REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 1, 2011

PAS perlu pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan

Pelbagai pihak kini menunggu-nunggu keputusan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berhubung keputusannya bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini. Pertengahan bulan lalu, Mohamad memberitahu Malaysiakini supaya menghubunginya semula awal April ini bagi mendapatkan pengesahan berhubung kesediaannya bertanding buat kali kedua.

Bagaimanapun ketika Malaysiakini menghubunginya hari ini bagi mendapatkan kepastian, beliau masih belum bersedia mengumumkan keputusannya. Sebaliknya, Mohamad yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS akan memberitahu keputusannya selepas berceramah pada 3 April ini di Kelana Jaya.

"Nanti selepas ceramah kita sembang-sembang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga kini, beliau mendapat satu pencalonan daripada kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa. Pemerhati politik berpendapat tindakan kawasan itu mencalonkan Mohamad sebagai isyarat "memberi laluan" kepada Mohamad bertanding jawatan berkenaan.

Tiada masalah pencalonan

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon yang menawarkan diri sekurang-kurangnya perlu mendapat dua pencalonan dari 179 kawasan yang diarahkan bermesyuarat sehingga 10 Mei ini. Mohamad bagaimanapun tidak menghadapi masalah untuk layak bertanding susulan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan - yang dianggap kubu kuatnya - dijangka mencalonkannya merebut jawatan itu.

Antara kawasan tersebut adalah Batu, Bukit Bintang, Kepong dan Putrajaya yang dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada bulan ini. Dalam pemilihan dua tahun lalu, Husam dan Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi. Nasaruddin yang juga ahli parlimen Bachok - penyandang jawatan timbalan sejak dua penggal lalu - kini masih belum membuat keputusan bagi mengekalkan jawatan berkenaan.

Manakala dua naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub - yang disebut-sebut untuk bertanding jawatan timbalan, lebih berminat untuk mempertahankan jawatan yang kini disandang mereka.

~MK~

No comments: