REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, January 21, 2011

Dialog Pemuda PAS saran runding pinda Interlok

Perbincangan berhubung novel Interlok anjuran Pemuda PAS akhirnya menemui kesepakatan untuk membuat beberapa pindaan yang munasabah terhadap karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

Bagaimanapun, menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat, usaha itu hendaklah dibuat melalui panel yang menghimpunkan pakar budaya dan masyarkat India serta mendapat persetujuan pengarang terlebih dahulu.

"Pertemuan ini juga sekali lagi mempertegaskan bahawa tindakan membakar novel Interlok adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan boleh membawa ketidakharmonian antara kaum.

"Suatu pertemuan dengan menteri pelajaran akan di adakan dalam waktu terdekat bagi menyerahkan hasil pertemuan ini kepada pihak kerajaan," katanya yang bertindak sebagai moderator dalam pertemuan kedua anjuran Pemuda PAS di Bangi Kelmarin.

Pertemuan itu susulan yang pertama pada 13 Januari lalu melibatkan lebih sepuluh NGO, antaranya Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Makkal Sakti.

Dalam satu kenyataan, Suhaizan berkata, perbincangan pada Selasa lalu melibatkan golongan budayawan dan aktivis India itu turut menyarankan supaya Interlok (naskah pelajar) dimasukkan lampiran ulasan dan diperlengkap glosori sedia ada.

Dapatan tidak diketahui

Katanya, dalam pertemuan itu, setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing dan terjadi perbincangan hangat sekitar cadangan mengugurkan Interlok daripada menjadi buku teks tingkatan lima.

"Setiap kumpulan mempunyai hujah masing-masing. Setiap kumpulan sangat mengormati antara satu sama lain," kata Suhaizan lagi.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau juga memberitahu, usaha mewujudkan panel pakar itu hendaklah dilakukan oleh kerajaan, bukan oleh parti politik dan NGO lagi.

"Kita sudah selesaikan kerja kita," katanya sambil menambah perbicangan anjurannya minggu lalu itu adalah yang terakhir.

Ditanya kewajaran diadakan panel itu memandangkan kementerian pelajaran sudah menubuhkan panel sendiri untuk membincangkannya, Suhaizan menjawab:

"Masalahnya kita tidak tahu dapatan panel itu setakat ini, terima atau tak terima (cadangan).

Beliau berharap, sebarang proses perbincangan telus dan dimaklumkan kepada semua pihak berkaitan.

~MK~

No comments: