REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 31, 2011

Rahim perlu di pecat

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di “luar norma” yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

“Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

“Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

“Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Saya tak pernah membisu kecam video seks aib Anwar

Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Blogger Pencacai BumNgok Bercakap Soal "Moral"..?

Artikel dekat bawah ni gua cilok dari blog House PK:
KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!

Seperti yang telah akiu janjikan tadi, sekarang ni tiba giliran aku nak cerita pasal apa yang berlaku di stadium Malawati di Shah Alam semalam.Memang tak dinafikan ramai yang hadir, mereka ni tak serik-serik naki pertahankan si Peliwat dan Penzina. Amat menyedihkan sekali tengok perangai bahlul-bahlul PAS ni.

Depa mula dengan sembahyang Maghrib yang diimamkan oleh Idris Ahmad. Antara yang hadir ialah Azmin Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man, Abdullah Sani dan ramai lagi. Mereka sembahyang di tengah gelanggang dalam Stadium.

Selesai Solat Maghrib, Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan tazkirah seperti berikut:

Kata Tuan Ibrahim, Himpunan malam ini sebagai sokongan terhadap Anwar yang menghadapi fitnah. (Nau'zubillah PAS). Di zaman nabi dulu telah ada fitnah tapi zaman sekarang makin teruk katanya. Fitnah di lakukan oleh orang yang tiada imam iaitu tidak kenal pahala /dosa. (Yalah kan ke PAS je pegang tiket sorga)

Tambah Tuan Ibrahim lagi, beberapa perkara telah di kesan kononnya yang menyebabkan orang tak percaya individu dalam video itu adalah Anwar (tunggu le video tu bila keluar nanti), contohnya perut dan dia mendakwa zaman skarang semua perkara boleh di lakukan (kiranya Tuan Ibrahim ni adik 'Steven Spielberg la)

Lepas tu Tuan Ibrahim kata sesuatu fitnah perlu di selidik terlebih dahulu dan bukan ditayangkan(tadi kata bukan Anwar so kenapa nak gelabah ni brahim oi?). Dia juga pertikai fitnah terhadap Nik Aziz yang dikatakan terlibat rasuah. (Oh! Part korang sedekah part orang lain rasuah kan). Fitnah terhadap Anwar Ibrahim masih guna isu sama iaitu liwat dan seks yang akhirnya diketahui dilakukan oleh Rahim Thamby Chik (Isu sama? Dah itu yang dia suka buat, kita nak buat macamana, betul tak?).

T.Ibrahim juga menyeru hadirin buat perubahan pada PRU ke 13 nanti. Selesai saja T.Ibrahim putar-belitkan fakta, mereka terus adakan solat Isyak berjemaah dengan diimamkan sekali lagi oleh Idris Ahmad.

Selesai je solat Isyak, mereka terus adakan Solat Hajat yang diimamkan oleh Hadi Awang. Selesai je Solat hajat untuk pertahankan si Penzina dan Peliwat, maka bermulalah Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' yang dipengerusikan oleh Idris Ahmad. Masa ni Anwar, Lim Kit Siang, Dato Johari Abdul sudah ada.

Aku nak share sikit apa yang dikatakan oleh Abd Hadi Awang. Beliau kata rakyat kini menghadapi satu permainan politik kotor yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Kata dia lagi PR akan laksanakan Buku JingGAY jika di beri amanah oleh rakyat (Hadi faham ke apa bendanya Buku JingGAy tu?). Isu ini sepatutnya di bawa ke mahkamah bukannya di tayang di hotel serta pihak berkuasa perlu siasat siapa dalang dalam pembikinannya (kan ke tengah siasat tu Hadi oi, ish, dari statement Hadi ni dia macam percaya Anwar dalam video tu la kan?.

Hadi kata kerajaan sanggup lakukan apa sahaja agar terus dapat memerintah. Hadi ucap syabas kepada Dato Johari Abdul kerana tidak termakan dengan imbuhan yang di tawarkan (yalah Hadi, dia demand mahal sangat, kalau dia dapat hari ini dia dok ceramah kata itu memang Anwar).

Hadi menambah lagi bahawa kezaliman oleh sesebuah negara akan mngalami kejatuhan seperti Mesir, Tunisia, Libya. (Apa kena mengena Anwar main dengan jalang Cina dan Mesir Hadi oi?). Hadi juga mengingatkan pemimpin BN bahawa mereka tidak akan kekal telah ada tanda-tanda akan berlaku perubahan. (Ya, perubahan itu adalah DAP GANTI PAS)

Semasa Hadi tengah sedap dok kempen pasal PRU13 (aku pun tak faham dia nak defend Anwar ke nak cerita pasal PRU ni) tibalah yang dinanti, iaitu MUR-SHIT-DOL HAM-PAS! Nicky sampai agak lewat lebih kurang jam 10 lebih, yalah dia pun dah naik cuak nak defend Anwar yang nafsu seks dia yang semakin buas!

Itulah lebih kurangnya kisah yang aku nak sampaikan pasal ceramah semalam, aku nampak mereka yang datang sembahyang hajat ni pun macam half hearted je. Tapi yang paling besar kena tanggung dosa sebab menipu semalam ialah Johari Abdul, manusia yang takde moral, dia masih sokong Anwar pun sebab apa yang dia mintak masa tengok video tu dia tak dapat!

Bangunlah rakyat Malaysia. Sampai bila korang nak kena tipu dengan jenis manusia tak bermoral seperti mereka ni? Aku tak kata la pemimpin BN moral mereka tinggi sangat, at least mereka tak jual agama demi mempertahankan si Peliwat yang kuat berzina dan menipu ni.
Malas nak komen panjang-panjang, malas nak taip banyak-banyak... tengok gambar dekat bawah kemudian jawab soalan dekat bawah gambar...


Moral...???

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)

~TPU~

Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.

Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. - Mat Zain bin Ibrahim

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),

Email: matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Email: iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan. Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggungjawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail, Peguam Negara. Diperingkat inilah dijangka akan berlaku, putar belit, manipulasi, penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” di antara Anwar dan Rahim. Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM

3. Di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat (4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA. Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri, secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu. Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan di sini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja. Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 2(1) Emergency (Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999. Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan. Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof, Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan. Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya. Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau. Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4) pertuduhan kesemuanya. Iaitu; 3 (tiga) pertuduhan dibawah Emergency (Essential Powers) Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung, setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik. Ini adalah apa yang terdapat di dalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu .Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri, RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan. Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah. Apa yang jelas dalam kes Rahim ini, Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau, sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup. Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan. Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita. Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti. Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja. Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walau bagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

Program penerangan tentang isu video lucah

Selama 3 hari Chegu Bard berada di kawasan Utara tanah air untuk memberi penerangan tentang isu video lucah fitnah 3, Pada Sabtu malam Chegubard bercaramah di Permatang Pauh bersama Dato Johari Abdul, Guan Eng dan DSAI , walaupun keadaan hulan lebat di anggarkan hampir 5000 penyokong tidak berganjak dari mendengan penerangan dari pemimpin.

Pada hari Ahad sebelah petang Chegubard memberi penerangan dan merasmikan penubuhan Keadilan Ranting Kuala Muda Cabang Kepala Batas.

Selepas itu pada sebelah malamnya Chegubard ceramah bersama Bob Lokman di Sg Seluang, Lunas. Sambutan memang amat memberangsangkan kerana isu video lucah menyebabkan rakyat cukup meluat dengan umno yang tidak mahu bincangkan masalah rakyat tentang kenaikan harga barang.

Isnin petang Chegubard hadir memberi penerangan di Dewan JKKK Sg Tiram, Bayan Lepas dan selepas itu Chegubard terus ke Sungai Petani untuk bersama dengan Ustaz Ahmad Izzat Shauki (Timbalan Speaker DUN Kedah ) memberi penerangan kepada penduduk di Taman Ria Jaya.

Chegubard yang telah didik dalam revolusi reformasi jalanan dan mempunyai pendirian yang tegas tentang prinsip perjuangan antara salah seorang yang telah menonton Video lucah tersebut menyatakan yang beliau yakin dan pasti yang dalam video tersebut bukan Dato Seri Anwar Ibrahim dan mereka yang membuat video tersebut memang berniat jahat dalam konspirasi fitnah yang jijik untuk menjatuhkan DSAI.

~zulmamakpng~

Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.

“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.

Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

~MK~

Tiada tangkapan berhubung video seks

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu.

“Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen.

Jumaat lalu, The Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu seterusnya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelah malamnya.

Bagaimanapun edisi cetak the Star pada Sabtu lalu pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

~MK~

BumNgok Dah Termakan Fitnah 'DNA'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikehendaki hadir ke ibu pejabat polis bagi merakamkan kenyataannya berhubung kekecohan pada sebuah perhimpunan 25 Mac lalu apabila polis dikatakan cuba menyuraikannya.

Menurut naib presiden PKR, N Surendren, polis menyerahkan notis semalam dan berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun tanpa permit.

Surendren mendakwa siasatan ke atas Anwar dijalankan dengan niat jahat dan dengan jelas bermotifkan politik.

Ia juga adalah contoh salah guna kuasa yang paling ketara,” katanya.

“Kami tuntut siasatan tidak berasas ini dihentikan segera dan semua yang betanggungjawab memulakannya dibawa ke muka pengadilan kerana salah guna kuasa, tidak kira setinggi atau sepengaruh mana mereka itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Perhimpunan Jumaat lalu yang sepatutnya adalah majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang di Taman Melawati, Hulu Kelang, berjalan lancar sehingga polis campur tangan ketika Anwar sedang betucap.

Hadirin yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap bertindak membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Akibat kekecohan itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis.

~MK~

U Help Me I Help U Bukan Rasuah?

Ahli parlimen PKR hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan perbuatan memancing undi dalam tempoh pilihan raya. Laporan berkenaan dibuat oleh sekumpulan lima wakil rakyat parti itu di satu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Lima wakil rakyat PKR yang membuat laporan itu ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Setiausaha politik ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International semalam. Kenyataan pemantau rasuah itu menolak penjelasan oleh seorang menteri kabinet sebelum ini bahawa bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

Turut dilampirkan dalam laporan itu ialah pautan web kepada satu laporan video oleh Malaysiakini serta laporan berita oleh agensi berita Bernama dan laman The Malaysian Insider.

'You help me, I help you'

Laporan video bertajuk 'Najib: I help you, you help me' itu adalah berhubung liputan ke atas satu program yang disertai perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pilihan raya kecil Sibu pada Mei tahun lalu. Dalam ucapannya di majlis itu, Najib telah berjanji bahawa kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk satu projek tebatan banjir di Sibu sekiranya BN menang dalam pilihan raya berkenaan.

Tiga laporan oleh Bernama itu pula adalah berhubung peruntukan yang diumumkan kerajaan bagi projek infrastruktur di Sarawak. Salah satu daripadanya adalah laporan bertarikh 23 Mac lalu berhubung peruntukan sebanyak RM5.7 bilion kepada negeri Sarawak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Satu lagi laporan itu, bertarikh 30 Mac, adalah berhubung pengumuman peruntukan sebanyak RM73.68 juta untuk menaik taraf hampir 1,600 sekolah di negeri itu. Wakil rakyat berkenaan turut melampirkan satu lagi laporan berhubung pemberian geran sebanyak RM1.9 juta kepada sebuah sekolah menengah di Kuching.

Laporan pada 30 Mac itu menyebut, geran berkenaan disampaikan oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

~MK~

Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik

Penyiasatan terbaru ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Beliau merujuk kepada notis yang dikemukakan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah oleh pihak polis kepada Anwar, semalam.

Notis tersebut mengarahkan Anwar untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac lalu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

“Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

“Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah,” ujarnya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan.

Polis, katanya secara salah telah mengacau ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Katanya, kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendah tarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis,” ujarnya.

Jelas terbukti, katanya BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa.

Menututnya, di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujarnya lagi.

~harakah~

Shuib akui terima ancaman bunuh

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

~MK~

Siasat dulu kesahihan berita

Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan).

Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

'Jangan terpalit, terikut-ikut'

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Sementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

"Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.

"Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala "politik selak kain" yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu)," katanya.

Kod etika dalam Islam

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang.

Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka.

"Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan.

"Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam," katanya kepada Malaysiakini.

Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat.

"Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan.

"Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh," katanya.

~MK~

Muhyiddin Bodoh lagi Bangang

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.

~harakah~

BUNGkus gelar wakil Pakatan ‘syaitan besar’

Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi.

Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.

Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita.

Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.

"Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat.

"Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi.

Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.

Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.

"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.

Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.

"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.

Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.

"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.

Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.

"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.

Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.

Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.

Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.

Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.

"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.

Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu.

~harakah~

MoCS gerak 'kuasa rakyat' jika Taib tak berundur

Sebuah NGO Sarawak - Movement for Change Sarawak (MoCS) - hari ini memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan sebagai Ketua menteri Sarawak.

Pengerusinya, Francis Paul Siah berkata, MoCS ia akan menggerakkan "kuasa rakyat" jika Abdul Taib gagal berbuat demikian.

"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, kita akan lakukan (sendiri) melalui kuasa rakyat," kata pemimpin MoCS, Francis Paul Siah kepada pemberita hari ini.

Sebelum itu, beliau menyerahkan satu notis tuntutan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini supaya menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap ketua menteri Sarawak itu.

Turut diserahkan ialah salinan satu laporan kepada SPRM Kuching yang dibuat sebelum ini berhubung dakwaan berkenaan.


Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai "kuasa rakyat" yang dimaksudkannya itu, Francis berkata: "Anda fikir sendirilah, anda tahulah kan?"

"Tapi kita masih ada masa. MoCs (meminta Abdul Taib) untuk letak jawatan pada 16 September lalu.

"Jadi kita beri dia 11 bulan untuk mempertimbangkannya.

"Kita orang baik. Orang Mesir beri (tempoh kepada bekas presiden) Mubarak cuma 18 hari," kata Francis lagi.


Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengenai satu kenyataan yang dibuat pada 31 Julai lalu.
"(Abu Kassim) berkata beliau akan meletak jawatan sekiranya terdapat tuduhan ke atas mana-mana menteri kerajaan yang tidak disiasat.

"(Oleh itu) kami menuntut supaya ketua pesuruhjaya menjalankan siasatan segera ke atas semua tuduhan terhadap (Abdul) Taib Mahmud," kata Francis lagi.

Turut mengiringi beliau ke SPRM hari ini ialah ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

~MK~

Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BumNgok

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini terbukti lebih berkemampuan dalam mengurus tadbir negeri dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat berbanding BN, dengan kejayaannya melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

Kejayaan perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak, jelas membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat, apabila ia gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, kejayaan perlaksanaan projek itu juga jelas menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan BN.

Menurut beliau, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,422 unit rumah berkembar dengan keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi dan dikhaskan untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak.

Katanya, lebih menyerlahkan lagi keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap masalah rakyat, apabila setiap unit rumah itu hanya dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000 seunit.

"Projek tersebut sedang berjalan lancar sekarang dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan kemajuan di tapak, menurut beliau, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan sepenuhnya menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012 ini.

Beliau yang juga Adun Cempaka menjelaskan, projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

"Jadi, sebarang masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi," jelasnya.

Untuk memastikan segalanya berjalan mengikut yang dirancangkan, beliau sendiri telah melakukan lawatan tapak terhadap projek itu 25 Mac lalu dan cukup berpuas hati dengan perkembangannya.

Turut bersama beliau dalam lawatan itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras Dun Taman Templer, Haji Mohammad Abdul Rahman.

~MK~

Daim ramal Pakatan rampas kerusi tambahan

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi beberapa kerusi tambahan pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini tetapi yakin BN akan terus berkuasa dengan “majoriti selesa”.

Ketika menyampaikan syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Daim berkata pengumuman ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur selepas pilihan raya adalah 'tindakan yang bijak'.

"Saya fikir BN akan menang dengan beberapa lagi kerusi tambahan dirampas oleh pembangkang tetapi mereka akan menang dengan majoriti selesa,” kata Daim.

"Tindakan yang bijak bagi Taib berkata dia akan bersara. Tidak ada sesiapa yang patut kekal selama-lamanya. Lihat (presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni) Mubarak dan presiden Tunisia (Zein al Abidine Ben Ali) yang digulingkan.

"Awak tak boleh kata tidak dapat cari pengganti. Andaikan saya mati dan tidak ada pengganti... Kita ada ramai perdana menteri dan ada yang lebih berjaya dari yang lain, tetapi dalam proses, kita belajar untuk menolak (mereka),” katanya.

Daim berkata demikian ketika ditanya mengenai ramalannya berhubung keputusan pilihan raya Sarawak.

Pada akhir 2007, beliau meramalkan BN akan mempunyai masalah di tiga negeri - Selangor, Kedah dan Pulau Pinang - dan telahannya ternyata dibuktikan pada pilihan raya umum 2008.

~MK~

Tiada permohonan maaf untuk DEB

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang seringkali dibidas tetapi mengakui model-model bagi membina kelas perniagaan bumiputera itu telah gagal.

Bercakap pada hadirin penuh ketika syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak, Daim berkata hakikatnya, DEB adalah usaha murni dengan matlamat yang logikal.

Daim berkata apabila negara mencapai kemerdekaan, dasar pecah dan perintah yang diamalkan British telah menyebabkan jurang pendapatan dan etnik yang sebegitu luas dan memerlukan penstrukturan semula menerusi DEB.

“Aspirasi ekonomi etnik menjadi faktor penting dalam membangunkan dasar ekonomi negara. DEB adalah bagi mengembangkan ekonomi dan memberi manfaat kepada semua kumpulan etnik.

"Melayu dan bumiputera (yang terdiri daripada 60 peratus penduduk) adalah dominan dari segi politik. Sesebuah parti politik yang tidak sensitif terhadap kumpulan itu tidak boleh berharap untuk memerintah negara.

“Sesetengan DEB wujud di tempat lain, di Amerika Syarikat, ia dinamakan dasar afirmatif... bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidak-seimbangan serantau. Tidak ada salah bagi memasmi kemiskinan dan jurang pendapatan.

“Ia adalah usaha murni dan kita tidak sepatutnya memohon maaf mengenainya. Ia mempengaruhi semua lapisan masyarakat (tanpa mengira kaum) sama ada secara langsung mahupun tidak,” katanya sambil menambah perangkaan kemiskinan hari ini berbanding 1970an adalah bukti sebahagian daripada kejayaan DEB.

~MK~

Khalis 'smash' kena dahi pembangkang BumNgok

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak melepaskan peluang keemasan 'menghentak bola tanggung' yang dibuat seorang wakil pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Selangor kali ini.

Sebaik Abdul Khalid menjawab mengenai isu polis tambahan yang akan melibatkan semua pihak termasuk pihak Umno kerana bab keselamatan ini melibatkan semua rakyat, wakil pembangkang itu bangun bertanyakan soalan tambahan.

Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), bertanya kenapa kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada Dun Permatang yang di bawah BN, beliau sendiri sebagai Adun tidak pernah dipanggil berbincang sebaliknya Pusat Khidmat PKR menguruskan kewangan dan peruntukan Dun Permatang.

"Kenapa tidak menghormati saya sebagai wakil rakyat yang dipilih di sana?" soal Sulaiman.

Ketika inilah, Menteri Besar menjawab pertanyaan bola tanggung wakil pembangkang itu dengan melakukan smash tajam.

"Itu sebab, kita telah minta Kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan setiap parlimen kita kongsi bersama, kenapa tidak dilakukan,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada setiap parlimen terus kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Selangor.

Mengikut amalan demokrasi, sewajarnya wang itu disalur melalui ahli parlimen dengan dipantau pejabat daerah, bukan melalui Ketua Umno bahagian.

Malah Kerajaan Persekutuan juga menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sedangkan Kerajaan Negeri Selangor sudah mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamataan Kampung (JKKK)

"Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada proses pentadbiran, kalau satu organisasi dijaga oleh dua kepala.

"Saya bangkitkan isu keselamatan untuk semua dan kita jemput semua orang serta tidak persoalkan dari segi peruntukan atau dipantau oleh Persekutuan," tambah Khalid lagi.

Isu ini berbangkit apabila Menteri Besar menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Ahmad mengenai Polis Tambahan.

Kerajaan Negeri telah membuat permohonan untuk untuk mewujudkan polis tambahan sendiri dengan dimulakan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kekuatan kewangan sendiri.

Namun permohonan ini ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mengulas lebih lanjut, Abdul Khalid berkata, banyak kawasan perumahan mempunyai pasukan polis tambahan sendiri dan inilah hasrat kerajaan negeri membantu pihak polis meningkatkan tahap keamanan dalam masyarakat.

Abdul Khalid seterusnya menyebut tentang keperluan anggota polis seramai 50,000 lagi, kerana itu, kenapa ditolak permohonan Selangor yang ingin biayai sendiri pasukan itu.

Ketika menjawab soalan tambahan Nik Nazmi mengenai keengganan KDN meluluskan permohonan itu, Abdul Khalid berkata, beliau berharap pihak polis tidak terlibat di dalam mempolitikkan isu keselamatan.

Hari ini adalah hari ketiga berlangsungnya sidang Dewan Negeri Selangor dan akan berakhir pada 5 April hadapan.

Pagi tadi, selepas sembilan puluh minit dikhaskan untuk menjawab soalan yang kini sudah sampai soalan ke-39, tiba masa untuk Exco-exco kerajaan menjawab semua persoalan yang dikemukakan oleh Adun-adun yang timbulkan dalam ucapan membahaskan titah perasmian Sultan pada 28 Mac lalu.

~harakah~

KERAjaan Pahang Peduli Apa Perasaan Rakyat

Kerajaan Pahang hari ini dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak.

“PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kerajaan Pahang tidak sepatutnya meluluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut.

“Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan.

“PAS mendesak kerajaan membatalkan kelulusan ini atau rakyat akan mengadakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya.

~harakah~

Benarkah Cina dan India Kelas Kedua?

Kemelut penggunaan novel Interlok di sekolah semakin kusut apabila beberapa NGO Melayu bangkit membidas sekumpulan NGO Cina dan India yang mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera.

Ini membuktikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga adalah menteri pelajaran bahawa isu Interlok telah selesai jauh daripada meleset.

NGO berkenaan - Majlis Penasihat Ayahanda Wilayah Persekutuan (MANTAP) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dalam satu kenyataan akhbar, mengingatkan semua pihak supaya menghentikan menjadikan Interlok sebagai mauduk perjuangan mereka.

Ini, kata mereka terutama menjelangnya musim pilihan raya supaya "luka orang Melayu tidak menjadi parah".

“Walaupun di peringkat kerajaan telah menyatakan ketegasan dan pendirian berkaitan novel ini, tetapi sikap mereka yang mempunyai kepentingan politik masih lagi mempermainkan isu yang sensitif ini dan cuba menangguk di air keruh, amat tidak kami senangi.

“Malahan sikap sebahagian daripada ahli parti komponen BN yang bersekongkol dalam mensensasikan isu ini juga amat biadap dan terpesong dari semangat keharmonian yang dilaungkan oleh kerajaan,” petik kenyataan itu.

Sehubungan itu, NGO Melayu berkenaan mendesak kerajaan agar bertegas dan tidak memperdulikan tuntutan tersebut.

“Ingat! Pihak kami tidak sekali-kali akan membiarkan cacing naik ke mata dan keharmonian yang terbina sekian lama terkubur disebabkan kerakusan oportunis sebegini.

“Tekad kami, maruah bangsa perlu dipertahankan. Walau bergolok bergadai akan tetap kami harungi. Maruah pribumi wajib didaulatkan dan keharmonian negara mesti dikekalkan,” kata kedua-dua NGO itu lagi.

Semalam, Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng lagi.

~MK~

Poco-poco HARUS atau HARAM?

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram. Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

~MK~

Hakim Tarik Dari Dengar Saman SYABAS

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anantham Kasinather semalam menarik diri daripada mendengar kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air.

Sehubungan itu, kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
Mahkamah kemudian menetapkan 11 April untuk pengurusan kes.

Peguam Fahda Nur, yang mewakili Selangor, memberitahu pemberita perkara itu dimaklumkan Hakim Anantham kepada pihak terbabit selepas menjelaskan sebab beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Bagaimanapun, Fahda dan peguam Datuk Harpal Singh yang mewakili SYABAS, enggan mengulas lanjut berhubung sebab hakim berkenaan menarik diri.

Pada 10 November lepas, SYABAS memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

SYABAS mendakwa menerusi perjanjian itu, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia, Selangor dan syarikat tersebut, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan.

Katanya, melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, SYABAS telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syarikat itu mendakwa defendan telah gagal untuk memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif dipersetujui. Kerajaan negeri Selangor juga didakwa gagal memberikan maklum balas yang memuaskan berhubung tuntutan pampasan oleh Syabas selaras dengan perjanjian konsesi tersebut.

Sehubungan itu, SYABAS menuntut kerajaan negeri Selangor membayar jumlah itu serta-merta.

Sementara itu, afidavit balasan kerajaan negeri Selangor yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ramli Mahmud, pula mendakwa permohonan SYABAS merupakan penyalahgunaan proses mahkamah, kerana industri air sedang melalui satu proses penstrukturan semula menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Ramli mendakwa perjanjian konsesi tidak memberikan hak automatik kepada SYABAS untuk mendapatkan pengubahsuaian kepada tarif yang diwartakan pada setiap tarikh semakan seperti didakwa plaintif.

Katanya, semakan tarif perlu dibuat selaras dengan terma dan syarat di dalam perjanjian, antaranya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor perlu bersetuju dengan semakan itu.

Ramli turut mendakwa dokumen semakan yang diserahkan oleh SYABAS tidak memenuhi keperluan perjanjian konsesi dan tidak ada tarif yang telah dipersetujui.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu bahawa kerajaan negeri Selangor bercadang mengenakan tarif lebih rendah daripada tarif dipersetujui seperti yang termaktub dalam perjanjian.

~Bernama~