REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, April 14, 2011

Klip video dakwaan beli undi pos

DAP  mendedahkan dakwaan pembelian undi pos dengan menayangkan klip video yang dirakamkan oleh seorang ejen mengundi DAP, dan mengenalpasti lelaki yang terlibat.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sibu, calon DAP DUN Bukit Assek, Wong Ho Leng mendakwa lelaki dalam klip video itu ialah satu pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Sibu (SMC), bernama Wong.

Ho Leng juga berkata empat orang wanita yang dirakam dalam video itu ialah guru yang ditugaskan sebagai petugas pilihan raya.

“Saya mahu presiden SMC, Tiong Thai; timbalan presiden, Daniel Ngien serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan,” katanya.

Menurutnya, mereka perlu menjelaskan mengapa seorang pegawai kesihatan boleh berada dalam kawasan larangan.

“Saya tahu ramai, ramai guru menjual undi mereka, mereka tidak
mengundi sendiri, tetapi mereka tak beran nak cakap mengenainya,” tambahnya.

Klip video selama satu minit dan 32 saat itu, dirakamkan semalam antara jam 12 tengahari hingga 1 tengahari di Wisma Sanyan di kawasan anak tangga antara tingkat 21 dan 22 , tempat pengundi pos mengundi pada hari Rabu.

~MK~

No comments: