Angin perubahan yang bertiup kencang di Sarawak dilihat lebih hebat daripada apa yang berlaku ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008. Malah menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, perubahan landskap politik yang bakal berlaku di Bumi Kenyalang itu adalah 1,000 kali ganda daripada apa yang berlaku semasa PRU12.
"Saya lihat keadaan yang amat menakjubkan di Sarawak. Pendidikan politik kepada rakyat Sarawak yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat benar-benar telah membawa hasil yang di luar jangkaan kita.
"Sama ada perubahan ini akan membawa kepada undi Pakatan Rakyat adalah soalan kedua tetapi apa yang lebih penting kesedaran politik rakyat Sarawak berada pada tahap yang tinggi," kata beliau ketika di temui TV Selangor.
Johari berkata "politik mee segera" dan curahan imbuhan kepada pengundi di negeri ini mungkin tidak lagi dapat membantu Barisan Nasional mengekalkan kuasa mereka apatah lagi kini sentimen anti-Taib amat jelas di seluruh pelusuk Sarawak.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Kapten Dr M.R. Summugam pula berkata, pengamatan beliau sejak 1994 mendapati penduduk Sarawwak kini sedar mereka sudah mempunyai parti alternatif yang mempunyai kapasiti, pengalaman serta kredibiliti untuk mentadbir negeri ini.
"Ini berdasarkan kepada pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di Semenanjung yang menjadi model dan rangsangan kepada kebangkitan dan semangat baru untuk membuat perubahan," kata Dr Summugam.
Kata beliau perubahan pemikiran politik rakyat Sarawak adalah satu hukum alam yang pasti berlaku apabila masyarakat tidak lagi boleh menerima kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh BN terhadap mereka sejak 50 tahun lalu.
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment