REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 11, 2011

Jika BumNgok Menang Baru Tunai Janji Kalau Kalah Sarawak Anak Tiri

Walaupun sebelum ini BN mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan dalam programnya, pendekatan Datuk Seri Najib Razak hari ini agak berbeza apabila beliau berjanji meneliti aduan penduduk selepas hari mengundi.

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

"Boleh atau tidak?," kata Najib lagi sambil disambut laungan "boleh" oleh hampir 2,000 penduduk di Spaoh, dekat Betong.

Spaoh merupakan satu lokasi dalam kawasan DUN Bukit Saban – salah satu kawasan DUN luar bandar yang menjadi tumpuan Najib dalam program pertemuan ramah mesranya di Betong, Sarawak hari ini.

Dalam ucapannya, Najib turut memberi jaminan bahawa isu tanah adat (NCR) akan selesai dengan peruntukan besar RM80 juta bagi menanganinya.

"Kita sudah lulus RM juta. Itu tahun sudah. Tahun ini RM30 (juta). Tahun depan lagi RM30 juta. Jadi semua RM80 juta," katanya.

Beliau juga memberikan jaminan, pada tahun depan, 90 peratus masalah keperluan asas melibatkan jalan raya, bekalan air dan elektrik akan diselesaikan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengambil kesempatan menghentam PKR dengan pelbagai gelaran seperti "parti mata satu", "parti keluar beramai-ramai" dan "parti anak beranak."

"Itu parti anak-beranak. Tetapi saja jadi perdana menteri, saya tak lantik isteri saya jadi timbalan perdana menteri," katanya yang menjelaskan bawah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor hanya terlibat dalam hal kebajikan orang kurang upaya dan pelajar prasekolah.

Sebelum itu, kedatangan Najib turut disambut sekumpulan kira-kira 30 penyokong PKR yang turut membawa bendera parti.

Kumpulan kecil itu dilihat cuba 'mengusik' perdana menteri dengan sekali-sekala membuat bising dan melaungkan reformasi.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku.

Bukit Saban merupakan salah satu kawasan yang dikunjungi Najib hari ini dalam program tinjauannya ke beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong.

Parlimen Betong merupakan kawasan majoriti Melayu dengan tiga DUN iaitu Layar, Saribas dan Bukit Saban. Selain Layar, dua kerusi lagi dikatakan tidak selamat buat BN pada masa ini.

Selain Betong, Najib turut mengunjungi kawasan Sri Aman yang terletak kira-kira 300km dari Kuching.

~MK~

No comments: