9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding

Setakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.
PAS telah menamakan akan mencalonkan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.
Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.
Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno. Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LANGSUNG
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.
9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.
8.42 pagi: Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
Normala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.
Jumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.
8.08 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.
7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.
Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.
Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang,” katanya.
7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.
Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.
~MK~
No comments:
Post a Comment