Adakah prediksi Tun Dr Mahathir akan terbukti benar di mana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal mengalami nasib yang sama seperti Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999?
Itulah persoalan yang tengah bermain di minda penasihat DAP, Lim Kit Siang ekoran saranan bekas perdana menteri itu kepada Taib semalam untuk ‘belajar dari sejarah’ seorang MB yang berkeras ingin meneruskan khidmatnya sehingga satu negeri dikalahkan.
“Bolehkah bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed dibuktikan tepat apabila beliau secara kiasan menasihatkan KM Sarawak, Abdul Taib Mahmud untuk “belajar daripada sejarah” dalam membuat keputusan bila masa untuk berundur dengan memberikan contoh seorang MB yang berkeras mahu meneruskan dan akhirnya kalah seluruh negeri,” kata Lim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily semalam.
Mengakui bahawa faktor Taib yang terlalu lama menjadi KM telah menjadi senjata yang paling berkesan terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri Sarawak yang ke 10, Lim berkata perkara itu turut menyatukan seluruh rakyat negeri Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.
Bahkan, beliau berkata faktor penyatuan itu bukan sahaja kerana tempoh pemerintahannya yang terlampau panjang, tapi lebih kepada salah tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan negeri di bawah Taib, yang diselubungi dakwaan-dakwaan korupsi dan salah guna kuasa yang bergunung tingginya dan tidak dijawab langsung oleh sesiapa.
Hujjah ini juga dibuat oleh Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri Kelantan yang berkata, isu lama satu hal tetapi yang lebih penting isu pemimpin lama yang didakwa terlibat dengan korupsi, hidup mewah dan salahguna kuasa.
Husam menjawab kenyataan Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali apabila Husam meminta BN menamakan pengganti Taib tetapi Ibrahim meminta Husam meminta MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz menamakan pengganti beliau.
Najib tidak berkuasa
Walaupun mengetahui bahawa Taib sudah menjadi satu liabiliti, Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak langsung tidak berkuasa untuk memastikan Taib turun sebagai Ketua Menteri di mana beliau mendakwa bahawa semua taktik Najib untuk menurunkan Taib telah digagalkan oleh Taib sendiri.
“Tiada apa-apa yang boleh dibuat Perdana Menteri. Sebagai contoh, semasa Najib ‘menutup’ Putrajaya untuk 6 hari dan membawa seluruh kabinetnya untuk berkempen di Sarawak Ahad lepas, mesej pertama beliau untuk menyakinkan rakyat Sarawak ialah bahawa satu pertukaran kepimpinan akan berlaku sejurus selepas pilihanraya kecil.
"Tapi Taib tidak mahu mengikut skrip yang sama, dan memberitahu Najib secara terang-terangan keesokkan harinya apabila menjawab beliau akan bersara ‘beberapa tahun lagi’,” kata Lim (gambar).
Lim turut mempersendakan dakwaan Taib bahawa beliau sudahpun menyediakan seorang pengganti untuk 20 tahun yang lepas sebagai satu ‘misteri politik terhebat abad ini’ kerana tiada manusia, termasuk Taib dan ‘pengganti’nya tahu akan hal tersebut.
“Sudah terang lagi bersuluh bahawa ia masih elastik untuk Taib dan juga tempoh beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sarawak, dan berdasarkan keputusan pada hari Sabtu ini, ia mungkin berbeza dari tempoh dua, tiga dan empat mungkin lima tahun!” senda Lim.
Mengenai peluang Pakatan Rakyat, Lim secara rendah diri berkata matlamat untuk menghalang BN daripada mendapat dua pertiga majoriti boleh dicapai, dan jika ia dicapai, ia adalah kekalahan terburuk dalam sejarah buat BN dan semestinya membuka pintu persaraaan lebih awal buat Taib.
“Tidak mungkin Taib boleh terus menjadi KM jika beliau kehilangan dua pertiga majoriti di DUN pada hari Sabtu ini dan ini juga akan memberikan impak kepada masa depan politik Najib dan juga pilihanraya umum ke 13 yang sudah tertangguh lama,” kata Lim, sambil menyeru semua rakannya bekerja kuat selagi keputusan tidak diumumkan.
“Dalam masa sehari sebelum mengundi ini, Barisan Nasional akan bertungkus lumus untuk ‘mencuri’ pilihanraya negeri Sarawak ke 10 dengan segala taktik kotor mereka,” tambah Lim.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment