REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 11, 2011

Taik Mamoth sepatutnya berundur 5 tahun lalu

Pemimpin Pakatan Rakyat mempersendakan kenyataan perdana menteri bahawa Ketua Menteri Sarawak yang sudah lama berkhidmat, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi, ketika kenyataan itu dibuat.

“Adakah ini satu lagi gimik murahan oleh Najib untuk menutup mata rakyat? Jika benar Taib akan meletakkan jawatan, persoalannya ialah bila? 2015? 2020?” soal Anwar dalam satu sidang akhbar di Kuching hari ini.

Katanya, satu lagi soalan yang mesti dijawab ialah siapakah pengganti Taib.

Ditanya mengenai tarikh yang sesuai bagi Taib berundur, Anwar dijawab: “Lima tahun lepas. Beliau tidak sepatutnya bertanding (dalam pilihan raya ini)."

Semalam, Najib cuba menenangkan rasa tidak puashati terhadap Taib – yang menjadi fokus utama kempen Pakatan Rakyat – dengan berjanji bahawa Taib akan berundur, tetapi tidak menyatakan tarikh sebenarnya.

Dalam satu perkembangan berkaitan, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan satu keratan akhbar bertarikh 7 November 1995 yang memetik Taib sebagai berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam masa “lima tahun”.

Saifuddin berkata, apabila sampai tarikh tersebut pada 2000, perdana menteri paling kuat dalam sejarah negarai - Tun Dr Mahathir Mohamad sekali pun - tidak mampu membuat Taib mengotai janjinya itu.

~MK~

No comments: