REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, April 16, 2011

Rakyat Sarawak Boleh Menerima KEADILAN ISLAM

PAS berkeyakinan rakyat Sarawak bakal membuat kejutan hari ini berdasar kepada momentum penerimaan mereka terhadap kempen Pakatan Rakyat. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sambutan di kalangan pengundi muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat begitu memberangsangkan sekali sepanjang kempen diadakan.

Katanya, penerimaan orang muda terhadap kempen dilakukan calon PAS dan jenteranya begitu baik sekali.

”Saya melihat ada peluang cerah buat PAS untuk bertapak bersama rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat di Sarawak.

”Bagi penduduk bukan Islam mereka menerima baik kempen dijalankan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Malah ada yang tidak takut lagi untuk menampalkan bendera PAS di rumah mereka,” katanya ketika ditemui media sekembali dari menerima anugerah di Universiti Islam Yala di Pattani petang semalam.

Sebelum itu Ustaz Abdul Hadi menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani disampaikan Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi. Presiden PAS hadir ke Universiti Islam Yala sekembali daripada kempen membantu calon PAS di Sarawak.

Beliau bergegas dari Kuala Lumpur malam semalam menggunakan kenderaan darat selepas terlepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Presiden PAS berkata, pilihan raya negeri ini memberi peluang lebih cerah kepada PAS untuk bertapak lebih kukuh di Sarawak.

”PAS bertanding di lima kerusi Dun bagi membawa mesej Islam kepada masyarakat. Rakyat Sarawak hendaklah menggunakan peluang terbaik esok.

”Ini kerana biar pun bumi Sarawak kaya dengan pelbagai hasil bumi, namun penduduk negeri itu masih ramai lagi miskin,” ujarnya.

Pada pilihan raya negeri kali ini PAS bertanding sebagai mewakili Pakatan Rakyat di Dun Beting Maro, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Tanjung Datu.


~harakah~

No comments: