REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, September 16, 2013

PAS Jangan Nak Tunjuk Lagak

PRU13 dah berlalu dengan sedikit kesedihan kepada para penyokong Pakatan Rakyat kerana kalah dalam penipuan UMporNO dan SPR. Namun sebagai penyokong yang dah biasa kalah bukan beerti terus tumbang selamanya tapi akan bangkit kembali menjelang PRU14 nanti. Tahniahlah kepada rakyat yang mengundi UMporNO dan KERAjaan BumNgok sehinggakan selepas ini segala-galanya akan naik bermula dengan harga minyak baru-baru ini.

Post mortem Pakatan Rakyat telah dibuat oleh parti DAP, PKR dan PAS yang menunjangi Pakatan Rakyat. Ramai yang melihat bahawa parti DAP mendominasi keputusan penuh kali ini di peringkat Parlimen diikuti parti PKR dan PAS. UMporNO sengaja memperbodohkan lagi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa UMporNO menang jadi pemimpin DAP tak boleh jadi PM.

Kepala hotak dia cakap macam tu. DAP hanya menang 40 lebih sahaja dan tak mungkin akan mentadbir negara Malaysia tanpa kerjasama PKR dan DAP. UMporNO menambah tengoklah di Penang DAP dengan bangganya 2 penggal mentadbir. Penang orang Cina punya. Pundek dia cakap macam tu. Bodohlah orang-orang UMporNO sebab sebelum nipun GERAKAN yang mentadbir Penang. GERAKAN tu melayu ke???? DAP ada juga orang Melayu dan India dalam partinya sebab DAP parti pelbagai kaum.

Yang buat jadi kacau sekarang ialah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz HArun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia mencadangkan agar hubungan PAS dengan PKR dan DAP dibuat semula kerana berpendapat kemerosotan parti itu dikalangan Melayu disebabkan hubungan politik ini.

Sebenarnya PAS tidak rugi pun dalam hubungan ini. Gabungan PAS, DAP dan PKR bertujuan menumbangkan UMporNO dan BumNgok dalam PRU. Kenapa PAS sebagai parti yang telah lama bertapak membuat kenyataan begini??? Adakah dalam PAS kini dah kepunan sangat nak jadi MB atau PM??? Adakah dah termasuk dalam perangkap UMporNO apabila asyik dengar cakap-cakap UMporNO yang dah kehilangan sokongan yang mengatakan PAS parti bodoh yang diperbodohkan untuk mengikut cakap PKR dan DAP???

Mungkin sbb Selangor PAS parti kedua banyak menang DUN dan sudah pasti ingin jadi MB di negeri paling kaya di Malaysia walaupun DAP menang paling banyak DUN tapi sudah pasti Sultan lebih mahukan seorang MB Melayu daripada Pakatan Rakyat dan PKR dan DAP sebulat suara memilih semula TS Khalid dan dipersetujui Sultan untuk mentadbir Selangor sepenggal lagi.

Janganlah kerana ini PAS berkecil hati dan lihatlah kesepakatan PAS, PKR dan DAP pada PRU12 lalu dapat merampas Perak dan MB diberi kepada PAS. Apa pula DAP dan PKR rasa??? Tapi disebabkan Sultan yang pilih dan keutamaan Pakatan Rakyat hanya untuk menumbangkan UMporNO dan BumNgok maka apa-apa yang boleh merenggangkan kerjasama dilupakan.

Walaupun PAS sudah lama menapak di Malaysia tapi PAS kena ingat bahawa tanpa kerjasama DAP dan PKR, PAS mungkin kekal di Kelantan sahaja. Apa sudah jadi dengan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah PAS di Kedah selepas PRU13??? Hancur sebab pemimpin sendiri yang agak cuai dalam memahami masalah rakyat. Janganlah PAS nak berdabik dada mengatakan PAS parti melayu terkuat selepas UMporNO.

Fikirlah sikit apa dah jadi dalam PRU13 yang lepas. Sedap mulut jer Haji Hadi cakap PAS masuk calon sebab ada calon dari PR yang jual dadah. Ada calon PR yang berfahaman Maxxim. Kalau itu kes di Terengganu dan Damansara apa pula halnya di Penang bila Chegu Bard yang boleh menang DUN tetapi akhirnya buta-buta kemenangan jatuh pada UMporNO.

Inilah yang UMporNO mahukan melaga-lagakan DAP, PKR dan PAS supaya PAS keluar dari PR. Sebenarnya UMporNO dah takut apabila pengundi Cina dah mula menyokong DAP hinggakan MCA dan MIC terjejas teruk. MIC pun dah marah Murujib sebab lantik Uthaya jadi Timbalan Menteri kononnya Hindraf boleh menjaga kaum India di Malaysia. Ke mana nak letak MIC yang dah lama bekerjasama dengan UMporNO???

Biarlah Ustaz Nasha tu bawa diri dengan bergambar dengan si SayFOOL tu kahwin. Aku tak nak cakap apa-apalah hanya suami isteri yang tahu apa terjadi pada malam perkahwinan. Kalau aku diliwat malu wooo mau kahwin dan perempuan tu pun malu juga nak jadi isteri. Yelah dah tak teruna hehehe...

Betul kata Tok Guru Nik Aziz PAS perlu membuat penambahbaikan bukan keluar dari Pakatan Rakyat. Jangan PAS nak jaga hati Tok Guru Nik Aziz kerana beliau masih hidup PAS teruskan usahasama. Tapi dalam diri PAS dah tak tahan nak berambus dari PR. Sesetengah kata ahli PAS nyawa Tok Guru Nik Aziz adalah nyawa PAS dan PAS tetap hidup selagi Tok Guru Nik Aziz hidup. Tak tahulah jika Tok Guru Nik Aziz pergi mengadap Ilahi nanti. Jangan PAS hancur disebabkan ada ulama yang dah mula tamakkan dunia.

Lihatlah sekitar nak pemilihan PAS nampaknya mahukan golongan Ulama menunjangi PAS. Namun PAS perlu sedar yang paling penting pemimpin yang istiqamah hidup mati dengan PAS. Mat Sabu kalah menang disepak terajang tetap dengan PAS. Walaupun Mat Sabu bukannya ulama dan pernah ada fitnah skandal begitu juga dengan Mustafa Ali tapi mereka ini tetap setia dengan PAS. Bukan seperti Ustaz Nasha yang duduk dalam barisan Ulama tetapi nak jadi ular dalam semak UMporNO.

PAS boleh pergi kalau mahu tapi fikirlah semula yang PAS tak akan Berjaya mencapai kehendaknya untuk menawan mana-mana negeri lagi tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP. Kalau parti Islam dan nak perjuangkan Islam sepatutnya PAS gunakan kerjasama ini untuk memahamkan DAP yang dah mula ingin mengenali apa itu Islam yang sebenar. Pernah PAS terlintas yang pemimpin DAP akan berceramah di Markaz PAS dan di pentas-pentas ceramah PAS dan PAS pula dijemput dan diterima masyarakat India dan CIna di Malaysia jika bukan adanya kerjasama dalam PR???

Lu pikirlah sendiri...

Thursday, September 5, 2013

Tunggu Kenaikkan Harga Barang Keperluan Harian Pula

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.
  
Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.
  
Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.
  
"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.
  
Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang ramai.
  
Yusoff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen turut memberi kesan kenaikan harga barangan lain tetapi bukan secara mendadak.
  
"Saya yakin kenaikan harga barangan runcit hanya akan naik sekitar satu hingga lima sen sahaja dan jika ada barangan itu melambung tinggi (tindakan) peniaga itu tidak adil dan mereka ambil kesempatan," katanya.
  
Sementara itu, pengusaha kenderaan perdagangan, Abdul Ghani Saud berkata  kenaikan caj berkenaan adalah paling minimum walaupun kos yang terpaksa ditanggung mereka amat tinggi.

~Bernama~

RON97 Pula Naik 15 Sen

Setelah rakyat tertipu dengan janji manis UMporNO yang menjanjikan minyak tak akan naik selepas PRU13 ternyata janji barua daripada mulut seorang penipu rakyat hidup-hidup. Bukan sahaja pengundi 51% yang menyokong Pakatan marah namun pengundi 47% yang menyokong BumNgok pun marah gila dengan Murujib yang mungkin dah jadi sewel sikit sebab menang dengan undi popular kurang dari 50% tetapi menjadi PM untuk rakyat Malaysia.

Ataupun ini merupakan hasrat beliau untuk membalas dendam kepada rakyat Malaysia dan menunjukkan lagaknya sebagai orang yang berkuasa di Malaysia ini seperti bini dia Rosmah yang tak sedar diri menggelarkan dirinya The First Lady yang hanya layak untuk Raja Permaisuri Agong sahaja. Dia ingat Malaysia ni macam Amerika kot tak ada raja.

Setelah segala bentuk bantuan kepada rakyat yang semaksimanya daripada bantuan kewangan tidak termasuk rasuah dalam PRU13 kini Murujib mula menjadi seperti along mengutip semula hutang-hutang yang diberi kepada rakyat. Rupanya ada racun dalam madu yang diberikan kepada rakyat. Dia bagi BR1M sebanyak RM500 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada yang bujang miskin dia ingat boleh tahan sampai setahun??? Sepenggal PRU lagi??? Pirahhhh mabukkkk....

Dia bagi pelarasan gaji kepada kakitangan awam dia ingat boleh sangat ke setakat naik RM50 ke RM200 tu??? Dia naikkan minyak memang bunyi kecil cuma 20 sen. Tapi rakyat bukan marah yang 20 sen kalau bubuh setangki penuh cuma bayar lebih 20 sen. Tapi seliter 20 sen lah mangkuk. Dan seliter 20 sen tulah mamak roti canai yang harga sebiji sekarang sehinggit akan jadi sehinggit 20 posen. Macamlah nak buat roti canai tu bubuh seliter minyak petrol?

Padahal guna minyak masak... Memanglah minyak masak... Yang nak mengangkut minyak tu lori, van, kereta yang guna petrol dan diesel. Peniaga tak terasa kenaikan minyak sebab pengguna yang tanggung beban,. Semalam harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter lagi.

Mana dia Kementerian Pengguna nak memantau harga barang naik mendadak. Dahlah baru lepas raya. Nak pakai duit... dikejutkan pula harga minyak naik. Rakyat rasa macam nak maki hamun jer Murujib ni. Pak-pak menteri memang lah cakap besar. Bukan hangpa yang bayar duit minyak. Pergi makan kat restoran mewah pun rasanya bukan bayar pun. Duit banyak yang bersih. Tak payah tipulah kalau aku bukak kedai handphone dan Murujib datang nak beli aku bagi free jer janji ada masyukkkk pulak lepas tu. Biasalah...

Cuba potong segala macam mak nenek elaun pak-pak menteri dan wakil rakyat UMporNO kalau nak tengok macam mana barua-barua ni jadi bengang. Macam tulah rakyat rasa. Nak PRU baru turun padang jumpa rakyat. Dah lepas PRU balas dendam dengan rakyat. Itulah diri Murujib yang sebenar. Mengutamakan krooni dan mendahulukan bini. Rakyat dihampakan dan diperbodohkan sebab beri kemenangan kepada UMporNO BumNgok dalam PRU13 lepas.

Nak cakap banyak tarak guna sebab darah aku pun berderau jugak. Fikir yang kita ni rakyat biasa tak ada kuasa sahaja jadi terpaksa ikut penjajah era baharu iaitu rejim UMporNO BumNgok. Sama-samalah kita tanggung bala untuk sepenggal lagi.

MELAYU MUDAH LUPA...

Tuesday, September 3, 2013

Hadiah Sempena Merdeka Ke 56

Dah lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Bukan apa lepas dah habis PRU13 ni rasa nak rileks kepala hotak sikit. Tapi hari ini aku nak menulis lah sikit. Sajalah nak menyibuk sebab ramai blogger Pakatan yang dah rancak menaip sejak dari semalam lagi pasal minyak naik. Heboh 1Malaysia bila minyak naik tapi semua tu hangat-hangat tahi ayam jer.

Tengah hari semalam bila aku dapat tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai akan kenaikan harga petrol aku pun macam barua-barua penyokong tegar UMporNO lah jugak isi minyak. Waktu tu stesyen minyak lengang lagi. Ye lah baru tengah hari orang ramai pun belum tahu lagi. Kebetulan aku tak kerja semalam aku pusing-pusing bandar waktu petang dan tengok masih lengang lagi stesyen minyak.

Pada firasat aku masih ramai lagi rakyat yang tak tahu tentang berita sensasi ni. Aku bukak dalam FB dengan Twitter dah mula kecoh tentang minyak naik.

"BN sinonim Barang Naik"
"Hadiah dari BN untuk rakyat selepas PRU13"
"Apa nak bising-bising, Najib sayang kita kita sayang Najib"
"Setakat 2 kupang pun nak bising ka?"

Pak-pak menteri pun heboh yang kenaikan harga minyak langsung tak jejas ekonomi rakyat walaupun di kampung-kampung. Ada sekor pak menteri barua kata petrol naik tak jejas orang kampung sebab orang-orang kaya yang berkemampuan jer ada kereta, orang kampung ada kereta ke nak bising-bising??? Barua lahanat ni cakap senang lah sebab petrol dia rakyat isikan, makan minum dia rakyat suapkan, gaji elaun dia rakyat sediakan, semua rakyat 1Malaysia yang cukupkan semua keperluan pak-pak Menteri ni.

Aku nak bagitaulah takut pak menteri yang kaya di Sarawak ni tak nampak. Mungkin mangkuk ni naik sampan kot tak guna minyak. Kalau bot guna minyak jugak. Atau pengundi dan orang kampung dia tu memang tak ada kereta lah kot sebab sana hutan tebal. Naik kereta lembu lah kot. Nak habaq mai dekat pak menteri tu kereta ni mana-mana tempat dah orang pakai. Dah jadi keperluan dah bukan kemampuan lagi. Kalau kemampuan tu berbini dua bukan keperluan bodohhhh.

Tapi padanlah muka rakyat dengan hadiah ini bertepatan lah pulak dengan tarikh pemecatan DS Anwar Ibrahim dari UMporNO. Bila kenaikan yang melibatkan rakyat pak-pak menteri masih lagi bercakap pasal bersyukur kita masih lagi rendah dalam harga minyak berbanding negara jiran. Aku bukan nak kutuk pak-pak menteri tu sebab kenyataan bangang macam tu budak tadika pun tahu.

Bila Pakatan nak turunkan harga minyak rakyat kata cadangan untuk membrangkapkan negara. Nak hapus PTPTN, nak hapus tol, nak turun harga kereta, nak turunkan cukai rakyat semua tu dikatakan Anwar nak jual Malaysia kepada Amerika. Jadi yang Murujib buat dengan kenaikan semuanya untuk kukuhkan ekonomi Malaysia.

Yelah kot... Orang kahwin pun asyik 'naik' selalu jer kan. Akhirnya perut yang kecik tu pun turut 'naik' jugak. Allah kata ramai anak tu akan 'naik rezeki'. Jadi perkataan 'naik' ni lebih mulia dari perkataan 'turun'. Patutnya Anwar kata kalau Pakatan menang esok minyak naik, cukai naik, tol naik, semua harga barang naik barulah rakyat undi Pakatan sebab rakyat Malaysia suka yang naik-naik sahaja. Tak suka yang turun-turun ni.

Kalau kalah pun KERAjaan UMporNO akan naikkan juga semua harga barang jadi bolehlah kata manifesto BN tiru 100% manifesto Pakatan. Betul tak???

Marah rakyat Malaysia tak seperti marah rakyat negara luar pun. Bila minyak naik yang sokong Pakatan marah yang sokong UMporNO marah yang tak sokong mana-manapun marah. Tapi yang jadi persamaan antara kesemua penyokong Pakatan dan UMporNO ialah masing-masing isi minyak lepas maghrib sampai dah jadi macam pesta pulak.

Macamlah isi penuh satu tangki tu boleh bertahan sampai 5 tahun nak tunggu PRU14 pulak. Bila dah nak dekat sampai PRU14 MELAYU MUDAH LUPA. Dapat B1IM, TR1M, KR1M, dan apa segala macam mak nenek R1M ni turun lah marah rakyat. Sebab tulah merdeka ni rakyat masih lagi dijajah oleh UMporNO yang merupakan anak didik penjajah. Rakyat masih lagi tidak mahu dimerdekakan oleh KERAjaan UMporNO.

Sekarang ni nak bising-bising pun tak guna. Tunggulah apa lagi bala yang Murujib UMporNO nak hadiahkan pada rakyat 1Malaysia. TAHNIAH DS Najib yang jadi PM atas undi minoriti 47% berbanding DS Anwar yang mendapat undi popular 51%.

PELIK: Sebelum PRU13 Ekonomi Kukuh Habis PRU13 Ekonomi Tak Kukuh

fuel hike chart 020913Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

~Bernama~

Negara Minyak Tapi Minyak Mahal

anwar ibrahim and the petrol price hikeKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar di akaun Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.

Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!"

~MK~