REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 13, 2011

Taik Mammoth KM Sarawak Sampai Mampuih

Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menamakan bakal Ketua Menteri (KM) bagi mengantikan KM yang ada sekarang ini jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya BN Sarawak serius untuk mencari penganti KM Sarawak, parti berkenaan perlu menamakannya sewaktu PRN 2006 lagi.

“Kenyataan Perdana Menteri(PM), Datuk Seri Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak tahun ini mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.

“Jika PM benar-benar serius dalam perkara ini, beliau harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib Mahmud untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,” ujarnya dalam kenyataan media beliau.

Tambahnya lagi, sekarang ini janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku. Semasa berucap di Kuching baru-baru ini, Najib berkata, Taib Mahmud bersetuju untuk berundur selepas pilihan raya negeri ini. Namun beliau tidak menyebut bilakah tarikh tersebut.

Selepas majlis itu, Taib dalam satu majlis berkata, beliau akan berundur beberapa tahun lagi yang menyebabkan semua pihak faham , lambat lagi Taib akan berundur.

Beberapa hari menjelang penamaan calon 6 April lepas, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan berbincang dengan Taib agar beliau boleh meletakkan jawatan dan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri kali inii. Namun keputusan gagal dicapai kerana kedua-duanya tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan Taib.

“KM yang ada kini sudah terlalu lama memerintah. Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,” katanya

Katanya lagi, walaupun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib Mahmud yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah.

Oleh itu, dengan pengunduran Taib Mahmud ianya adalah untuk perubahan Sarawak dan rakyat negeri itu secara khususnya.

“PM dilihat memberikan restu untuk Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula,” tambahnya lagi.

Bagi beliau, Najib telah bersekongkol apabila mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat negeri itu dengan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat Bumi Kenyalang itu.

~harakah~

No comments: