REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 29, 2013

Kedah Lebih Maju Di Bawah Pakatan Rakyat

Menjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.

Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan hasil pelaburan.

"Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!" katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.

Amiruddin yang juga calon di situ berkata, pada zaman BN purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.

"(Waktu Muhyiddin berucap) di sebelah dia ada Datuk Mukhriz, timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan dan perindustrian negara.

"(Mukhriz kata) Saya bangga jadi anak Kedah. Tapi bila orang sebut fakta tak betul, bangkitlah perbetul. Tapi dia tak mempebetulkan.

"Sepatutnya timbalan menteri patut bangun, (kata) apa yang Tan Sri sebut tu, tak berapa tepat," sindir Amiruddin pada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diura-urakan sebagai calon menteri besar BN.

Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.

Muhyiddin memberi markah "E tolak" kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.

'Dulu banyak pintu tol'
Amiruddin juga memberikan contoh lain usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat "di atas meja", dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.

Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan "terlalu banyak kos dan pintu tol".

"Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan," katanya.

Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah.

~MK~

Hak Rakyat Johor Tak Hilang Tapi Duit Kroni Akan Melayang

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pagi ini apabila ditanya mengenai 'cara Johor' yang sering disebut oleh pemimpin BN negeri itu untuk meraih undi.

Najib berkata ia merujuk kepada dasar inklusif yang digunakan semasa pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman selama 18 tahun sebagai menteri besar.

Beliau menjelaskan, cara pentadbiran di negeri kelahiran Umno itu adalah sederhana dan bertolak ansur.

Katanya, Umno menjaga kesemua kelompok masyarakat dan memberi contoh kerajaan memberi bantuan kepada sekolah Cina.

“Dengan cara kepemimpinan dan dasar yang digunakan BN di Johor, ia membawa kepada keamanan dan kestabilan politik yang lama,” katanya.

Najib juga meminta rakyat negeri itu mengambil kita faktor berkenaan apabila membuang undi kelak.

Dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang penyokong dalam satu perhimpunan sebelum itu, Najib turut menyatakan perkara sama.

Soal yang pokok ialah, kita mesti tubuh kerajaan yang kuat. Bila kita tubuh kerajaan yang kuat, insya-Allah, ini Datuk Ghani Othman minta ini, boleh?

“Tubuh kerajaan kuat dulu, baru kita boleh bercakap. Kalau tiada kerajaan yang kuat kita tidak boleh bercakap, betul?,” katany yang disambut dengan laungan “Betul” oleh para hadirin.

~MK~

Murujib Memang Dah Nak Kalah Masih Tak Sedar Diri

azlanPusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hari ini menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang mempertikaikan kewibawaan tinjauan mereka selepas Datuk Seri Najib Razak menyatakan tidak bersetuju.

Malah, kata Sekretariat Umcedel, sikap pengerusi BN itu berbeza sama sekali dengan sebelum ini apabila Umcedel membentangkan kajiannya bahawa gabungan parti pemerintah akan terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.

Pada masa itu, kata mereka, Najib mengaku teruja dengannya dalam sebuah program di Kuantan pada 21 Januari tahun lepas dan kenyataan itu diulang dalam siaran televisyen dan tiada sebarang persoalan ditimbulkan tentang kajian itu.

Kenyataan itu juga katanya terakan di blog politik dan masih boleh dibaca hingga hari ini.

Najib semalam berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan Umcedel yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tinjauan BN mendapati beliau mendahului.

Tinjauan Umcedel berdasarkan 1,407 sampel itu menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri berbanding Najib yang mendapat 39 peratus.

NONEBeberapa tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan itu dengan mendakwa saiz sampel 1,407 terlalu kecil dan kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Sekretariat Umcedel berkata, pihaknya sedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian mereka.

"Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali," kenyataan itu dpetik.

Umcedel juga mempelawa pihak yang berminat supaya melayari laman sesawang mereka untuk mengetahui buiran lanjut kajian mereka.

~MK~

Najib Kata BN Akan Tawan Selangor Walau Mana Sekalipun

Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

"Dari pemantauan terdapat penerbangan khusus yang dibuka bagi maksud tersebut dan pendaratan dilakukan bukan di lokasi biasa seperti KLIA dan LCCT tetapi di kawasan tertentu," katanya tanpa menjelaskan lanjut dakwaan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Pakatan Selangor masih khuatir tentang 130,000 pengundi yang didakwa masih tidak dapat dikesan melalui "projek pendemokrasian" Selangor.

Dakwanya, mereka sudah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi untuk bekerjasama mengesan pengundi itu tetapi ditolak dan diberitahu ia bukan kuasa kerajaan negeri.

"Kita harap SPR akan membuat pemantauan agar membanteras kejadian yang mana mereka yang tidak layak mengundi di PRU akan datang," katanya.

Selain itu, Khalid juga mendakwa, masalah pengeluaran kad pengenalan segera kepada warga asing Indonesia, Burma dan Bangladesh telah "dipertingkatkan oleh Umno".

Malah tambahnya, Pakatan mempunyai maklumat dari kumpulan tersebut bahawa kad pengeluaran itu dikeluarkan dengan syarat mereka mengundi BN.

"Pakatan Rakyat Selangor akan memberi peringatan kepada mereka adalah satu kesalahan bagi pendatang ini mengganggu sistem demokrasi di Malaysia dan melanggar peruntukkan undang-undang negara," kata Khalid dengan nada amaran.

~MK~

Saturday, April 27, 2013

Rakyat Malaysia Akan Pilih Anwar Jadi PM


Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.

Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.

Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.

Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.

Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.

Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.

Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.

Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.

Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.

Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.

Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.

Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.

Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.

Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.

Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".

Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.

Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut. -mk


Manifesto PR lebih penuhi harapan rakyat - UMCEDEL


Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati, rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto Pakatan Rakyat dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN, manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

"Ini dalam keadaan manifesto BN dibentang secara langsung dua jam dalam televisyen, dan media memainkannya hampir setiap hari selepas daripada itu," kata pengarahnya Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaya semalam selepas membentangkan hasil kajian bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi dalam PRU13.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen, sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minima.

Dari segi pecahan kaum, masyarakat Cina adalah paling tinggi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi hasrat rakyat dengan 61 peratus, Melayu 37 peratus manakala India 21 peratus.

Bagi BN pula, majoriti yang mengatakan manifesto BN lebih memenuhi hasrat rakyat adalah kaum India dengan 53 peratus, Melayu 38 peratus manakala Cina 25 peratus.

"Kita bertanyakan kepada mereka, dan kebanyakan mereka ini menyatakan memperolehi maklumat manifesto Pakatan Rakyat ini daripada internet dan media alternatif," kata Dr Ridhuan.
-mk

~greenboc~

Pengundi Hantu Dah Sampai???


Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai? 
Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja? 


~greenboc~

SPR Rancang Menangkan UMporNO BumNgok???


Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang.

Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. Suasana macam funfair!!
Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu..

Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. ~

~kingofgoblok~

BN Terdesak Peralat Murid Sekolah


Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

“SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

“Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar ‘taklimat’ tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. “Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan ‘taklimat’ kepada guru,” kata Abbas.
~greenboc~

Putrajaya Bakal Ditawan Husam


Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3.
Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengaharinya, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.

TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Paginya beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.

Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam.









 
Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali.








 

Pelakon Seks Anwar Ibrahim Tampil Membuat Pengakuan


BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/04/berita-panas-gambar-dua-saksi-terbit.html#ixzz2RcVJk8FY

Thursday, April 25, 2013

PKR dakwa peti undi SPR dibawa ke lokasi 'rahsia'

NONEPKR mendakwa mendapat maklumat mengenai dakwaan bahawa peti undi yang sepatutnya dihantar ke ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didakwa telah dialihkan ke sebuah lokasi "rahsia".

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa sebuah kenderaan yang membawa peti undi ke ibupejabat SPR di Putrajaya bertemu dengan Pajero SPR di laluan keluar lebuh raya dan dibawa ke satu alamat rahsia di jalan SC2 di Zon Perindustrian Sg Chua di Kajang.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mendakwa di lokasi rahsia, beg polyester besar mempunyai logo SPR dan dipercayai mengandungi peti undi, kemudiannya dipunggah. Katanya, ini memerlukan penjelasan segera mengapa ia dilakukan dengan cara yang mencurigakan.

Menurut Anwar, seorang pemberi maklumat telah memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 8 April.

Beliau menunjukkan kepada media gambar-gambar beg polyester itu yang diambil oleh pemberi maklumat tersebut, tetapi tidak mengedarkan kepada mereka, atas alasan perlunya melindungi identiti pemberi maklumat itu.

~mk~

Pakatan Boleh Tawan Johor

NONEKedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Anwar mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN. Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.

~mk~

Monday, April 22, 2013

Undi POS Bukan Milik UMporNO Lagi

Jika dahulu undi pos dianggap sebagai deposit tetap BN, kali ini keadaan mungkin berubah di Perak apabila Pakatan Rakyat menggunakan pendekatan baru meletakkan tokoh pasukan keselamatan sebagai calon pilihan raya bagi memperjuangkan nasib mereka.

"Insya-Allah berpandukan perkhidmatan, kenalan, kita tak buat aniaya pada warga TLDM (tentera laut), kita akan dapat sokongan dari TLDM ," kata bekas ketua staf logistik Markas Armada Tentera Laut Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang akan bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR.

Berbeza dengan pilihan raya umum 2008, Pakatan kali ini membariskan empat tokoh bekas pemimpin keselamatan, termasuk seorang bekas pegawai kanan polis bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Darul Ridzuan itu.

Dua daripadanya diletakkan di kawasan tentera dan dua lagi di kawasan biasa - strategi serampang dua mata yang dilihat bukan sahaja untuk mendapatkan undi kawasan setempat, tetapi membantu menaikkan imej secara keseluruhannya di negeri itu.

Selain Imran, PKR membariskan bekas pegawai pasukan keselamatan Mejar (B) Abdullah Masnan di DUN Pengkalan Hulu, dalam kawasan Grik - Parlimen yang mempunyai seramai 3,666 pengundi polis dan tentera.

DUN itu sebelum ini ditandingi oleh calon PKR Lee Sing Long yang kalah kepada bekas menteri besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dengan majoriti 4,645 undi.

Manakala bekas pengarah siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari akan bertanding di Parlimen Larut dan Brigedier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab akan menggalas misi PKR di DUN Behrang. Kedua-duanya kawasan pengundi biasa.

Bagaimanapun, tugas paling berat dipikul oleh Imran kerana Lumut mempunyai seramai 13,287 pengundi pos berbanding 74,996 pengundi biasa. Jumlah ini mewakili hampir 18 peratus jumlah pengundi.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan mendapat 3,818 undi pos manakala BN pula mendapat 5,982 undi. Berlaku pertambahan undi pos hampir 3,500 orang di kawasan itu.

Keputusan besar pula bagaimanapun menunjukkan calon PKR Suwardi Sapuan tewas tipis di tangan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti hanya 298 undi. Kong akan bertanding sekali lagi kali ini. http://undi.info/perak/p/P74

Di atas kertas, sekiranya Imran dapat menaikkan sedikit sahaja sokongan tentera, sudah pasti Lumut akan dirampas oleh Pakatan dan beliau boleh melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan penuh bergaya.

Pemerhati politik berpendapat, seperti Abdullah, Imran yang berkhidmat sebagai tentera untuk tempoh yang panjang - 37 tahun -- mempunyai kelebihan kerana sebelum ini pernah bertugas di kawasan Lumut.

"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tawar Parlimen Lumut ini kepada saya kerana dia kata mungkin pengaruh saya boleh membantu kemenangan di sana.

"(Tentera) tersangatlah sedar sekarang. Susah nak dipengaruhi. Ramai yang dah sedar dan tahu tentang kebocoran, rasuah. BN sekarang tak ada jaminan untuk menang dengan undi pos," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Wisma Keadilan Perak, Ipoh, Perak sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengakui bahawa dengan meletakkan bekas anggota keselamatan sebagai calon di empat kawasan tersebut merupakan salah satu strategi Pakatan untuk menarik undi tentera.

Katanya, selain calon yang diletakkan mempunyai ciri-ciri ketokohan dan kewibawaan dalam bidang masing-masing, ia juga sebagai satu pendekatan mesra kepada anggota keselamatan supaya tidak takut untuk mengundi Pakatan.

"Tokoh-tokoh ini berwibawa semasa mereka bertugas dahulu. Tak terpalit dengan isu rasuah dan semasa bertugas mereka dihormati. Jadi kita gabungkan nilai-nilai ini untuk tunjuk pada kalangan tentera, polis bahawa ada orang yang berwibawa boleh jadi pemimpin.

"Adanya mereka dalam Pakatan, sekurang-kurangnya akan beri ruang pada tentera bahawa mereka masih ada lagi harapan dan masa depan.

"Ini adalah pendekatan mesra Pakatan kepada polis dan tentera. Strategi untuk menarik kakitangan tentera ini mengundi Pakatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

~MK~

TV3 Lebih Barua Dari Balaci UMporNO

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.
Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

~MK~

Mike Tyson Berkempen Dengan Anwar

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.

Wajib Sokong PAS Dan Pakatan Rakyat

Nadwah ulama dan NGO Islam akan diadakan pada 23 April ini di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar bagi menolak fitnah Umno.

Penasihat Majlis Nadwah, Tuan Guru Haji Salleh Musa, kumpulan ulama dan NGO terbabit telah bermesyuarat bagi menyatakan pendirian dalam menempuh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesyuarat itu diadakan pondok beliau, Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik.

Beliau berkata, keputusan mesyuarat pada 17 April lalu akan dibentang dalam majlis umum di Kuin itu bermula jam 2 hingga 5 petang.

“Masyarakat dijemput hadir beramai-ramai,” ujar beliau.

Jelas beliau, tujuan Nadwah Ulama dianjurkan bagi menolak fitnah ulama Umno yang mengeluarkan Fatwa Haram Sokong PAS dan PKR.

“Nadwah ulama akan melantik wakil dari setiap pertubuhan akan bentang kertas kerja menyatakan Wajib Sokong PAS dan Pakatan dengan dalil-dalil dan isu-isu yang tidak pernah dibincang umum sehingga masyarakat terpedaya dengan tipu helah Umno sehingga ada ulama yang gagal memahami isu terpengaruh dengan Umno,” jelas beliau lagi.

~harakahdaily~

Jangan Lupa Pengkhianatan UMporNO

Juga jangan lupa tentang...

1. Skandal lembu yang membabitkan duit rakyat berjumlah RM250 juta. Sehingga kini, kedudukan wang yang disalahgunakan itu belum dipulangkan. Jumlah itu bukannya sedikit dan bagaimana syarikat yang dimiliki suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil merangkap menteri ketika itu boleh mendapat pinjaman yang begitu mudah? Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi syarikat bumiputera yang bersusah payah untuk mendapatkan pinjaman bank.

2. Pengkhianatan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan. Jika mahu disenaraikan memang banyak, antaranya termasuklah menafikan hak royalti minyak, tidak memberi peruntukan tahunan, tidak membina lebuh raya dan pelbagai lagi sekatan termasuk sekatan melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Padahal Kelantan merupakan sebuah negeri ...
yang 90 peratus penduduknya Melayu Islam - sepatutnya terus dibantu dan dimajukan, bukan membalas dendam semata-mata kerana politik.

3. Bukan itu sahaja, pengkhianatan terhadap rakyat turut dilakukan di Terengganu apabila duit royalti yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri telah ditukarkan kepada wang ihsan. Hal itu dilakukan semata-mata mahu menindas kerajaan Terengganu yang dikuasai PAS pada tahun 1999 – 2004.

4. Salah guna dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Kes ini membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Yang bersudah payah ialah ahli-ahli LTAT iaitu anggota Angkata Tentera Malaysia yang mengorbankan jiwa dan raga untuk negara. Tetapi ada orang lain yang senang-senang menggunakan duit mereka. Sepatutnya duit LTAT digunakan bagi membantu anggota ATM yang telah bersara meneruskan kehidupan mereka.

5. Isu Felda. Orang Melayu mungkin hilang salah satu aset terpentingnya. Penyenaraian anak syarikat Felda ke bursa saham penuh kontroversi dan tipu muslihat. Walau pun projek ini telah dibatalkan pada zaman Tun Abdullah Badawi, tetapi telah dilaksanakan semula pada zaman Datuk Seri Najib melalui proksinya Tan Sri Isa Samad. Penyenaraian ini lebih menimbulkan banyak polemik daripada keuntungan kepada para peneroka.

6. Isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara pukal demi mengekalkan kuasa politik. Hal ini telah pun diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Sabah merupakan lubuk untuk warga asing memperoleh kad pengenalan segera. Tindakan ini bolehlah dibaratkan menjual negara dan mengkhianati rakyat sendiri. Boleh jadi wakil rakyat Umno-BN yang ada pada hari ini menang atas kapasiti ini.
7. Harga minyak dan harga barangan terus naik. Hal ini membebankan rakyat keseluruhannya dan tiada tanda-tanda Umno-BN bersedia mengurangkan harga tersebut. Rakyat sepatutnya juga tidak lupa bagaimana perdana menteri menyeru supaya rakyat berjimat cermat kerana kenaikan kos hidup, tetapi pada masa yang sama wakil rakyat Umno-BN terus berbelanja mewah. Contohnya, rakyat terpaksa membeli kereta dengan harga yang mahal kerana dikenakan pelbagai jenis cukai sementara wakil rakyat dapat membelinya dengan harga yanng murah kerana cukainya tidak banyak.

8. Rakyat akan lupa tentang skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan jual beli yang tidak munasabah. Sepatutnya dengan jumlah wang sama, Angkatan Tentera Malaysia beroleh kelengkapan yang lebih canggih dan lebih banyak unit. Namun duit negara dihabiskan untuk membayar kepada orang tengah dan proksi pemimpin negara. Yang menjadi mangsa ialah anggota ATM. Skandal ini juga terpalit dengan kematian seorang wanita monggolia yang dikatakan terbabit dalam rundingan membeli kapal selam ini.

9. Hutang negara meningkat kepada RM500 bilion. Jumlah itu boleh menyebabkan negara muflis. Rakyat perlu sedar bahawa merekalah yang akhirnya terpaksa membayar hutang tersebut melalui kenaikan pelbagai cukai, pengenalan cukai baru dan pengurangan subsidi. Sepatutnya kerajaan berbelanja secara berhemah agar hutang negara tidak meningkat dan tidak berlaku belanjawan defisit.

10. Ramai lagi rakyat yang merempat dan tidak mempunyai tanah. Ada yang telah meninggal dunia sedangkan tanah yang dipohon berpuluh tahun tidak diluluskan. Pada masa yang sama kerajaan melancarkan pelbagai projek mega seperti Iskandar Malaysia dan memajak atau menjualkannya kepada syarikat asing. Rakyat sendiri akhirnya hanya mampu melihat tanah airnya dimiliki warga asing.

11. Janji untuk mengurangkan beban tugasan guru. Janji tinggal janji. Sudah berapa orang Perdana Menteri dan menteri pendidikan bertukar – beban guru bukan semakin kurang bahkan semakin bertambah. Bukan itu sahaja, di sesetengah aliran waktu bekerja rasmi juga ditambah sehingga jam 5 petang dan cuti penggal dipendekkan.

Banyak lagi, tetapi rasanya rakyat sendiri tahu – rampasan kuasa di Perak, isu Memali, PTPTN, menghina raja dan yang paling banyak ialah isu rasuah. Jasa? Ya, memang ada jasanya. Takkan memerintah selama lebih 55 tahun tiada jasa. Namun, kerajaan yang ada pada hari ini tenggelam dalam jasa-jasa silam dan lupa untuk membuat jasanya sendiri. Yang ada hanyalah penguasa-penguasa yang rakus memenuhkan tembolok sendiri.

Cuma saya ingin sebutkan beberapa jasa yang dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri tetapi manfaatnya dapat ke seluruh negara. Kerajaan Kelantanlah yang mula-mula melaksanakan cuti dua hari seminggu. Walalupun awalnya dikritik oleh kerajaan pusat tetapi akhirnya dilaksanakan diseluruh negara. Keduanya, cuti bersalin dua bulan juga dimulakan oleh Kelantan dan telah pun diikuti oleh kerajaan pusat – turut dkiritik pada awalnya.

Ingatan ini bukanlah apa-apa, cuma mengingatkan kepada orang Melayu yang mudah lupa. Bukan saya yang kata, Tun Mahathir yang kata!

~FB Nordin~

Monday, April 15, 2013

Yang Salah Tetap Di Adili

Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.

“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.

Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.

“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.

~keadilandaily~

MB Melayu Jika Pakatan Menang Di Negeri Sembilan

Pakatan Rakyat akan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu apabila membentuk kerajaan negeri selepas PRU 13, kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fok.

Ia sekaligus menafikan strategi Umno BN yang cuba menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu negeri itu kepada DAP, semata-mata untuk mengekal kuasa.

“Umno hendak takut-takutkan orang Melayu, kononnya kalau Pakatan menang, kuasa politik akan jatuh ke tangan DAP. Anthony Loke akan jadi Menteri Besar.

“Saya sudah cakap berulang kali, kalau Pakatan menang di Negeri Sembilan, kita akan angkat semangat Perlembagaan Negeri.

“Seorang pemimpin Melayu beragama Islam akan diangkat jadi MB,” katanya depan ribuan hadirin dalam program ‘Jelajah Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

Sebelum ini, beliau menyatakan komitmen sama dalam satu wawancara bersama laman Roket Kini.
Anthony berkata, masyarakat bukan Melayu tiada masalah untuk menerima pemimpin termasuk Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu.

“Bezanya, kita tidak mahu Perdana Menteri yang kotor dan rasuah dari BN. Kita mahu yang bersih dan berwibawa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya disambut sorakan gemuruh.

~keadilandaily~

Semua Rakyat Menantikan PM Baru Selepas 3 Mei

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan sidang media segera untuk memaklumkan kepada Yang Di Pertuan Agong selepas Pakatan Rakyat menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia bagi membolehkan Agong menintahkan Anwar segera ke istana bagi proses pelantikan perdana menteri baru.

“Secara formal kuasa pemerintahan negara berada di tangan Agong tetapi ia hanya boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mempunyai mandat rakyat; sesuatu yang dilaksanakan melalui konsep bertanggungjawab kepada parlimen, khususnya Dewan Rakyat.

“Jadi strategi yang perlu dilakukan Anwar sebaik sahaja PR menang 112 kerusi nanti ialah membuat sidang media dan menyatakan beliau menunggu titah Agong untuk menjemput beliau ke istana bagi dilantik sebagai PM baru.Pelantikan kabinet akan dibuat selepas itu,” katanya dalam satu kiriman email kepada Keadilandaily.

Menurut Aziz, tindakan itu bagi mengelakkan pihak tertentu menceroboh ke istana dan memaksa pelantikan sebagaimana dilakukan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun selepas parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1985.

Katanya, istana juga perlu segera melantik sebuah kerajaan dan tidak mengulangi kelewatan seperti PRU 1999 apabila kerajaan baru Dr Mahathir Mohamad hanya dilantik 11 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Kelambatan ini, katanya menyebabkan kekecohan berlaku dalam sidang pertama Dewan Rakyat ketika itu.

Agong perlu proaktif

Aziz berkata demikian ekoran timbul pertanyaan mengenai senario yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU kali ini.

Beliau berkata, hal ini tidak pernah berlaku di peringkat persekutuan, dan kemungkinan BN akan membuat huru-hara dan kekecohan jika Pakatan memperolehi majoriti di dewan rakyat.

“Siapa yang berkuasa ketika itu? Jawabnya tidak ada; yang ada kerajaan sementara yang kerjanya setakat melaksanakan pentadbiran rutin sahaja.

“Kerajaan ini tidak boleh meneruskan kerjanya sebaik sahaja ada parti yang menang majoriti mudah dalam Dewan Rakyat; ertinya dalam PRU yang baru saja tamat,” ujar calon KEADILAN bagi Parlimen Sabak Bernam ini.

Kata Aziz, perlembagaan tidak memberi sebarang panduan bagaimana senario itu hendak ditangani, namun ia mempunyai semangat tertentu berasaskan demokrasi yang perlu diteliti.

“Senario itu menyebabkan Agong kena proaktif; perlembagaan meletakkan tanggungjawab melantik kerajaan kepada baginda dengan secepat mungkin.

“Ini kerana baginda perlu ada kerajaan yang menasihati baginda sepanjang masa. Dalam bahasa yang mudah perlu ada kerajaan yang menjalankan pentadbiran dan kerajaan ini perlu ada mandat; yakni kerajaan ini boleh bertanggungjawab kepada parlimen iaitu Dewan Rakyat,” ujarnya

Bagaimanapun, beliau yakin kekecohan sedemikian dapat dielakkan ekoran jaminan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan peralihan kuasa secara aman ketika mengumumkan pembubaran dewan rakyat, 3 April lalu.

~keadilandaily~

Selangor Mampu Dikekalkan Di Bawah Pakatan Rakyat

KEADILAN Selangor optimis akan memenangi semua 11 kerusi Parlimen dan 19 dari 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Umum ke-13 5 Mei ini.
Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan culaan dan kaji selidik di kerusi-kerusi yang dikhususkan oleh KEADILAN Negeri.
 
“Kita optimis akan menang semua 11 kerusi Parlimen, 19 DUN, manakala 2 lagi DUN sedang dalam pemantauan dan setakat ini menunjukkan perkembangan yang baik,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Zuraida yang akan mempertahan kerusi Parlimen Ampang itu berkata, calon KEADILAN Selangor yang diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merupakan gabungan profesional berbilang kaum yang komited kepada perjuangan.

“Barisan yang diketengahkan merupakan golongan profesional yang akan memacu rakyat ke arah sebuah negara dan masyarakat adil serta progresif,” katanya.

“Dengan pengisytiharan itu, maka persiapan KEADILAN Selangor telah pun mencapai 95 peratus.

“Semua persiapan lain seperti logistik, gerak kerja penerangan, kempen setempat dan manifesto telah siap sepenuhnya, yang tinggal hanya untuk calon turun bertemu pengundi,” jelas Zuraida.

Senarai penuh calon KEADILAN Selangor diumum Ketua Umum KEADILAN di hadapan lebih 10,000 rakyat dalam ceramah di padang awam AU2 Keramat, Gombak.

~keadilandaily~

Pakatan Rakyat Boleh Tawan Perak Semula

Imran Abd Hamid Calon KEADILAN Parlimen Lumut (P74), Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid yakin mampu menawan kerusi berkenaan berdasarkan sambutan hangat penduduk setempat dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, KEADILAN dan Pakatan mempunyai peluang cukup baik dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei untuk menguasai semula Perak dan merampas Parlimen Lumut daripada Umno BN.

“KEADILAN lebih banyak menerangkan kandungan Manifesto Rakyat dalam program yang dianjurkan di samping turut menumpu kepada isu berkaitan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).

“Fokus kita adalah kepada anggota TLDM yang masih berkhidmat dan bersara,” kata mantan Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM itu.
Tambah Imran, kegagalan pengurusan atasan memberi kebajikan yang baik kepada anggota menyebabkan ramai anggota tentera hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN.

“Pakatan menjanjikan 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapak rumah kepada pesara tentera.
“Bukan janji kosong kerana janji ini semuanya termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973,” kata Imran yang bersedia menunggu hari pencalonan Sabtu ini untuk menggempur Lumut sepenuhnya.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, calon KEADILAN, Suwardi Sapuan tewas kepada calon BN dari MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha, yang menang dengan majoriti 298.

~keadilandaily~

Murujib Takdak Teloq Sembang Tak Jatuh

najib penakut-debatBadan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri di bawah kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, untuk perdebatan awam dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto parti politik masing-masing.

Bagi menggalakkan budaya sihat berdebat, KPRU menggesa stesen radio utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung perdebatan tersebut, supaya rakyat seluruh negara diberikan peluang untuk menonton perdebatan tersebut secara langsung.

Perdebatan manifesto itu dijadualkan untuk berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina pada 17 April (Rabu) ini.

KPRU mengalu-alukan cadangan BERSIH 2.0 mengadakan perdebatan antara Najib dan Anwar. Menurut KPRU, perdebatan awam merupakan suatu budaya politik dan pilihan raya yang sihat. Banyak negara yang mengamalkan semangat demokrasi akan mengadakan perdebatan antara calon-calon sebelum pilihan raya, seperti perdebatan antara calon presiden di Amerika Syarikat, perdebatan antara calon presiden di Taiwan, perdebatan antara calon Ketua Eksekutif Hong Kong dan sebagainya.

Calon-calon yang menyertai debat diberi platform politik untuk berkomunikasi dengan orang ramai, dipersoalkan oleh orang awam dan serta membincangkan idea lawan.

NajibKPRU berpendapat, walaupun perdebatan ini dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan, namun, RTM wajar menyiarkan siaran langsung bagi semua orang mempunyai peluang untuk menonton debat ini tanpa penapisan.

Semenjak Radio Televisyen Malaysia RTM1, RTM2 dan TV3 menyiarkan manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) secara langsung dan lengkap, RTM dan stesen komersial lain, Natseven (NTV7) dan Astro wajar memberi ruangan siaran bagi perdebatan awam antara Anwar dan Najib untuk mematuhi “Ikrar Integriti Pilihan Raya” yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN, Najib yang komited untuk mempromosi pilihan raya yang adil dan bersih.

KPRU menegaskan bahawa ini bukan kali pertama bagi cadangan perdebatan antara Anwar dan Najib. Anwar sendiri telah banyak kali menjemput Najib berdebat mengenai isu-isu ekonomi negara. Namun, menurut Najib perdebatan bukan suatu budaya kita, beliau gunakan alasan ini untuk mengelak diri daripada berdepan dengan Anwar.

Menurut KPRU, dari hari pertama Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga ke hari ini, beliau kelihatan teragak-agak dan lemah ketika menghadapi isu-isu utama. Jika Najib mempunyai keberanian untuk menerima jemputan perdebatan ini, mungkin dia dapat mencuci dirinya dari imej negatif itu.

~keadilandaily~

Saturday, April 13, 2013

Kalau Dah UMporNO Tu Porno Jelah Kerjanya

Dulu masa zaman MahaFiraun UMporNO telah menuduh DS Anwar sebagai peliwat adik angkatnya Sukma. Selepas itu tiba-tiba sahaja ada pula skandal Anwar dengan bini orang Shamsidar. Akhirnya semua tu palsu belaka. Palsu tak palsu pun 6 tahun jugak lah DS Anwar dalam penjara. Masa tu MahaFiraun jadi PM jadi 1Malaysia takut dengan Madey mamak Kutty ni. Bila rakyat dah mula jelak dengan muka MahaFiraun barulah Pak Lah jadi PM kira OK lah sikit.

Pak Lah pula baik orangnya sebab tu tak ada sangat penyelewengan kewangan negara. Setakat nak bagi sikit-sikit projek kat anak-beranak tu dah perkara biasa lah dalam UMporNO. Akhirnya Pak Lah lepaskan Anwar dari penjara bila mahkamah kata Anwar tidak bersalah. Perghhh.... 6 tahun tu kalau rakyat biasa yang tiada semangat kental mau jadi gila.

Yelah macam Anwar siap kena tumbuk dengan Ketua Polis tapi Ketua Polis menafikan dan kata Anwar tumbuk sendiri. Nak bertumbuk pun janganlah ikat tangan Anwar. Itu penakut dan barua UMporNO namanya. Bila Suruhanjaya Diraja buat siasatan barulah tahu yang ini kerja pencacai tua KPN yang punya angkara. Letak jawatanlah nasib pencacai tua tu.

Bila Murujib rampas kuasa Pak Lah mulalah takut dengan reformasi Anwar bergema semula di Permatang Pauh bila Anwar menang semula di situ. Murujib nampak kalau Anwar menang, tentulah ramai penyokong Anwar akan kembali. Penyokong Anwar bukan dalam pembangkang sahaja malah dalam UMporNO pun ada. Tambah pula bini Murujib Rosmangkuk suka perabih duit negara dengan shopping di luar negara.

Timbul pula isu Anwar liwat SayFOOL. Kalau aku malu betullah tunang SayFOOL yang bakal suaminya telah TERNODA. Eiiii gelilah bang, abang dah TERNODA.... Bila bawa ke mahkamah didapati tuduhan tu palsu. Pada mulanya bapa SayFOOL beria-ia benar mengaku bahawa Anwar meliwat anaknya tapi dah sampai hidayah Allah maka bapa SayFOOL ni mengaku bahawa ada konspirasi dari Murujib sendiri mahu memalukan Anwar.

Video Anwar dengan gadis cina buat seks pun diedarkan juga. Last sekali isu tu dah lapuk dan orang pun dah tak yakin dengan gambar hitam putih zaman P. Ramlee. Nak tangkap gambar zaman sekarang dah canggih tak mainlah hitam putih lagi. Muka pun dah clear taklah blur macam barua jer video tu.

Kenapa hanya skandal seks dan porno dibuat ke atas pemimpin pembangkang??? Sebab Anwar memang pemimpin yang baik dan amanah. Tak buat penyelewengan duit negara sewaktu dalam kerajaan dan berkuasa sebagai Menteri Kewangan. Bukan macam Murujib jadi sahaja PM terus pergi luar negara menghiburkan hati yang duka lara bersama isteri tercinta.

Sekarag ni pula Mustafa Ali ada pula dalam video seks dan dikatakan pula PKR yang buat. Pelik bin ajaib lah sebab budak tadika pun tahu kalau orang PKR yang buat video seks takkanlah nak bagitahu kat pelacur tu yang aku ni orang PKR nak suruh hang beromen dengan Mustafa Ali untuk jatuhkan karier dia dalam politik.

Ada akai ka bahlul???

Tapi yang cepat upload dalam blog adalah sekor babi UMporNO iaitu PAPAGOMOL. Kot-kot dia yang gomol pelacur tu kot sebab perut dia pun buncit jugak. Tapi mana dia polis tak ada ke nak buat siasatan ke atas PAPAGOMOL ni. Ini video seks lucah melampau ni. Takkan nak dibiarkan anak-anak kita tengok. Sedangkan di Youtube pun dah dibuang. Kalau PDRM tak bertindak tentu lah terpalit juga yang PDRM barua UMporNO.

Kalau PKR nak buat video seks tu tentulah ada team yang hebat. Dari nak perangkap, nak letak kamera tersembunyi, nak upload dalam blog, nak hantar rumah ke rumah tapi kantoi sebab kena cekup masa penghantaran di buat. Lain kali guna Pizza Delivery kan mudah hantar VCD seks. Yang cepat blog upload ialah blog pro UMporNO.

Tentulah ini kerja orang UMPorNO. Memang sesuai sangatlah UMNO Baru ni jadi parti BARUa iaitu UMporNO. Sinonim sikit nanti generasi akan datang tahu sebut sahaja UMporNO ingat PORNO. Pemimpin dia pun porno sampai rogol amah pun ada, ahli-ahli porno sampai buat video porno pun ada. Dasyat-dasyat. OKlah hidup UMPorNO dengan video-video seks seterusnya.

Selepas ni siapa pula??? Nurul Izzah???? Khalid Ibrahim??? Rafizi??? Azmin Ali??? Atau Anwar lagi??? Pergi mampus dengan UMporNO. Kami Undi Pakatan Rakyat.

Hidup Pakatan Rakyat
Hidup Anwar

Memaksiatkan Remaja Impian Murujib Untuk Menang

NONEMenjelang pilihan raya umum 5 Mei ini, Datuk Seri Najib Razak mengorak langkah memikat sokongan golongan belia menerusi program hiburan dan penampilan selebriti industri hiburan dan sukan tanah air.

Bertempat di Bukit Jalil petang tadi berlangsung satu program dinamakan 'Suara Generasiku' yang dianjurkan NGO Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) dan menampilkan perdana menteri sementara itu sebagai tetamu kehormat.

Program itu membariskan selebriti tempatan sebagai penyeri majlis - di antaranya adalah One Nation Emcee (ONE), Adira AF, Black Mentor, Aqasha, Radhi OAG, pemain badminton Hafiz Hashim dan pelumba kereta Fairuz Fauzy.

Ketibaan Najib sekitar jam 4 petang disambut dengan lagu 'Inilah Barisan Kita' yang dinyanyikan dengan lantang oleh kira-kira 3,000 orang belia yang memenuhi Dewan Seri Putera, Stadium Bukit Jalil.

Mereka turut memegang pemidang kecil bertulisan 'I Love BN' dan 'I Love PM' dan bersorak gembira sewaktu menyambut ketibaan Najib.

Menemani Najib petang tadi adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anaknya, Ashman dan Nooryana Najib.

Turut kelihatan adalah bakal menantu lelakinya dari Kazakhstan, Daniyar Nazarbayev yang memakai baju T putih bertulisan 'I Love My PM'.

Najib kemudian merasmikan program tersebut yang disifatkannya sebagai "platform bagi anak muda menyuarakan suara mereka dalam pembangunan politik, ekonomi, sosial, sukan, kesenian, dan hiburan".

Beliau turut mengambil peluang dengan berikrar untuk mendukung dan menunaikan harapan golongan muda sekiranya terus diundi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE"Saya sebagai ketua kerajaan menjanjikan bahawa segala harapan generasi muda hari ini akan kita tunaikan sekiranya kita dapat mandat yang baru daripada rakyat nanti," katanya.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video menjelaskan inisiatif 'Suara Generasiku' dan persembahan nyanyian dari selebriti-selebriti yang hadir.

Hadirin turut mengambil kesempatan bersalam dengan Najib dan isterinya sewaktu beliau bergerak meninggalkan majlis.

Sebahagian yang lain pula tidak melepaskan peluang bergambar dengan selebriti yang hadir.

Presiden GBG1M, Shahrul Nasrun Kamaruddin yang ditemui selepas majlis menjelaskan kehadiran selebriti industri hiburan tempatan itu bukan satu perakuan kepada kempen BN tetapi mereka adalah contoh teladan bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk bersuara terus kepada kerajaan menerusi platform 'Suara Generasiku'.

~MK~

Sabah Akan Jatuh Ke Pakatan Rakyat Bukan Sultan Sulu

NONEAhli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Beaufort yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Selain itu, beliau turut memikirkan secara serius untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

"Keputusan awal begitulah, saya akan bertanding di Parlimen sepertimana yang telah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui, sambil menambah beliau akan menentukan sama ada akan turut bertanding di Klias.
Dalam PRU lalu, Lajim menewaskan calon PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort.

DUN Klias kini disandang oleh Datuk Azizah Mohd Dun daripada Umno yang menang dengan majoriti 2,413 undi.

Menurut Lajim, dalam PRU kali ini, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuainya, akan meletakkan calon di 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen serta menggunakan lambang PKR

"Kita sudah bersetuju untuk menggunakan lambang PKR. Cuma ada satu, dua calon daripada Majlis Tertinggi PPPS yang akan menggunakan lambang PAS seperti di Bugaya dan Sukau," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, senarai nama calon pembangkang di negeri itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini.

Katanya, calon Parlimen akan diumumkan serentak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur manakala calon negeri pula akan diumumkan oleh presiden parti masing-masing.

"Bagi kerusi-kerusi di negeri ini, 95 peratus telah selesai dan hanya antara PKR dan DAP sahaja yang masih dalam pertimbangan," ujarnya.

~MK~