REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, January 22, 2011

Bini didahulukan, peneroka mampuih pi lah

Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.

Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.

"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.

Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini. Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.

"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi.

Mereka juga menunjukkan bagaimana deretan kedai usang yang ada dio kawasan Felda mereka yang tidak pernah diambil hirau oleh pihak Felda apatah lagi pemimpin mereka di Kuala Lumpur.

"Kami masih ingat janji mereka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana saudara saya juga ada di Felda Sungai Buaya itu.

"Najib ada menjanjikan RM5000 untuk satu projek. Secara cash Najib bagi RM1000, selebihnya dijanjikan nak beri selepas daripada PRK Hulu Selangor itu selesai. Apa yang berlaku ialah, sehingga kini mereka kata, wang selebihnya yang dijanjikan itu masih belum diberi," katanya.

Mereka juga mempertikaikan, rancangan memberikan 500 lota tanah kepada generasi kedua Felda.

"Adakah Najib serius? Jika serius, apa hitam putih perlaksanaannya? Bila hendak dimulakan pemberian tanah tersebut dan bila hendak dimulakan projek-projek pembangunan? " tanya mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengulas isu ini berkata, Najib hanya nak tunjuk gah semata-mata demi membina persepsi masyarakat Felda khususnya Felda-felda di DUN Tenang ini demi meraih undi melalui kempen murahan dengan menaburkan janji-janji palsu menjelang PRK ini.

Ini pula tapak projek MEE SEGERA yang dicanangkan oleh Najib sebagai tanah pembangunan untuk manfaat generasi ke-2 Felda. Waktu ni baru terhegeh-hegeh nak buat!, kata mereka.)

"Janji-janji palsu ini hanyalah silap mata Najib kepada para peneroka dan warga Felda demi menutup jenayah-jenayah penipuan Umno/BN yang telah dilakukan sekian lama demi mengaut keuntungan dari kerahan tenaga dan perit jerih warga peneroka," kata Mazlan.

Ekoran itu, beliau juga mencabar Najib, agar menunjukkan buktikan berapa keluarga peneroka di Felda Chemplak ini yang pendapatannya RM3000 sebulan sebgaimana yang dikatakan Najib dalam ucapannya baru-baru ini.

~MK~

No comments: