REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, January 21, 2011

Status YB Nak, Kerja Tak Nak

Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai DUN Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham berkata demikian bagi mengulas tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Beliau ditemui selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat dari BN yang dipengerusikan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno/BN negeri Datuk Seri Noh Omar di Shah Alam hari ini.

Katanya permohonan itu akan difailkan secepat mungkin.

Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Semalam Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Perisytiharan itu dibuat berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan. Badrul memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN bebas mesra BN pada 2009. Seterusnya beliau menyertai Umno pada Mei tahun lepas.

~Bernama~

No comments: