REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, November 10, 2013

Mat Sabu vs Mohd Amar

22 November ini akan berlaku pertarungan sengit antara Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Mohd Amar Nik Nik Abdullah dalam pertarungan dua penjuru. Pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam yang lepas ada ura-ura meminta agar kerusi Timbalan Presiden diwakili oleh golongan ulama. Ini sinonim bahawa PAS adalah parti Islam yang bertunjangkan ulama.

Pada hemat aku lah, PAS perlu bermuhasabah diri. Memang aku tabik spring yang PAS sejak ditubuhkan sampai sekarang masih bertahan sehingga mencecah hampir setengah juta ahli parti berdaftar dan beratus ribu lagi penyokong tegar. Tapi tengoklah sejak bila PAS dapat menambat hati kaum Cina dan India sehingga boleh diterima pengundi-pengudi bagi membentuk kerajaan campuran Pakatan Rakyat???

Sejak keluarnya DS Anwar Ibrahim, beliau telah menyatukan parti DAP, PAS dan PSM dan PKR di bawah naungan Pakatan Rakyat. Sejak PRU12 tahun 2008, PAS mula diterima para pengundi Cina dan India tanpa rasa takut lagi dengan jubbah dan serban. Malah para pemimpin DAP sendiri pun berceramah di pentas-pentas PAS termasuk di Markas PAS Taman Melewar. Tidakkah PAS masih kurang yakin dengan sokongan orang-orang bukan Islam pada PAS???

Tapi selepas PRU13 yang lepas, PAS dilihat tertekan dengan kekuranan majoriti pengundi-pengundi Melayu menyokong PAS. Walaupun PAS mendapat undi yang banyak dari kaum lain tetapi menghadapi kemerosotan dalam undi Melayu. Sehingga ada suara-suara meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat setelah krisis MB Selangor masih kekal pada TS Khalid dari PKR. Hakikatnya PAS mengintai jawatan MB Selangor tersebut.

Mungkin kekecewaan PAS menjadi parah sehingga untuk cover rasa malu dalam muktamar yang lepas diwarwarkan supaya kesemua jawatan tertinggi PAS diisi oleh golongan ulama. Memandangkan Abang Mat Sabu sudah tidak menang dalam sebarang PRU lagi jadi dirasakan Abang Mat sudah tidak berfungsi dalam parti PAS. Tambahan pula Abang Mat pernah dituduh dengan skandal seks dan khalwat. Namun perlulah dilihat keputusan mahkamah seperti kes DS Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah. Semoga Allah melaknat SayFOOL dan Murujib Yellek tu.

Aku bukan nak berkempen untuk Abang Mat Sabu tapi semua rakyat Malaysia cukup kenal dengan beliau. Mungkin hidup mati beliau bersama PAS sehingga hujung nyawanya. Cukuplah korang semua dengar yang Abang Mat pernah ditahan ISA, menjadi penggerak kepada demo jalanan rakyat, tidak takut kepada undang-undang zalim MahaFiraun, pernah ditahan polis kerana menegakkan kebenaran dan pelbagai lagi yang beliau sanggup bersusah payah demi rakyat.

Orang sebeginilah yang diperlukan dalam sesebuah parti. Menganggap parti adalah darah daging yang perlu dijaga dan dipertahankan. Memanglah kalau disbanding bezakan mungkin pengetahuan agama Abang Mat dengan Ustaz Mohd Amar agak jauh beza tetapi jika Presiden sudah disandang oleh ulama iaitu Tok Guru Haji Hadi biarlah Timbalan Presiden disandang oleh golongan yang tegas dan menjunjung parti dengan nyawanya.

Inilah yang diinginkan oleh sesebuah parti dalam perjuangan Islam. Bukan aku nak kata golongan ulama tak bagus. Cuma segala jasa Abang Mat jangan dilupakan dan tulang empat kerat Abang Mat masih diperlukan oleh rakyat Malaysia. Aku tahu kalau Abang Mat kalah sekalipun beliau tetap dengan demo dan ceramah untuk kepentingan rakyat. Tapi sekurang-kurangnya kita balas jasanya dengan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS. Jawatan boleh menggerunkan pihak lawan.

Mungkin dalam PAS agak sukar untuk Abang Mat Sabu mendapat undi dari proulama berbanding Ustaz Mohd Amar tetapi jangan lupa dalam suara rakyat Malaysia Abang Mat Sabu cukup dikenali ramai sehingga menggelarnya pejuang rakyat. Memang bukan tujuan aku nak berkempen untuk Abang Mat Sabu tetapi pada firasat aku setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Janganlah dilihat terlalu banyak kepada kekurangan Abang Mat Sabu. Duduk rileks dan fikirlah pada masa depan parti bahawa Abang Mat Sabu adalah symbol kekuatan dan penggerak parti PAS sehingga menonjol dipersada dunia.

Semoga siapa yang menang jawatan Timbalan Presiden akan berani memperjuangka suara rakyat bukan sekadar duduk dalam ekon sedangkan rakyat bersusah payah berdemo jalanan, berpanas terik, dibelasah polis dan ditangkap kerana menyuarakan ketidakpuasan dalam sistem pentadbiran MahaFiraun.

Fikirlah kepada para perwakilan semua...



Friday, November 8, 2013

Murujib Guna Berkempen Rakyat Yang Tanggung Kos

Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi. Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.

Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.

Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen.

~MK~

Hadiah Untuk Rakyat Selangor Dari Kerajaan Negeri Selangor

Berita paling gembira memasuki Tahun Baharu Hijriah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dimuktamadkan mengambil alih sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.

Walaupun kos pampasan yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi itu bernilai hamper RM10 billion namun disebabkan kepentingan rakyat yang semakin tertindas dengan krooni UMporNO dan KERAjaan BumNgok, kerajaan Selangor sanggup mengeluarkan wang demi rakyat.

Sebab apa???

Sebab wang rakyat perlulah dilihat sebagai wang rakyat bukan wang kepala bapak depa barua-barua dan krooni-krooni UMporNO BumNgok tu. Walau Nampak besar sampai berbilion-bilion namun untuk jangkamasa panjang akan menyenangkan seluruh warga Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat yang ingin melihat perubahan dalam cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun tidak dapat merampas Putrajaya lagi namun dengan kelicinan pengurusan negeri dan ketelusan dalam bekerja tidak mustahil rakyat akan memilih Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti. Lagipun analisis PRU13 yang lalu menunjukkan peratus yang mengundi Pakatan Rakyat ialah 51% berbanding UMporNO BumNgok cuma 47%.

Jadilah Murujib PM yang tak popular untuk rakyat Malaysia menjadi PM 1Malaysia. Takperlah biarlah Murujib jadi PM untuk sepenggal lagi. Yang penting pada PRU14 nanti rakyat mahukan PM daripada Pakatan Rakyat walaupun bukan DSAI tapi yang penting PM itu dari parti Pakatan Rakyat juga. Kalau boleh dan berharap sangat-sangat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan PM yang berwawasan sudah pasti mahukan DSAI menjadi PM selagi terdaya.

Hidup Anwar.
Hidup Pakatan Rakyat.

Monday, November 4, 2013

Keputusan Terkini PRK Dun Sg Limau

PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN.

PAS Mungkin Menang Tipis

Pusat pembuangan undi sudah ditutup dan kertas undi mula dikira di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Keputusan dijangka diperoleh pada jam 10 malam ini.

(Malaysiakini bagaimanapun akan melaporkan tidak rasmi dari masa ke semasa.)

Siapa yang menjadi pilihan pengundi - sama ada Ahmad Sohaimi Lazaim (BN) atau Mohd Azam Samat (PAS) - akan terjawap tidak lama lagi.

Sungai Limau selama ini menjadi kubu kuat PAS. Ia dimenangi bekas menteri besar Kedah almarhun Tan Sri Azizan Razak untuk lima penggal berturut-turut.

PAS cuba mengukuhkan penguasaan mereka dengan menambah majoriti. Dalam pilihan raya umum lalu parti Islam itu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Untuk itu, BN, dengan slogan "Berani Hijrah", disokong dengan kekuatan menteri besar baru Datuk Mukhriz Mahathir cuba merampasnya daripada tangan PAS.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

Saturday, November 2, 2013

Anwar Insan Terpilih Membebaskan Rakyat Dari Kezaliman

Pagi sebelum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kakinya ke kawasan DUN Sungai Limau, sebuah Blog Pro UMNO telah mendakwa kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau.

Ini kononnya menurut beliau berikutan dari tiga keping banner yang dakwa beliau telah digantung oleh beberapa orang penyokong PAS di DUN tersebut.


Kononnya menurut beliau sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila  sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau.

Oleh itu beliau mentafsirkannya sebagai "Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.."

Semalam sebagaimana yang telah dirancang dan disusun Program Anwar di Sungai Limau, program telah dijalankan seperti biasa..

Lebih kurang jam 4.45 petang kami telah bertolak dari Yayasan Aman, Penanti bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan juga para pengawal peribadinya dalam tiga buah kereta yang berlainanan.

Dari seawal ketibaan kami ke Tol Gurun lagi 'Penolakan' itu tellah dirasai, disitu telah bersedia menanti beberapa buah Super Bike dari ARC untuk mengiringi kami ke Sungai Limau.


Setibanya rombongan kami ke Kampung Selengkoh untuk program Hi Tea, Kami melihat Anwar Ibrahim memang ditolak oleh ramai penduduk di Kampung tersebut.

Penolakan tersebut terbukti bilamana 30 orang telah menyerahkan borang bagi menyertai KeAdilan Ranting Kampung tersebut dan hanya seorang dua yang menanti dan menyambut kehadiran Anwar Ibrahim disitu..


Begitu juga untuk program tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, Padang Lumat.. tiada penduduk kampung yang kelihatan mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar..


Begitu juga dengan program makan malam di Bilik Gerakan Utama KeAdilan di Kampung Setia Jaya, Ulu Sedaka.. Anwar terpaksa makan seorang diri keran dirinya sudah ditolak oleh penyokong PAS disitu..


Dan penolakan oleh penyokong PAS terhadap Anwar terbukti benar dan amat jelas kelihatan program Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sungai Limau..

Malah penolakan yang lebih besar juga kelihatan dalam ceramah Perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Luar dan juga Ceramah Perdana di Dulang Besar...

Saksikan.. bagaimana Anwar Ibrahim ditolak oleh penyokong PAS Sungai Limau...


Lagi gambar-gambar Anwar Ibrahim ditolak oleh Penyokong PAS Sungai Limau korang lihatlah di SINI..

..... Ditolak kononnya... kah. kah.. kah... sudah-sudahlah dengan propaganda murahan tu wahai macai.. daripada hang buat propaganda murahan tu lebih baik hang tolong pegang torchlight kat Mukhriz suluh batas jalan tengah-tengah bendang tu..

48 Jam Yang Getir


Selepas 10 hari berlalu PRK Sungai Limau berlangsung, nampaknya ia tidak banyak berbeza dengan PRK di tempat lain – iaitu parti dari Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Pusat. Andainya pengundi di Sungai Limau semuanya terdiri dari golongan tidak berparti lalu membuat keputusan berdasarkan kempen antara kedua pihak tersebut semata-mata maka calon PAS bukan setakat kalah tetapi hilang deposit.

Mana tidaknya PAS berkempen dengan kudrat parti semata-mata tetapi BN berkempen dengan kekuatan sebahagian besar kementerian yang terdapat di Putrajaya, duit dan habuan yang banyak untuk ‘merasuah’ pengundi  serta kempen menggunakan semua saluran media utama dalam negara.

Di mata dunia luar, mereka merasa aneh melihat amalan demokrasi yang berat sebelah lagi hodoh itu. Namun perkara yang lebih aneh dari itu ialah, dalam keadaan BN mempunyai kelebihan kekuatan umpama langit dengan bumi, parti tua itu terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan PAS bahkan belum tentu mereka akan menang nanti.

BN memasuki PRK Sungai Limau dalam keadaan tempang dan parut luka memenuhi badan. Maklumlah baru lepas berkelahi dalam pemilihan Umno. Belum sempat mencari formula perdamaian, terpaksa pula membuat pemilihan calon. Ditakdirkan calon BN yang terpilih tidak mengikut kehendak majoriti ahli Umno akar umbi.

Atas sebab tersebut, PRK Sungai Limau bagi BN adalah yang terlembab dalam siri PRK yang mereka lalui di seluruh negara. Jentera BN benar-benar digerakkan hanya selepas tiga, empat hari berlangsungnya penamaan calon. Tenaga membantu dari luar Kedah hanya muncul selepas seminggu penamaan calon. Gambar calon BN melalui banting, banner dan billboard hanya muncul selepas seminggu berkempen. Berbeza dengan PAS, segala persediaan logistik bermula seawal hari kedua berkempen.

Dari segi isu, PAS lebih banyak menyerang dan sasaran utamanya ialah Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Lima bulan sebagai Menteri Besar sudah cukup banyak kelemahan dan kegagalan yang tersenarai. Mukhriz dalam kenyataannya, mengambil sikap tidak mahu menjawab. Iyalah nak jawab apa lagi, memang betul pun semua dakwaan kegagalan anak bekas Perdana Menteri itu.

Isu negeri turut dibantu dengan isu nasional seperti laporan Ketua Audit Negara, kenaikan harga gula, GST dan tiada insentif untuk pesawah padi dalam Bajet 2014. Termengah-mengah juga Umno menjawabnya.

Di pihak BN lantaran kehabisan modal untuk menyerang PAS, pilihan yang ada ialah membangkitkan isu-isu rasis, kalimah Allah, fitnah LGBT sehingga ramai kalangan rakyat terasa melugai dengan isu basi yang langsung tiada relevan untuk PRK Sungai Limau. Beberapa pemimpin PAS yang dipecat menggunakan pentas Umno untuk menabur fitnah. Antaranya isu tabung Memali, pun tiada mengena dengan Sungai Limau.

Jika sebelum ini Umno mengutuk PAS kerana menggunakan artis yang sudah berhijrah untuk berkempen bagi pihak PAS, kononnya ulamak sudah masuk Umno artis pula masuk PAS, tetapi kali ini mereka terpaksa menjilat gelema sendiri apabila mengundang berbondong-bondong artis untuk menjadi daya tarikan kempen.  Bezanya artis yang bersama mereka datang hanya kerana bayaran lumayan semata-mata berbanding dengan artis PAS yang kini sudah berjatidiri PAS.

Saya meneliti kebanyakan kajian professional perihal kecenderungan pengundi dalam PRK Sungai Limau, selepas seminggu kempen berlangsung. Tiada satu pun yang berpihak kepada BN, dalam keadaan lebih 80 peratus pengundi sudah membuat keputusan parti mana yang hendak dipilih.

Bilik Gerakan BN yang lebih berupaya untuk membiayai kajian professional berhubung pola sokongan pengundi pun pasti menemui dapatan yang sama – BN tidak mampu mengatasi PAS. Mereka yang turun ke medan PRK demi maruah dan untuk wibawa sebuah kerajaan yang baru lima bulan mengambilalih dari Pakatan Rakyat pasti tidak akan membiarkan situasi yang tidak diingini itu berlaku.

Hanya satu pilihan yang boleh dibuat oleh BN iaitu gerakan membeli undi secara besar-besaran. Ia akan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum waktu pembuangan undi. Kerja ini mereka lakukan dengan jayanya di beberapa PRK. Untuk Sungai Limau, cabaran para perasuah ialah jika para pengundi yang berpotensi mengundi PAS dikepung sebaiknya. Jangan beri ruang mereka ditembusi perasuah. Jika perlu, adakan perangkap untuk tangkapan awam.

Itu saja satu-satunya cabaran besar bagi PAS. Banyakkan munajat dan pergantungan kepada Allah di saat terakhir. Jika strategi kotor BN itu berjaya di atasi, insyaAllah saya yakin PAS akan berjaya pertahan majoriti yang kira-kira serupa PRU13 lalu.
 
~harakahdaily~

Mimpilah Sohaimi Jadi Calon BN Sahaja Tapi...

Boleh pulak hal mimpi-mimpi ni dijadikan bahan kempen untuk politik murahan UMporNO yang dah tidak diterima rakyat. Yelah hanya tinggal harini dan esok sahaja lagi untuk berkempen. Kurang dari 48 jam mana nak dapat pujuk rakyat. Walau UMporNO dah mula menabur duit rasuah dengan pelbagai janji projek itu ini memanglah menguntungkan rakyat tapi rakyat perlu tahu bahawa itu duit rakyat. Dan memang sepatutnya lah duit rakyat kepada rakyat. Bukan bagi sebab pengundi menangkan UMporNO baru dapat habuan.

Sebelum kematian Allahyarham Ustaz Azizan ada tak rakyat terfikir UMporNO nak dating tabor duit dan projek???? Macam kat Terengganu jugalah yang PRK Besut tu sampai hamper RM500 juta ditaburkan dengan duit dan projek mega. Dah mula ke sekarang bila UMporNO mengekalkan kemenangan??? Kalau dah mula baguslah tapi rakyat takkan tak boleh berfikir. Biarlah UMporNO dengan janji-janjinya. Kata Tok Guru Nik Aziz depa bagi duit kita ambik. Itu bukan duit UMporNO pun. Itu duit aku duit rakyat duit hangpa semua jugak yang membayar cukai.

Berbalik cerita tentang mimpi ni. Sebelum ni propembangkang menyiarkan yang ayah kepada DS Jamil Khir mengaminkan doa untuk kemenangan calon PAS. Huihhh riuh rendah akhbar UtuSEX dan media TV3 Stooges yang marah dengan gambar tersebut. Katanya PAS main taktik kotor siar tentang doa ayah Jamil Khir.

Kini giliran UMporNO pula menggunakan ustaz dengan memanipulasikan cerita bahawa Ustaz Rozali Abdul Hakim itu bermimpin Sohaimi calon UMpoNO BumNgok menjadi calon BN. Heboh lah dalam akhbar dan tv tentang cerita itu kerana Sohaimi adalah anak murid ustaz tersebut. Jadi ustaz tersebut tampil membuat penafian yang dia bermimpi tetapi hanya terlintas mungkin di hati atau di benak fikirannya sahaja.

Alah apa nak kecoc-kecoh brader...

Sekarang ni itu semua politik murahan bahan kempen jer. Nasib baik dan kira OKlah UMporNO tak keluarkan VCD yang calon PAS ada skandal seks pulak dengan mana-mana GRO ke. Kalau tidak payah jugak nak menepisnya. Sinonim sangat dah UMNO dengan PORNO ni sebab tu lah digelar UMporNO.

Biarlah depa UMporNO nak bikin rebut sampai serabut kepala hotak MB Kedah yang kena tolak bulat-bulat dari memegang jawatan MT UMporNO yang lepas. Bikin malu sahaja anak Tun M tak diterima perwakilan. Hahaha... Alamak ustaz UMporNO tak ada ke mimpi yang Mukhriz memang tak dapat jd MT UMporNO???

OKlah melalut pun buat apa kan... Kalau setakat ustaz tu kalau benarlah mimpikan Sohaimi jadi calon BN tapi seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan telah bermimpi yang saudara Azam adalah YB baru menyambung amanah Allahyarham TS Ustaz Azizan. Semoga mimpi rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan akan dimakbulkan Allah.

Amin...