REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, April 14, 2011

Mimpi Ngeri Taik Mammoth Jadi Mimpi Ngeri Murujib

Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sekali lagi menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Sarawak sudah tidak sabar lagi untuk melihat kepimpinan Taib Mahmud ditolak menjelang pilihan raya umum negeri Sarawak 16 April ini, malah beliau juga berkata bahawa Taib akan diumumkan sebagai Ketua Pembangkang DUN Sarawak sebaik sahaja Pakatan Rakyat diisytiharkan membentuk kerajaan.

Beliau menyatakan demikian di pentas ceramah umum DUN Satok di Jalan Patingan dekat Kuching malam kelmarin (11 April) yang dihadiri lebih 2000 orang penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Anwar tiba di pentas DUN N.8 Satok kira-kira jam 10.15 malam selepas beliau berceramah di DUN Batu Lintang yang menurutnya telah dihadiri oleh puluhan ribu penduduk tempatan khususnya masyarakat Cina di sana.

Menurut Anwar, rakyat Sarawak semakin bijak untuk membuat keputusan malah beliau optimis Barisan Nasional Sarawak akan tumbang dalam pilihan raya negeri kali ini, kerana menurutnya pakatan PKR, DAP dan PAS kini semakin digeruni oleh BN.

Anwar juga berkata, pada 17 April nanti Pakatan Rakyat akan membuat pengumuman bahawa Taib Mahmud akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Sarawak, manakala Najib pula akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana beliau juga yakin kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak akan menjangkit dalam pilihan raya umum di peringkat nasional.

Kenyataan sinisnya itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan reformasi oleh orang ramai yang memenuhi segenap ruang di jalan raya berdekatan dengan bilik gerakan PKR Satok di jalan Patingan.

Sepanjang saya mengikuti gerak kerja kempen kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat, jelas sekali kegelisahan rakyat akar umbi terutama di kalangan rakyat marhain samada Melayu atau Iban/Bidayuh terutama masyarakat Cina di bandar-bandar besar sedang membentuk gelombang tsunami yang bakal melanda BN seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Apa yang mengejutkan lagi ialah apabila saya terdengar seorang anak muda yang dipercayai penyokong kuat Pakatan Rakyat dari semenanjung yang berada di sini untuk menyokong kempen PKR akan 'stay' lebih lama di Kuching ini, kerana mereka yakin pada 18 April nanti mereka percaya Pakatan Rakyat akan mengangkat sumpah membentuk kerajaan baru di Sarawak.

No comments: