Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional yang memberi subsidi kepada pembekal elektrik bebas (IPP) jauh lebih banyak berbanding subsidi minyak kepada rakyat.Ketua Umum KEADILAN itu berkata, dasar penswastaan perlu mengambil kira kebajikan rakyat, selain menjadikan pentadbiran sesebuah kerajaan lebih cekap.
“Kita tidak tentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas akibat keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP,” katanya.
Difahamkan, media kawalan Umno BN sudah diberi pengingatan supaya tidak mennggunakan perkataan ‘barang naik’ sebaliknya menggunakan ‘pelarasan harga’, selain dilarang membuat tinjauan orang ramai.
~Keadilandaily~
No comments:
Post a Comment