REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 16, 2012

Himpunan Aman Oren Penyelamat Melayu

Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada  Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.

Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.

“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.




(Perhimpunan Oren di Kuala Lumpur Sabtu lepas)

Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian  FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.

Teras yakin  dengan kedudukan ekonomi dunia dan rantau dalam keadaan meleset untuk jangka waktu yang agak panjang, penyenaraian aset Felda dalam  pasaran saham akan mendedahkan peneroka kepada manipulasi aset mereka dalam Koperasi Felda oleh pembeli dan penjual saham.

Ini dilihat sebagai isu pokok yang dibantah oleh peneroka . Namun harus difahami kemungkinan terlepasnya harta paling berharga kepada orang Melayu iaitu tanah adalah bencana terbesar kepada nasib orang Melayu.

Aset tanah bukan  hanya harus dilihat sebagai komoditi semata-mata namun ia adalah tapak pembinaan bangsa yang sangat asasi. Kehilangan tanah bermakna hilangnya segala kekuatan sosio-ekonomi dan politik Melayu.

Tergadainya tanah Melayu bermakna hilangnya wilayah dan tercabutnya kemerdekaan malah kedaulatan bangsa.

Sebab itu Teras berpendirian tuntutan rakyat agar Felda diselamatkan bukan hanya soal hak peneroka. Ia adalah agenda menjaminkan kesinambungan bangsa Melayu dalam aspek sosial , ekonomi , budaya , politik serta survival bangsa.

Menolak dan membantah langkah kerajaan dalam isu ini semestinya perlu dilihat sebagai satu gerakan perubahan politik Melayu. Ketika kemerdekaan Tanah air diperjuangkan, wilayah bangsa Melayu diidentitikan dengan tanah. Oleh kerana itu kehilangan tanah Felda milik orang Melayu seharusnya dibangkitkan semula sebagai tuntutan politik bangsa .


Jika kerajaan maseh beria-ia untuk  meneruskan langkah penyenaraian FGVH atas alasan potensi ekonomi, Teras tetap menyatakan langkah itu mengundang kepada kesilapan yang besar.

Tidak ada sesiapapun dikalangan ahli ekonomi yang dapat menjaminkan nilai saham FGVH akan kekal kukuh. Hanya dengan perhitungan nilai saham semasa dan membuat unjuran bahawa pendapat peneroka akan jauh lebih baik, hanya satu andaian.

Bukan satu perkara yang mustahil satu penyenaraian berakhir dengan kerugian besar kepada syarikat bila keseluruhan bursa saham menghadapi krisis keyakinan akibat ekonomi global.

Ketika ini terjadi manipulasi dan spekulasi saham akan menjadi sasaran. Aset Felda dalam bentuk tanah akan jatuh ketangan orang asing.

Teras menyokong penuh memorandum Perhimpunan Oren untuk dipertimbangkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong. Sikap keras kerajaan untuk tidak mahu mempertimbangkan tuntutan rakyat harus diteliti dengan serius oleh YDP Agong.

Bagi bangsa Melayu, hanya ada satu pilihan. Isu ini seharusnya dijadi titik tolak politik orang Melayu untuk menolak kerajaan dalam PRU 13 akan datang.

~MK~

No comments: