Udara malam yang dingin di sebuah kawasan perniagaan di Sibu pada malam tadi bertukar panas dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang untuk mendengar ucapan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.
Lim memulakan ucapannya di program ceramah itu dengan beberapa patah kata dalam dialek Hokkien, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan semakin bersemangat apabila beliau bercakap dalam bahasa Mandarin.
Dalam ucapan itu, Lim antara lainnya turut membangkitkan beban tol di Jambatan Lanang yang merupakan laluan utama menghubungkan Sibu dengan Sarikei dan Kuching.
Pengguna jambatan itu terpaksa membayar RM10 bagi perjalanan pergi-balik melaluinya.
Di pentas itu juga, Lim turut melancarkan kritikan terhadap ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengahwini seorang bekas pramugari berusia 28 tahun baru-baru ini.
Taib seolah-olah berjalan dengan "spring" semenjak melangsungkan perkahwinan itu, kata Lim dengan disambut gelak ketawa dan senyum sinis daripada hadirin.
Ceramah itu diadakan di kawasan DUN Nangka yang tidak ditandingi DAP, namun parti itu berharap supaya mesej yang disampaikan itu akan turut disampaikan ke kerusi sekitar dalam kawasan Sibu.
DAP berdepan dengan parti komponen BN paling besar – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang turut mengadakan program di satu lokasi yang terletak tidak jauh daripada pentas DAP pada malam tadi.
Dalam program berkenaan, ketua publisiti SUPP Daniel Ngieng menimbulkan isu berhubung negara negara Islam dalam ucapannya kepada kira-kira 250 orang yang hadir ke kawasan rumah kedai di Jalan Pedada itu.
Sekiranya jumlah yang hadir di kedua-dua program ceramah itu menjadi ukuran, SUPP mungkin berdepan masalah besar di kalangan pengundi Cina di kawasan bandar.
Namun, jumlah itu saja tidak boleh memastikan keputusan pilihan raya. Faktor lain seperti prestasi parti, isu nasional dan faktor calon itu sendiri perlu diambil kira.
DAP mengharapkan kemenangannya dengan 298 majoriti pada pilihan raya kecil Sibu pada Mei lalu menjadi permulaan kepada momentum perubahan di bandar kedua paling besar di Sarawak itu.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment