REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 17, 2011

KJ juga yang melepas dalam rombakan kabinet

Spekulasi mengenai pengumuman rombakan kabinet tersebar secara meluas melalui tweets dan SMS. Bernama menerima banyak pertanyaan selepas khabar angin mengenainya mula tersebar melalui tweets dan SMS.

Malah, portal berita mStar Online melaporkan bahawa dua timbalan menteri akan dilantik sebagai menteri penuh, manakala presiden sebuah parti, juga akan turut dilantik sebagai menteri.

Portal itu menyebut bahawa kenyataan berhubung rombakan kabinet itu dijangka dikeluarkan. Sebuah krew TV telah berkampung di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menunggu pengumuman tersebut.

Seorang pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika dihubungi kira-kira jam 6 petang tadi, berkata bosnya tidak membayangkan apa-apa mengenai rombakan kabinet selepas mengadakan wawancara dengan sebuah organisasi berita Turki lewat petang ini.

Dan seorang menteri kabinet MCA, ketika dihubungi, berkata perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet. Sementara itu, mStar menyiarkan sebuah lagi berita bahawa rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari semalam, mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir. Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

~MK~

No comments: