REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 1, 2011

Politik Negeri Sarawak

Masuk hari ni dah 2 hari dah gua dekat Bandar Kucing. Bandar ni boleh tahan, tak sesak sangat & tak sunyi sangat. Mat rempit beroperasi dengan bebas sebaik jam melepasi angka 9:00 malam. Trafik lebih kurang Bandar Kota Bharu, sesak dijalan-jalan utama sebelum opis awer & selepas opis awer.

Cuaca setakat ni ok.

Malam tadi sempat sembang dengan kawan lama yang aku baru jumpa di Kucing... "kawan lama" sebab dia dah lama kenal aku dalam Facebook tapi baru dapat jumpa di Sarawak padahal sama-sama berasal dari Pantai Timur - Kelantan.

Sempat jugak bersembang dengan anak tempatan Sarawak berkenaan dengan Politik di Sarawak. banyak benda baru aku belajar dekat sini berkenaan dengan Politik Sarawak yang pada aku 110% (pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) berlainan dengan politik di Semenanjung Malaysia.

Pada dasarnya majoriti orang Sarawak langsung tak peduli dan tak kisah dengan politik. tahap kesedaran masih dibawah paras beku dekat setengah-setengah tempat mungkin mencapai tahap -10 darjah celcius (negatif).

Kalau nak kempen dekat sini, tak payah susah-susah nak cerita pasal pembangunan sebab sebahagian besar Negeri Sarawak berada jauh dari pembangunan & kalau korang cerita pasal pembangunan, apa yang orang Sarawak (kawasan pedalaman) akan faham hanyalah - elektrik, air, jalanraya & rumah.

Infrastruktur yang hebat-hebat macam KLCC, KLIA, Menara Berkembar Petronas, Cyberjaya, Putrajaya tak de orang nak heran sebab pada mereka yang kehidupan hariannya masih dalam zon "tradisional", semua tu tak penting. yang penting - mereka hidup.

Budaya anak muda (luar bandar) di Sarawak agak "unik". anak muda hanya akan bekerja ketika kesempitan wang atau "kering". bila duit dah ada dalam poket, masa akan dihabiskan dengan aktiviti sosial biasa-biasa iaitu "mengosongkan poket".

Majikan selalu pening kepala sebab anak-anak muda ni kalau dia nak cuti dia main cuti suka-suka dia je, tak de masa nak apply-apply.benda-benda macam ni kita tak boleh nak kondem sebab ianya adalah "budaya" bagi mereka. lain tempat lain budayanya, jadi kena hormat. aku seronok tengok anak-anak muda ni "menikmati" hidup mereka.

Politician kalau nak bertanding & berkempen di Sarawak ada baiknya tak payah gatal-gatal nak offer janji manismu dekat sini. 1-1 nya janji manismu yang diterima pakai di Sarawak ialah "imbuhan wang ringgit" yang macam-macam kaler.

Tahap kesedaran politik di Sarawak bagi aku sangat minimum kecuali di kawasan-kawasan bandar, tu pun kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia jurangnya masih sangat jauh. kalau di Semenanjung Malaysia, cakap-cakap kedai kopi boleh kata 70% politik & yang selebihnya gosip artis, kecuali kebelakangan ini cakap-cakap kedai kopi di Semenanjung Malaysia dah 110% - seks.

Terima Kasih kepada Trio Datuk "T" kerana berjaya membawa perubahan paling drastik - kepala otak seks.

Bila sebut pasal Pilihanraya, soalan pertama yang akan ditanya oleh orang tempatan kalau kita berkempen untuk Pakatan Rakyat ialah - apa aku akan dapat kalau aku undi "Pembangkang"..?

Mitos "Pembangkang" sangat kuat berada dalam fikiran rakyat Sarawak... pembangkang ni kira macam hantu jembalang la, sebab tu TPM suka sangat dok sebut hantu jembalang, rupa-rupanya sekian lama rakyat Sarawak dipupuk dengan zikir - Pembangkang = Hantu Jembalang.

Yang jadi tukang zikirnya ialah Beer eNd.

Ramai rupanya yang takut nak undi "Pembangkang" sebab takut "Pembangkang" tak boleh bagi apa-apa pada rakyat Sarawak padahal kalau majoriti rakyat Sarawak mengundi "Pembangkang"@Pakatan Rakyat, secara Automatiknya "Pembangkang" akan membentuk "Kerajaan" di Sarawak.

Jadi apa masalahnya..?

Penerangan macam ni agak kurang diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat. fakta paling mudah. kalau Pakatan Rakyat menang dengan undi "Majoriti", Pakatan Rakyat akan bentuk "Kerajaan" di Sarawak dan Beer eNd pula akan membentuk "Pembangkang" di Sarawak.

Kalau dan Pakatan Rakyat jadi Kerajaan & Beer eNd jadi Pembangkang, dah tentulah masa tu Beer eNd yang tak dapat nak bagi apa-apa dekat rakyat sebab tugasan tu akan diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sama jugak bila ada yang cakap - kalau kau undi Pakatan Rakyat, Beer eNd tak kan bantu kau dah lepas ni..! ayat ni ialah ayat paling jujur dalam politik Malaysia.

Memang betul kalau semua pengundi memberi undi kepada Pakatan Rakyat, Beer eNd akan jatuh berdebab menyembah bumi & sebagai parti yang dah tak de kuasa di Sarawak, confirm la Beer eNd tak kan bantu rakyat Sarawak sebab Beer eNd dah tak de kuasa. yang ni kita kena bagi rakyat Sarawak faham betul-betul.

Beb... lebih 20 tahun dulu Beer eNd berkuasa di Kelantan, lepas PAS berjaya bentuk Kerajaan hasil undi majoriti rakyat Kelantan, apa yang Beer eNd boleh buat di Kelantan..? mesti puak PenChaChai Beer eNd akan jawab - memang la Beer eNd tak boleh buat apa-apa sebab Beer eNd bukan Kerajaan di Kelantan..!

Time tu kita pakat-pakat ketuk kepala puak PenChaChai Beer eNd ramai-ramai.

~TPU~

No comments: