REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 28, 2013

Blogger Haram Jadah UMporNO Pernah Ada Kes Jenayah

Sekoq blogger UMporNO yang suka menyebarkan fitnah kepada Pakatan Rakyat terutama pemimpin-pemimpin utama pembangkang iaitu PapagomoL atau nama sebenar barua ni Wan Muhammad Azri Wan Deris sebenarnya bekas anggota polis. Tapi sebab pernah dihadapkan ke mahmakah atas kesalahan jenayah maka barua ni telah dibuang kerja pada tahun 2012.

Ini timbul apabila Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi menimbulkan persoalan dan tanda tanya kepada SPR bahawa barua ni boleh mengundi dua kali iaitu dengan menggunakan kad pengenalan awam dan juga kad pengenalan anggota polis untuk undi pos.

Bila dah timbul isu yang membabitkan UMporNO maka terus pihak polis membuat kenyataan bahawa barua ni dah tak ada kena mengena lagi dengan PDRM dan hanya boleh mengundi dengan kad pengenalan awam sahaja.

Jadinya maha kelam kabutlah SPR memadam nama barua ni dari senarai pengundi pos walaupun sebelum ini nama barua ni ada dalam semakan SPR sebagai undi pos. Boleh pula SPR buat kerja dengan pantas dan berkesan kerana bersabitkan dengan UMporNO. Kalau minta dibersihkan pengundi-pengundi haram jadah di Sabah dan di semua tempat terutama Lembah Pantai yang lebih 4000 orang pengundi yang ntah datang dari mana ada sahaja yang menjadi kelewatan.

Inilah SPR namanya...

Saturday, March 9, 2013

Murujib Dalang Yang Janji Tanah Di Sabah

IMG_2925Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.

Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus Misuari sebelum dipetik media Filipina.

“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation, Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.

Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.

“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.

“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.

“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.
~.keadilandaily~

Sultan Sulu Ahli UMporNO?

umno suluKetika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.

Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.

Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.

Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.
Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.
Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.
Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
~keadilandaily~

Pencerobohan Konspirasi Terancang UMporNO?

(Gambar PhilStar.com)Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
(Gambar PhilStar.com)

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan
tianSementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.

“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.

Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.
~keadilandaily~

Lagu Tanya Sama Najib Menakutkan UMporNO

Tindakan media Umno BN mengaitkan lirik lagu nyanyian Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden di Lahad Datu, sekadar menjadi bahan ketawa dalam ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) di Bukit Katil, Melaka, semalam, ketua umum KEADILAN itu mengulas tindakan memanipulasi lirik lagu ‘Tanya Sama Najib’ yang selalu dinyanyikan beliau dalam program Pakatan.

Anwar secara berjenaka merujuk laporan Buletin Utama, TV3 menyiarkan rakaman nyanyian berkenaan untuk mengaitkannya sebagai dalang pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu.

“Umno BN punyalah teruk sampai lagu yang saya nyanyi pun mereka salah faham.

“Lirik lagu saya ialah ‘tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’.
“Sebab lirik lagu ini, Umno BN riuh rendah kata ini bukti saya dalang kumpulan pengganas Sulu. Lemah sungguh pemikiran Umno BN sekarang,” katanya disambut ketawa hadirin.

Menurut Anwar, lagu berkenaan tidak bermaksud memberi Sabah kepada kumpulan penceroboh seperti digambar media Umno BN.

“Kita maksudkan rakyat Sabah nak tolak Umno BN dalam PRU, bukannya nak bagi Sabah kat kumpulan penceroboh.

“Sebab fitnah Umno BN ini, saya akan saman media mereka,” ujar Ahli Permatang Pauh sambil disambut sorakan orang ramai.

Hari ni, Anwar memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.
Tempoh 24 jam diberi kepada media berkenaan untuk menarik dakwaan dan memohon maaf, namun kedua-duanya gagal berbuat demikian.
~keadilandaily~

Parti Pembangkang Tiada Kaitan Dengan Pencerobohan Sabah

DENI - CopyKesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan 2 Mac lalu melapor berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad datu.

Anwar kemudian memfail saman RM200 juta kepada media kawalan Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula 4 Mac lalu.
Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

~keadilandaily~

Nama Anwar Telah Dibersihkan Oleh Bapa SayFOOL

NONEBapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

azlan"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

NONE"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.
"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

NONE"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

~MK~

Mimpi Ngeri BumNgok Di Penang

penang 308 anniversary 090313 3Lebih 15,000 membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau Pinang dari BN pada 2008.

Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.

penang 308 anniversary 090313 front2Sebelum itu, jalan-jalan sekitar Padang Kota Lama menjadi
sesak, sehingga ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka kira-kira 1 km jauhnya, dan berjalan kaki untuk menghadiri majlis tersebut.

Ramai yang meletakkan kenderaan mereka di luas tempat parkir yang sah, dan disaman oleh polis. Saman-saman itu kemudiannya dikutip oleh setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik, yang merancang untuk bertemu pihak berkuasa berhubung perkara itu.

~MK~

Thursday, March 7, 2013

Siapa Dalang Yang Berjumpa Sultan Sulu???

Akhirnya terbongkar jua...Clever clever squirrel jumping, at last fall on the ground also!!!!!!

Akhirnya rakaman gambar Anwar Ibrahim berjumpa dengan Sultan Esmail Kiram II, Sultan Sulu telah terhebah luas dengan ligatnya tanpa sebarang tapisan di alam maya


Akhirnya terbongkar jua...Clever clever squirrel jumping, at last fall on the ground also!!!!!!

Akhirnya rakaman gambar Anwar Ibrahim berjumpa dengan Sultan Esmail Kiram II, Sultan Sulu telah terhebah luas dengan ligatnya tanpa sebarang tapisan di alam maya.

Pendedahan ini adalah hasil dari bantuan agensi CIA/Mossad/KGB/MI5/Utusan/BH/RTM/TV3/BERNAMA/Astro....

Jutaan terima kasih diucapkan kerana kebenaran akhirnya terserlah jua.. Benarlah apa yang dikatakan oleh para pemimpin UMNO dengan bantuan semua media arus perdana yang dalan pencerobohan di Lahad Datu oleh para pengikut Sultan Sulu dengan bersenjata kapisiti tinggi yang menyebabkan beberapa wira negara gugur, adalah didalangi Anwar hasil pertemuannya dengan Sulta Sulu, Sultan Esmail Kiram II sebanyak tidak kurang 3 kali.

Pertama beliau telah menyamar sebagai Aziz Shamsuddin.. Kedua menyamar sebagai Pak Lah dan akhir sekali, ketiga menyamar sebagai Najib Razak.

Penyamaran DSAI amatlah sempurna sekali hasil makeup dari pakar-pakar luar negara.

Kalau tidak percaya cuba lihat rakaman gambar yang dimuat naikkan diartikel ini.

Hebat.. cukup hebatlah insan bernama Anwar b Ibrahim ini..

Harap-harap macai-macai UMNO maupun yang masih menyokong perjuangan UMNO akan percaya akan berita "sahih" ini.

PSSTTT... APA MACAM.. OK TAK CARA OMAK KAU AMPU BODEK UMNO NI?..

~tranungkite~

Ini Akibat Janji Ditepati Atau Janji Dicapati?


Aku dan semua rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah. Tak kiralah apa fahaman politik kita marilah sama-sama menghadiahkan al-Fatihah semoga segala pengorbanan murni mereka yang terkorban mendapat syahid di sisi Allah. Al-Fatihah...

Pilu juga bila melihat peristiwa ini berlaku. Namun pergolakan ini berlaku menjelangnya PRU13 lagilah pilu. Tak kisahlah apa cerita yang dibawa oleh UMporNO atau PR tetapi masalahnya rakyat nak tahu dengan jelas apa yang berlaku???

Jangan puak UMporNO nak salahkan pemimpin pembangkang dalam isu ini. Kita ketepikan soal penceroboh... Kita masuk bab isu sebelumnya...

Katalah korang beli rumah. Lepas tu korang jual rumah tu secara lisan dengan duit deposit dah dibayar. Yelah nak tunggu urusan pinjaman bank, peguam lagi kan lambat dan makan masa. Jadi bayar deposit dah boleh tinggal dalam rumah tu. Sedangkan dokumen belum ditandatangan antara kedua belah pihak.

Lepas tu tuan rumah kedaun tu dah bangkrap tak ada rumah nak rumah tu semula dan halau pembeli tadi. Mau tak marah si mamat yang membeli rumah tadi. Dah lah bayar deposit cuma tunggu urusan pinjaman bank diluluskan sahaja.

Bila mendatangkan marah mahu sahaja si mamat pembeli rumah tadi nak hentak jer kepala tuan rumah kedaun tu kat dinding. Apalagi si tuan rumah kedaun tu pun repot polis kata si mamat pembeli rumah tu menceroboh rumahnya dan nak ambil hartanya.

Di sinilah kita nak lihat isu Lahad Datu dan Sabah sebagai isu negara. Takkanlah saja-saja jer penceroboh Kesultanan Sulu nak masuk Sabah dan mengaku nak buat tuntutan ke atas Sabah tanpa ada sebab musabab. Itu gila namanya. Rakyat nak tahu apa cerita di sebalik kejadian ini yang berlaku. Kalau nak tahu lebih tepat kenalah pergi tanya kaum Sulu yang dah lama menetap di Sabah. Siap dah jadi pengundi lagi setiap PRU.