REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 13, 2011

Media, SPR dan SPRM Jangan Jadi Barua BumNgok

Pakatan Rakyat menggesa media alternatif, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memantau sepenuhnya tindakan Perdana Menteri yang berkempen sepenuhnya di Sarawak.

Anggota Parlimen Balik Pulau, Ysumadi Yusof dalam kenyataannya berkata, beliau dan jentera PKR akan memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

Beliau berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran dengan mengundi untuk menukar kerajaan BN.

Media melaporkan, Najib telah mengambil keputusan untuk terusan berkempen di Sarawak hingga hari pilihan raya pada 16 April 2011.

Perkara ini, kalau diteliti, adalah sesuatu yang menghairankan kerana ini adalah kali pertama Perdana Menteri terlibat secara langsung di dalam kempen pilihanraya peringkat negeri.

Sebelum ini, kata Yusmadi, secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri akan menggalas cabaran di pilihanraya negeri bagi pihak Barisan Nasional.

"Ini menunjukkan bahawa PM akur dengan kewibawaan Pakatan Rakyat di dalam kempen mereka untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini," katanya.

Sejarah telah membuktikan bahawa, jika BN berada di dalam keadaan yang meruncing, mereka akan menggunakan segala macam taktik dan cara untuk memenangkan calon-calon mereka, katanya.

"Sejarah juga telah mengingatkan kita bahawa pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu di bulan Mei 2010, Perdana Menteri telah menawarkan untuk memberi RM5 juta kepada pengundi untuk memperbaiki saliran Sungai Rajang jika mereka memilih calon BN, Robert Lau sebagai Ahli Parlimen Sibu.

"Insiden seperti ini dijangka akan berlaku lagi kerana dilihat saingan di Sarawak menjadi semakin sengit," dakwa beliau.

Pada 31 March 2011, Yusmadi berserta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain termasuk, Nurul Izzah, Azan Ismail, Loh Gwo-Burne dan Abdullah Sani telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya.

Laporan ini dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) yang menyatakan bahawa rasuah politik merupakan suatu bentuk rasuah yang paling teruk, katanya.

~harakah~

No comments: