
Pilu juga bila melihat peristiwa ini berlaku. Namun pergolakan ini berlaku menjelangnya PRU13 lagilah pilu. Tak kisahlah apa cerita yang dibawa oleh UMporNO atau PR tetapi masalahnya rakyat nak tahu dengan jelas apa yang berlaku???
Jangan puak UMporNO nak salahkan pemimpin pembangkang dalam isu ini. Kita ketepikan soal penceroboh... Kita masuk bab isu sebelumnya...
Katalah korang beli rumah. Lepas tu korang jual rumah tu secara lisan dengan duit deposit dah dibayar. Yelah nak tunggu urusan pinjaman bank, peguam lagi kan lambat dan makan masa. Jadi bayar deposit dah boleh tinggal dalam rumah tu. Sedangkan dokumen belum ditandatangan antara kedua belah pihak.
Lepas tu tuan rumah kedaun tu dah bangkrap tak ada rumah nak rumah tu semula dan halau pembeli tadi. Mau tak marah si mamat yang membeli rumah tadi. Dah lah bayar deposit cuma tunggu urusan pinjaman bank diluluskan sahaja.
Bila mendatangkan marah mahu sahaja si mamat pembeli rumah tadi nak hentak jer kepala tuan rumah kedaun tu kat dinding. Apalagi si tuan rumah kedaun tu pun repot polis kata si mamat pembeli rumah tu menceroboh rumahnya dan nak ambil hartanya.
Di sinilah kita nak lihat isu Lahad Datu dan Sabah sebagai isu negara. Takkanlah saja-saja jer penceroboh Kesultanan Sulu nak masuk Sabah dan mengaku nak buat tuntutan ke atas Sabah tanpa ada sebab musabab. Itu gila namanya. Rakyat nak tahu apa cerita di sebalik kejadian ini yang berlaku. Kalau nak tahu lebih tepat kenalah pergi tanya kaum Sulu yang dah lama menetap di Sabah. Siap dah jadi pengundi lagi setiap PRU.
No comments:
Post a Comment