REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, January 22, 2011

Rakyat Selangor berkumpul ikrar sokong Sultan dan MB

Lebih 100 orang semalam berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum taat setia kepada Sultan dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor. Namun begitu, ketika cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

Akibatnya berlaku tolak-menolak.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan sepuluh wakil kumpulan itu ke istana. Memorandum itu antaranya menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.

Turut hadirketua-ketua kampung daripada beberapa kawasan di Klang.

Nafi berkumpul, tapi berarak

Antara mereka yang dibenarkan terus masuk ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. Manakala ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hanya menunggu di pagar istana.

Sementara itu, ditemui wartawan selepas penyerahan memorandum, Shamsul Iskandar berkata, tidak wajar anggota polis menghalang rakyat daripada berarak ke istana.

"Kenapa kita tidak dibenarkan berarak sedangkan kumpulan satu lagi dibenarkan siap dapat liputan meluas daripada pihak media," katanya merujuk perhimpunan anjuran NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebelum ini.

Sambil mendakwa perkara itu pilih kasih, Shamsul Iskandar mempertikaikan tindakan polis 'menghalang' perhimpunan itu yang "diadakan secara aman".

Ditanya mengenai permit berhimpun, Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak dilakukan kerana mereka "bukan berkumpul", tapi berarak.

"Kita berarak bukan berkumpul, buat apa kita nak mohon permit daripada Polis, malah, kita percaya GAPS pun tak mohon permit polis untuk berarak serah memorandum tempoh hari," katanya.

Kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian tanpa tangkapan dan insiden tidak diingini. Pada 12 Januari lalu, perhimpunan yang sama diadakan di Shah Alam melibatkan 400 orang, susulan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) yang didakawa membelakangi menteri besar.

~MK~

No comments: