
Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di Kuching. Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang. Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Pada 28 Januari lalu, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK Merlimau ialah pada 26 Februari dan hari pengundian pula 6 Mac.
~MK~
No comments:
Post a Comment