Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail
mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya tidak
mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat
baru-baru ini.
Ini kerana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal
Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor itu, Umno BN
hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk
meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat
keputusan, lapor KeadilanDaily.
“Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen
di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita
untuk menjadi Ahli Parlimen.
“Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak
adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?” sindirnya
ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya
pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis
lalu sebagai ketinggalan zaman.
Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi.
Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di
bawah pemerintahan Umno BN.
“Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan
tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli
dengan tindakan,” ujarnya.
Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke
depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen.
Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga
memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat
Kerajaan Negeri (Exco).
“Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam
barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan
BN,” katanya.
Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita
Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita
Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan
negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita.
Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97
daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika
Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31),
Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia
(90).
Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan
mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan
ekonomi di Malaysia.
“Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat
keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau kita berjaya memerintah,
Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri
penuh,” katanya.
~harakahdaily~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment