkan undi Cina sudah 70 peratus memihak kepada Pakatan manakala undi Iban pula mulai ‘goyang’ dan berpotensi berubah.

Sementara itu, isu Pakatan sebagai parti semenanjung dan “orang luar” – yang dihangatkan oleh pemimpin penting BN dalam beberapa hari kebelakangan ini – diteruskan di dada-dada akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.

Iklan yang juga di halaman depan itu berbunyi: “CHANGE??? We may ‘fight’ among ourselves. But together we fight outsiders! And together we protect Sarawak’s interest. Vote for state BN by truly Sarawakians.”

(Bermaksud: Perubahan? Kita mungkin ‘berjuang’ sesama sendiri. Tetapi akan bersama-sama menentang pihak luar. Dan bersatu mempertahankan kepentingan Sarawak. Undilah BN negeri, daripada anak jati Sarawak.)

Manakala ikhlan di akhbar-akhbar Cina pula dilaporkan memberi amaran, sekiranya SUPP tewas teruk, masyarakat itu akan hilang jawatan ketua menteri, menteri dan semua timbalan menteri serta kuasa melantik ketua masyarakat dan datuk bandar di Kuhcing dan Miri.

“Masyarakat Cina akan diketepikan dalam arena politik dan sosial,” iklan itu dipetik.

~MK~

No comments: