REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, August 29, 2012

Enakmen Lompat Parti Menyembelih Parti Pak Brahim

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan agar enakmen lompat parti dipinda kerana bersesuaian dengan keadaan semasa. Ini bererti kalau seseorang wakil rakyat yang telah menang kalau mahu masuk geng Pak Brahim Raja Katak perlu meletak jawatan wakil rakyat dan PRK perlu diadakan semula.

Sejak UMporNO membeli wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sehingga Perak jatuh semula ke jajahan regim UMporNO dan berlaku lagi di Kelantan di mana presiden parti Katak Perkasa Pak Brahim yang muka langsung tak malu mewakli parti PAS bila dah menang melompat secara bebas lalu menghantam Tok Guru dan Anwar Ibrahim.

Wakil-wakil katak yang dikatakan dibayar berjuta-juta ringgit di Kedah, Perak, Selangor dan serata negara oleh UMporNO juga dah mula terkedu dan mula ternganga seperti Zahrain Katak yang sudah tahu nasib dirinya tak lagi diterima rakyat Bayan Baru.

Nak masuk UMporNO boleh berambus lah sebab UMporNO pun dah ada calonnya. Nak masuk Pakatan Rakyat semula cuma nak rasa kena penyepak je lah. Akhirnya kenalah bertanding sekor-sekor sebagai calon parti berlogokan katak. Ada ke pengundi nak pangkah parti katak??? Kalau letak logo kereta Ferrari ke Lamborghini ke Porche ke rasa-rasa boleh lah dapat undi sekor dua barua-barua yang dibayar upah untuk memangkah dia. Lu pikir lah sendiri....

UMporNO Pau KERAjaan, Utusex Pau UMporNO Kot?

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

NONE"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"
~MK~

Karpal Saman Tak Nak Saman Utusex UMporNO?

Seorang wartawan Utusan Melayu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.

Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.

karpal singh sue utusan for defamation 190908 02"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.

Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.

~Bernama~

Tiada konspirasi jatuhkan Musa Hassan

NONEBekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff bertegas bahawa tidak ada konspirasi di pihaknya untuk menjatuhkan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sebaliknya, beliau mendakwa, Musa yang menaruh dendam
terhadapnya dan mendakwa seorang individu yang ditangkap pada Oktober 2006, digunakan untuk mereka-reka pembohongan terhadapnya apabila beberapa pegawai kanan bersaing untuk jawatan timbalan ketua polis negara.

Beliau mendakwa, individu tersebut yang ketika itu ditahan di bawah Ordinan Darurat, telah digunakan untuk memfitnahnya pada 2006, dengan tuduhan bahawa individu itu telah merasuahnya dan beberapa pegawai polis kira-kira lapan tahun yang lalu.

Dakwaan tersebut, katanya, telah mendorong siasatan dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ironinya, kata Ramli, walaupun beberapa pegawai polis didakwa telah turut dikaitkan, tetapi hanya beliau (Ramli) sahaja yang disiasat, yang mendorong kepada tuduhan dibuat terhadapnya.

Oleh itu, katanya, untuk mengatakan beliau telah cuba untuk menjatuhkan Musa dengan membuat semua dakwaan ini adalah tidak wajar. Ramli memberitahu demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Individu tersebut tidak pernah dikemukakan oleh BPR, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Ramli di Kuala Lumpur, untuk membuktikan dakwaan bahawa Ramli telah menerima rasuah.

musa hassan mahmood adam ismail omar 080910 igpIni membawa kepada mahkamah sesyen untuk melepaskan Ramli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Menurut Ramli, Musa bekerja di bawahnya di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) selama enam tahun, dan dia bertanggungjawab dalam kenaikan pangkan Musa sebanyak dua kali.

Setelah sebahagian besar kariernya bersama CID, kata Ramli, beliau pernah membantu supaya Musa tidak ditukar menjadi ketua siasatan jenayah Perlis selepas Musa membuat rayuan.
~MK~

Patutlah Musa Hassan Pun Macam Gangster

NONEBekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya.

Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan.

"Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya.

"Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli.

"Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini.

Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka.

Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor.
~MK~

Monday, August 27, 2012

Murujib Bukan Tuhan Nak Tentukan Takdir

Cukup takut Pak Menteri UMporNO Murujib meminta supaya rakyat Malaysia tetap menyokong UMporNO dan jangan cuba-cuba buat perubahan dengan memenangkan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini. Kata Murujib jika pembangkang mentadbir negara belum pasti menjaminkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Kalau korang baca statement ni patut tak aku cakap PIRAH MABUKKKK sebab Murujib cakap macam barua. Ini menunjukkan Murujib yang sebelum ini menjadi PM hanyalah melalui 'rampasan kuasa' daripada Pak Lah tidak berani nak hadapi hakikat dan kenyataan yang rakyat dah mula membenci UMporNO.

Yelah malulah PM yang jadi PM bukan melalui pilihan raya tetapi bila mahu nak PRU13 dah kalah di Parlimennya sendiri ataupun terus jadi tokoh pembangkang di Parlimen. Mana mau taruk muka di mata dunia? Yang lagi best mana bini dia Rosmangkuk tu nak lari? Sebelum ni shopping juta-juta sana-sini, tidur ratus-ratus ribu di hotel mewah takkan nak merempat balik kampung pulak kot.

Nampaknya kempen 1 Malaysia oleh Murujib dan UMporNO untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti BumNgok ternyata biasa saja reaksi dari rakyat. Sana-sini dibelanjakan wang kerajaan dilekat poster-poster dan stiker-stiker sampaikan Hari Kemerdekaan negara yang bukan barua-barua, balaci-balaci, bapak UMporNO atau kepala bapak UMporNO jer yang sambut tapi semua rakyat Malaysia tidak kira apa fahaman politik akan menyambutnya.

Jadi amat tidak sesuai dan tepat jika JANJI DITEPATI yang menjadi kempen UMporNO dalam PRU13 menjadi tema Hari Kemerdekaan yang ke 55. Bodoh dan bangang lah idea siapalah yang mengarut tu. Itulah ikut lagi penasihat dari APCO Israel laknatullah tu. Sedikit sebanyak kebangangannya terpalit kena sama. Belajar tinggi-tinggi tapi haprak nak mampuih.

Rakyat kini dah mula sedar dan nampak selama 55 tahun UMporNO dan BumNgok mentadbir negara semakin gila pemimpin mereka tak ingat nak mampus. Ye lah kata orang-orang tua dan orang-orang perempuan laki yang dah berumur 55 tahun kubur kata mari rumah kata pergi tapi masih nak joli sana-sini. Kalau dalam perkhidmatan awam pun umur 55 tahun dah kena bersara. Sebab tu UMporNO takut rakyat suruh bersara pencen awal jadi dinaikkan ke 56, kemudian jadi 58 lepas tu terus jadi 60. Maknanya UMporNO nak mentadbir negara lagi sepenggallah sampai usia kemerdekaan negara ke 60 kot?

Tak payahlah kalau dah 55 tu dah kira tua ganyut tak sedar diri. Bolehlah pencel awal dari mentadbir negara. Tak payahlah nak takutkan rakyat dengan pernyataan gila, bodoh, tahyul, bangang, bengong, tolol lagi samdol yang negara akan jadi kacau bilau dan tidak aman jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Rakyat boleh menilai Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu yang dan berpuluh-puluh tahun mentadbir negeri tidak pun terjadi huru hara, bakar rumah, orang kena bunuh sana-sini. Sekarang dan tambah Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Ada tak korang nampak ada rusuhan sana-sini atau mana-mana malaun yang cuba buat provokasi? Soal berjaya atau kurang berjaya itu cerita lain sebab baru sepenggal mana nak dapat lihat kejayaan yang begitu gah.

Kalau UMporNO bermegah dengan KLCC, KL Tower, Putrajaya, Cyberjaya itu semua dibina selepas berpuluh-puluh tahun UMporNO mentadbir Malaysia. Takkanlah Pakatan Rakyat yang baru 5 tahun mentadbir negeri nak buat bangunan-bangunan macam tu. Lu pikirlah sendiri...

Bagilah peluang kepada Anwar Ibrahim menerajui Pakatan Rakyat dan kita lihat apakah pula perubahan yang akan dibuatnya kepada rakyat dan negara. Kita ada undang-undang yang tiada siapa boleh mengelaknya hatta PM sekalipun. Jika menteri-menteri dari Pakatan Rakyat buat salah rakyat boleh minta agensi-agendi kerajaan seperti PDRM, SPRM heret pemimpin-pemimpin yang melakukan penyelewengan ke mahkamah.

Jika rakyat mengundi Pakatan Rakyat bermakna rakyatlah yang menjadi tuan di negara Malaysia ini tapi jika rakyat masih mengundi UMporNO maka rakyat akan terus menjadi hamba dan barua dalam sepanjang sejarah kemerdekaan negara. Dahlah rakyat pernah jadi hamba kepada Jepun, Komunis, Inggeris dan akhirnya MahaFiraun UMporNO takkan nak jadi hamba sampai mampus kot.

Dalam Islam Allah dah sebut dalam Rukun Iman yang ke 6 PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR iaitu semuanya di bawah perancangan Allah. Baik dan buruk Allah yang tentukan. Takkanlah Anwar Ibrahim jadi PM dia nak bangkrapkan Malaysia? Ramai lagi tokoh dari PAS dan DAP yang sentiasa menjadi penasihat dan rakyat sekalipun menjadi hakim kepada Anwar Ibrahim.

Yang pastinya Murujib bukan Tuhan yang pandai-pandai macam ahli sihir yang boleh katakan jika Pakatan Rakyat menang negara akan hancur. Yang rakyat nampak sekarang selagi Muruijib dan bini yang mengaku First Lady berkuasa negara kian hancur. Depa takperlah boleh lari ke Khazakhtan tapi rakyat Malaysia, korang? aku? nak lari ke mana????

Murujib Bersedia Kemas Kain Baju

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Putrajaya.

"Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam.

"Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.

seri perdana official pm residence big 231105Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang.

Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara.

Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.

"Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi.

"Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka."

Tuesday, August 14, 2012

Utusex Akhbar No 1 UMporNO

Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah. Abdul Aziz, 48 berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.

Bagaimanapun, dalam melaporkan mengenai pembangkang, beliau tidak menyifatkannya sebagai laporan seimbang, tetapi memihak kepada aspirasi parti. Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?

Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.

Terdahulu, Abdul Aziz mengakui bahawa Utusan sebahagian besarnya dimiliki Umno tetapi mendakwa parti itu tidak masuk campur dalam proses editorial. Surendran bertanya sekiranya terdapat seorang wakil Umno dalam lembaga pengarah Utusanyang juga merupakan wakil perdana menteri.

Abdul Aziz mengakui dan berkata, individu dari Umno itu merupakan Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin.

Umno atau syarikat penamanya memiliki pegangan sebanyak 49.77 peratus dalam Utusan Melayu (M) Bhd, menurut laporan tahunannya.

Setiauasaha akhbar kepada perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad juga antara pengarah Utusan Melayu, dedah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam samannya terhadap harian itu.

"Saya tahu perkara ini kerana Tengku Sharifuddin mewakili kerajaan menandatangani perjanjian dengan firma Apco di Washington. Beliau bukan ketua pengarah jabatan tetapi menandatanganinya bagi pihak kerajaan kerana menjadi setiausaha akhbar kepada PM.

"Pengerusi Utusan Hashim Ahmad Makinuddin dan pengarah Professor Firdaus Abdullah juga dikenali sebagai anggota Umno

"Oleh itu, mengapa melantik mereka jika Umno tidak mengawal Utusan? Tambahan pula kamu ada setiausaha akhbar PM juga sebagai pengarah," kata Anwar.

Anwar berkata, tidak perlu untuk sebuah entiti yang memiliki 51 peratus pegangan untuk mengawal syarikat kerana kepentingan 33 peratus sudah cukup untuk tujuan itu.

Dalam kes ini, katanya, Umno memiliki 49.77 peratus saham dalam Utusan Melayu.

~MK~

Anwar Lebih Layak Jadi PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News.

NONEHadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Atas dasar itu, tambahnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang layak mengisi jawatan itu.

"Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (rakyat Malaysia)," beliau dipetik sebagai berkata.

Berhubung isu perdana menteri mesti mendapat sokongan majoriti orang Islam, Hadi berkata, realiti politik menunjukkan Melayu-Islam menjadi tulang belakang kepada populasi pengundi.

Monday, August 13, 2012

Konsep Kafir Harbi-Zimmi

Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud dan tidak mahu mendaulatkan Islam.

Tuan Guru Haji Abdullah Sa’mah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP.

NONEPKR berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat.

Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global.

Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari’ah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi’),

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. 

Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Muwatinun La Zimmiyyun” (Kewarganegaraan Bukan Zimmi).
NONEKarya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini.

Shaikh Taha Jabir al-‘Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. 
Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta’min – memang dicipta oleh para ‘ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah.
Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.

Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun).
Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. 

NONEHasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.

Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa’mah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa.

Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, Umno kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.  Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.  

Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. 

Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini?

PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke-13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu’alam.

DR MUHAMMAD NUR MANUTY
~Ketua Penerangan PKR~

Nak Berak Baru Nak Gali Lubang

Pepatah Melayu ada berkata. ‘dah nak berak baru gali lubang’. Itulah hakikatnya dalam isu pernubuhan RCI berhubung dengan isu kebanjiran pendatang haram di Sabah yang telah menjadikan BN ibarat telor di hujung tanduk. Semalam Najib telah menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) berhubung dengan kedatangan ratusan ribu pendatang tanpa izin yang telah menjadi masalah besar kepada negeri Sabah.

Suruhanjaya ini (RCI) jika benar-benar menjadi kenyataan dan dilaksanakan dengan seratus peratus ketelusan, ia akan menjadi igauan kepada BN. Tetapi dalam pengumuman Najib semalam beliau tidak menyentuh satu pun dari lapan ‘term of reference’ yang telah dipersetujui itu. Apa yang terpenting di dalam penyiasatan RCI ini nanti ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap pemberian kad-kad pengenalan itu serta pemberian kerakyatan kepada pendatang tanpa izin dengan begitu banyak itu.

RCI itu juga berwajib untuk mengutamakan motif dan tujuan pemberian sijil-sijil kerakyatan dan kad-kad pengenalan itu. Kedua-dua isu ini merupakan isu yang tersangat penting yang rakyat ingin tahu. Apa kah asas pemberian dengan pengeluaran sijil-sijil kerakyatan yang diberikan kepada pendatang itu? Pemberian itu semestinya bersebab sehinggakan pembajiran pendatang ke Sabah sejak sekian lama telah menjejaskan keadaan sosial, ekonomi dan berbagai-bagai lagi masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat tempatan Sabah.

Jika usaha memberikan sijil-sijil kerakyatan ini tidak mempunyai asas yang kukuh, maka tindakan itu adalah satu tindakan ‘treason’ yang begitu aib nilainya dan mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke mahkamah tanpa memilih bulu. Yang kita hendak jaga dengan rapi ini ialah sebuah negara yang berdaulat. Jika tindakan itu tidak mempunyai sebab, maka ia adalah tindakan yang mencemarkan kedaulatan negara kita.

Nyata sekarang tindakan pembentukan RCI ini merupakan tindakan yang telah lama di tunggu-tunggu dan desakan pemimpin-pemimpin Sabah sejak puluhan tahun dahulu baru sahaja hendak di dengar. Itu pun setelah BN sendiri merasakan yang sokongan rakyat Sabah sudah merudum terhadap pimpinan BN di sana.

Kita tidak wajar menafikan hakikat yang penubuhan RCI ini dilakukan kerana terpaksa memandangkan pimpinan dan rakyat Sabah sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi selain dari membenamkan kerajaan BN yang memerintah selama ini yang menjadi penyebab pembanjiran pendatang haram dengan begitu ramai.

Penubuhan ini dilakukan dengan serta merta dalam keadaan terdesak dan kita sendiri menyaksikan yang pembentukan RCI ini ibarat ‘sudah nak berak sangat baru gali lubang’ Keputusan kepada RCI ini wajar di ketahui umum sebelum PRU ini dan tidak boleh diambil enteng lagi oleh kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab di peringkat persekutuan ini.

Dr Mahathir menentang penubuhan RCI ini dan kita tidak terperanjat dengan pendirian beliau itu. Tidak payah kita membuat apa-apa spekulasi terhadap beliau kerana beliau sememangnya mengetahui perkara itu berlaku dan ini merupakan isu yang sangat hangat yang diperbincangkan oleh rakyat ramai di bawah ini. Jika dengar sangat nasihat Dr Mahathir ini ia akan menjadi laibiliti sepanjang zaman kepada kerajaan hari ini.

Hanya kita mengharapkan agar keputusan RCI ini dibuat dengan telus dan jika terpaksa mengadapkan sesiapa di mahkamah ia perlu dilakukan. Jangan pula menjadi RCI terhadap isu Lingam dahulu. Tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil terhadap sesiapa yang bertanggungjawab itu. Kita sememangnya menunggu cadangan-cadangan yang akan dibentangkan oleh RCI sesudah selesai melaksanakan tanggungjawab penting terhadap negara ini.

Tetapi yang paling mudah untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab dan motif pesalah laku dalam isu ini ialah untuk rakyat bersatu dengan mengubah kepimpinan negara dan di Sabah.

Jika perubahan dilakukan di Sabah, bukan sahaja isu pendatang izin boleh diselesaikan, banyak isu lain yang menghantui Sabah dan negara keseluruhan akan dapat diselesaikan dan diatasi dengan mudah.

Sesungguhnya RCI yang dianggotai oleh rakyat merupakan RCI yang paling mustajab untuk menyelesaiannya.

~aspanaliasnet~

Undi DAP Untuk Halang UMporNO Memerintah

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan Utusan Malaysia yang "mengharamkan" orang Islam daripada mengundi DAP adalah cubaan jahat Umno untuk terus kekal memerintah.

"Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno) perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu. Menurut Hadi, akhbar itu sengaja mengabaikan kerjasama yang terjalin di antara PAS, sebuah parti berasaskan Islam dan DAP selama ini apabila menyiarkan berita itu.

"Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS,
PKR, dan DAP.

"Tetapi media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian dengan mengaitkan gelombang kebangkitan parti berasaskan Islam lain di Timur Tengah yang menurutnya akan turut merebak ke seluruh dunia.

Seperti pemerintah negara Timur Tengah lain yang ditolak rakyat, masanya juga akan tiba buat Umno yang sekian lama memisahkan agama daripada pentadbiran negara, kata Mohamad.

"Umno kuat tapi dah sampai tarikh luput.

"Akhirnya sekarang kita tidak dengar lagi orang memisahkan politik dan agama," kata Mohamad Sabu.

~MK~

DAP Tolak Hudud Tak Sepelik UMporNO Tolak Hudud

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.

"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.


Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

~MK~

Sunday, August 12, 2012

Ini Yang Murujib Makin Takut Menjelang PRU13

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.

~MK~

Sokong DAP Hanyalah Politik Bukan Agama

Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

saifuddin abdullah evidence act forum 2Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.

Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat  haram bagi umat Islam menyokong DAP.

Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."

~MK~

Fatwa Abdullah UMporNO Sangat Bahaya

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi. Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

 Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peribgkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim tang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.  Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.

Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan.  Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.

'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.

Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil keatas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.

~Dr Maszlee Malik~

Wednesday, August 8, 2012

Shahrizat Menteri Dan Isteri Tunggul Kayu Kot?

Saya tak tahu suami saya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional yang nilainya berjuta-juta juta juta lemon tu!!!!!!!!!!

Fulamak macam barua la kenyataan macam tu keluar dari mulut seorang isteri yang juga bergelar menteri wanita yang dah bertahun-tahun dalam UMporNO. Apa kata kalau kita tanya pula suami kayu ni samaada dia tahu tak yang isteri dia ahli UMporNO? jadi menteri UMporNO? jadi MP UMporNO? kalah di Lembah Pantai dengan anak Anwar?

Kalau suami kayu ni pun kata saya tak tahu yang selama ni pun isteri saya jadi menteri memanglah dua-dua kayu dan mangkuk hayun.

Setahu akulah yang dah ada isteri ke mana saja aku pergi isteri aku akan tahu. Aku buat apa pun isteri aku akan tahu. Sebab aku akan bagitahu apa yang aku nak buat. Kalau tak bagitahu pun aku rasa isteri korang pun boleh agak apa yang korang buat.

Satu saja yang orang laki atau suami tak bagitahu kat isteri kalau dia nak kahwin lagi. Hahaha...

Kalau kayu ni kata saya tak tahu pun yang suami saya kahwin lain memang munasabah lah. Huahuahua kayu betul Shahrizat ni.

13 September Mungkin PRU13

Pakatan Rakyat menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada  mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

"Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

"Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

"Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

"Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.

~harakahdaily~

Murujib Marah Tak Kalau Rakyat Kata HARAM JADAH PUNYA PM?

Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.

Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.

Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus dan kos guaman.

Semua plaintif diwakili oleh peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Sementara itu Harris berkata, pihaknya akan menunggu untuk tindakan lanjut dalam tempoh 14 hari sama ada pihak defendan akan memfail mengenepikan saman atau meneruskan pebicaraan.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini.

Mazlan berkata, jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah, katanya.

~harakahdaily~

Lagu, Logo Dan Tema Tetap Sama

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini.

Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat.

Namun bagi Negeri Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.

"Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini.

"Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Lagu Merdeka

Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti.

"Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal.

"Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti," jelas beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka.

"Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka," katanya.

Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema 'Janji Ditepati' namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka.

Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', manakala bagi Negeri Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo alternatif yang sama sempena sambutan hari Kemerdekaan.

Logo sama itu juga turut akan digunakan oleh Kedah biarpun tema yang dipilih negeri itu berlainan dari tema yang ditetapkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Katanya perbezaan tema di  negeri itu dengan tema Pakatan Rakyat berlaku memandangan negeri Kedah telah memutuskan lebih awal melalui mesyuarat kerajaan negeri.

"Kita telah berbincang perkara ini dua minggu lepas namun bagi Kedah telah memutuskannya lebih awal.

"Keputusan negeri tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat kerajaan negeri kerana mereka tidak mahu menggunakan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat," jelasnya.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa Kedah akan menggunakan tema berlainan setelah melihat segala persiapan yang dilakukan oleh negeri itu.

"Namun diperingkat parti (Pakatan Rakyat), kita telah mengambil keputusan bahawa logo yang akan digunakan adalah selaras pada setiap negeri.

"Yang hanya membezakannya adalah dari segi tema sahaja," tambahnya.

Mustafa berpendapat, setiap apa yang diputuskan pada mesyuarat kerajaan negeri tidak boleh dipinda dan ia sudah terkandung dalam agenda mesyuarat kerajaan negeri.

~MK~

'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa'  untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah -  akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.

NONESinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa
Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.

Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.

Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN.

Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.

Sabah Akan Menjadi Negeri Pembangkang

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyatnya akan bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak yang berkenaan agar berhenti daripada menyebarkan desas-desus berkaitan perkara tersebut, susulan tindakan timbalan presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meninggalkan Upko.

"Upko menentang tindakan itu (ahli politik lompat parti). Khabar angin ini telah lama tersebar dalam parti. PM (Perdana Menteri) tahu mengenai perkara ini kerana saya telah maklumkan kepada beliau.

"Sekarang perkara itu telah berlaku dan saya yakin tidak ada lagi MP (anggota parlimen) dan ADUN yang akan keluar parti," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Dompok yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi melancarkan sambutan hari kebangsaan kementeriannya, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen, di Putrajaya. Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan 13 lagi ahli politik Sabah termasuk ADUN, MP dan senator akan keluar parti masing-masing dan menyokong pembangkang.

Bulan lepas Anggota Parlimen Beaufort yang juga Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukim dan Bumburing secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang menerusi penubuhan parti baharu Pakatan Perubahan Sabah.

Khamis lepas Dompok menepis khabar angin UPKO akan keluar daripada BN dengan menyatakan: "Kami fikir BN yang mampu berikan apa yang kami mahu."

Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing di Sabah, Dompok berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perincian termasuk terma rujukan serta senarai anggota panel pada Sabtu ini.

"Kami sudah lama meminta penubuhan RCI ini. Kami hargai keikhlasan Najib menubuhkan RCI bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak dahulu lagi.

"Saya telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri, tetapi hanya Najib bersetuju untuk menubuhkan RCI. Saya hormati beliau atas tindakannya itu," katanya.

~Bernama~

Saturday, August 4, 2012

Pengampu Tua Tersalah Ampu Murujib


Rakyat Malaysia kini bukannya boleh disangka seperti lembu oleh UMporNO. Cukup-cukuplah UMporNO nak perbodohkan rakyat Malaysia. Apa depa ingat depa belajar tinggi-tinggi sampai ke luar negara depa boleh tipu dan lembukan rakyat Malaysia?

Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka ‘Janji Ditepati’ dan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Rais ni biasalah khadam tua yang dah tua-tua ni takut tak terpilih lagi kalau BumNGOK menang untuk jadi menteri lagi. Lebih takut kalau ken jual hahaha.



Tak perasan ke yang UMporNO dan BumNGOK dah disembelih oleh rakyat hidup-hidup. Parti UMporNO dan BumNGOK akan jadi sejarah kerana lamanya memerintah dengan kuku besi, mahazalim lagi mahaFiraun.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Sehingga kini, si Rais khadam tua kutuk tak sedar diri masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan “Janji Ditepati” walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.

Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipertahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik.

Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia. Apa punya alasan bongok la mangkuk hayun ni bagi. Dah malu tu cakap jelah malu. Taruk jelah muka lu bawah tempurung tu.

Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – ‘Janji Ditepati’ yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai. Lagu yang lirik dan iramanya ntah apa-apa. Lagu pun kalau korang dengar dan baca mengajak rakyat untuk mengundi UMporNO dan parti BumNGOK. Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, “Janji telah ditepati, kini masa balas budi” amat menyinggung perasaan.

Kalau janji telah ditepati maka rakyat perlu balas budi dengan pangkah UMporNO dan BumNGOK lagi lah. Inilah yang dinamakan tolong macam barua. Tarak ikhlas punya orang. Tolong rakyat pun mau rakyat pangkah. Tapi rakyat Malaysia dah cerdik. KERAjaan BumNGOK bagi BR1M depa ambil sebab duit tu bukan kepala bapaka UMporNO punya. Itu duit rakyat.

KERAjaan buat klinik 1Malaysia, rakyat pergi mendapatkan rawatan sebab itu sudah menjadi tanggungjawab semua kerajaan di dunia untuk sediakan perubatan kesihatan kepada rakyat. Apalah punya bengap sangat Murujib nak berkempen. Buat kedai 1Malaysia sekalipun aku pernah pergi saja nak tengok-tengok harga. Mak datuk harganya lagi mahal dari kedai Cina sebelah rumah aku.

Yang murah tu yang ada logo 1Malaysia. Nak pastikan betul atau tidak orang kata jadi aku pun belilah satu produk 1Malaysia tu. Huihhhh tak boleh masuk dalam tekak sebab memang tak sedap setanding dengan produk yang ada brand di pasaran.

Kot ye pun kalau nak murah sangat janganlah sampai tak ada kualiti. Sebab tulah CAP pernah komplen ada sesetengah produk yang tidak boleh dimakan dan membahayakan pengguna. Ini nak bunuh rakyat ke apa cita ni???

Jadi KERAjaan patut malu sangat-sangat dengan lagu tema dan logo Hari Kemerdekaan yang lebih bersifat kempen PRU13. Dilihat dari tema Pakatan yang lebih realistik dan diterima rakyat ternyata UMporNO dan BumNGOK akan ditolak oleh rakyat dalam PRU13 ini nanti dan Murujib akan jadi sejarah sebagai bekas PM Malaysia yang menjadi PM bukan hasil dari undi rakyat tapi rampasan kuasa dari Pak Lah kemudian terus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. 




Siapa yang harus dipersalahkan dalam lawak bodoh menteri UMporNO ini? Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

Datuk Ramli Sertai PAS Menakutkan UMporNO

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub. Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini. Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".

~MK~

Transformasi Rasuah Terpimpin Kepala Hotak Kau

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

~MK~

Dokumen buktikan George Kent bohong

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syariDokumen buktikan George Kent bohongkat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

NONEDalam kenyataannya, Rafizi berkata, dalam surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales - "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi.

azlanSementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.

~MK~

Thursday, August 2, 2012

Tema Merdeka Pakatan Menepati Kehendak Patriotik Rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat tidak akan keliru malah sebaliknya tahu menilai yang mana tema Merdeka yang lebih sesuai antara yang dicadang Pakatan Rakyat dan kerajaan.

"Bagi saya tidak timbul sebarang kekeliruan dari rakyat apabila terdapat dua tema yang berbeza kerana semua rakyat telah menilai tema yang dikemukakan oleh kerajaan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Anwar menjelaskan demikian ketika ditanya berhubung dengan tema alternatif sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat semalam.

Semalam, Jawatankuasa Pemilihan Tema yang dipengerusikan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said mengumumkan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai alternatif kepada tema 'Janji Ditepati' yang dicadang kerajaan.

Ia kerana tema 'Janji Ditepati' itu mengambil slogan kempen jelajah BN yang disifatkan terlalu politik kepartian dan tidak relevan.

Dalam pada itu, Anwar berkata empat negeri di bawah Pakatan Rakyat akan terus menggunakan tema alternatif itu jika kerajaan tetap berdegil untuk meneruskan tema Janji Ditepati itu.

Beliau pasti bahawa tema yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat dapat diterima oleh segenap rakyat kerana maksud yang diutarakan khusus untuk semua dan bukannya kepentingan politik Pakatan Rakyat.

"Bagi saya tema untuk sambutan kemerdekaan tidak sepatutnya menjurus kepada agenda politik sepertimana dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional.

"Jelas tema janji ditepati adalah agenda politik yang mereka bawa di seluruh negara, tema perlulah khusus untuk semua peringkat sebab ia adalah program nasional bukan parti," kata Anwar.

~harakahdaily~

Saham Felda FGVH Jatuh Lagi

Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu.

Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan.

Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini.

Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum.

"Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini.

Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka.

"Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka.

"Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya.

~harakahdaily~

RM200k Dan Banglo Jika Sanggup Fitnah Anwar

Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam, yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.

Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

“Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.

"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya,” jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.

Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.

Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.

Dasar Auto PKR Terbaik Buat Rakyat Membeli Kereta

Dasar automotif cadangan PKR akan memberi manfaat kepada pemilik kereta sedia ada yang masih membayar ansuran kerana mereka akan mampu memakai kereta lebih baik tetapi tetap membayar jumlah yang sama.

NONEBagaimanapun, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pemilik kereta akan hanya memperoleh manfaat jika bertukar kepada kereta baru.

Ini kerana, dasar automotif yang dicadangkan PKR akan menyebabkan harga kereta terpakai turun ekoran penghapusan duti eksais, tambahnya.

Untuk menggambarkan perkara itu, Rafizi memberikan contoh seorang yang membayar ansuran RM600 sebulan dan masih berhutang sebanyak RM40,000 dengan bank.

Apabila duti eksais dihapuskan, harga kereta tersebut akan jatuh kepada RM25,000 dan sekiranya dijual di pasaran kereta terpakai, pemiliknya akan rugi RM15,000.

Bagaimanapun, jika pemilik kereta itu menukar kereta dan menaik taraf kepada kereta lebih baik, harga kereta lebih rendah dalam pasaran akan membolehkannya membeli kereta yang lebih baik pada harga RM40,000 dengan ansuran bulanan RM600 yang sama.

"Kalau saya, saya sanggup bayar RM600 sebulan untuk kereta Honda berbanding RM600 sebulan untuk Proton Saga," jelasnya kepada Malaysiakini selepas sidang media.

~MK~

Adakah 16 September Bakal Berulang?

Seperti menjelang episod 16 September, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan lebih banyak "berita baik" akan datang daripada Sabah.

"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik... Kita kena bersedia," katanya kepada pemberita dengan ringkas.

NONEDua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) minggu lalu meletakkan jawatan dalam parti.

Anwar (kanan) juga mendedahkan, perbincangan dengan Lajim and Bumburing sebelum ini berlangsung beberapa bulan.

"Saya sudah maklumkan pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," katanya.

Katanya, PKR juga bersedia memberikan kerusi kepada pihak yang baru dalam Pakatan dan ia menjadi jaminan kepada kedua-dua ahli politik itu.

"Sama ada mereka boleh bertanding, saya beri jaminan mereka boleh. Sama ada PKR atau DAP, mereka diberi pilihan (memilih).

"Tetapi ia harus bawah Pakatan, dengan persetujuan pemimpin-pemimpin parti," katanya lagi.

~MK~

PKR Musuh Penyelewengan Kroni UMporNO

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.
Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

NONE"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya.

Menurut Rafizi, pusat itu antara lain ditubuhkan dengan matlamat berikut:

(1) Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

(2) Melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

(3) Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pendedah maklumat tampil ke hadapan; dan

(4) Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

'Akta diragui masyarakat'
Ia juga, kata Rafizi akan berfungsi untuk membantu pendedah maklumat yang bukan sahaja tidak dibantu malah didakwa diburu kerajaan. Katanya, ia bertujuan mematikan budaya baru menggalakkan pendedah maklumat tampil ke hadapan.

"Akta Perlindungan Pemberi Maklumatyang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat," kata Rafizi.

Pelancarannya akan dilakukan pada 30 Ogos ini - sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia. Rafizi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada pusat itu.

~MK~

Dia Ni Bala Ke Bawa Bala?

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBercakap kepada Malaysiakini dalam satu temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari
Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa  temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
~MK~

Apa Tindakan Polis Belasah Peserta BERSIH 3.0?

Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.

"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...

bersih 3 rally 160512 10"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan.

"Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.

Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.

"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan.
~MK~

'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' Lebih Realistik Dari Tema Kempen Murujib

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

NONE"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Pakatan sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak.
Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan.
~MK~