
Dinamakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat', ia menghimpunkan orang ramai untuk mendengar amanat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya lalu yang didakwa sarat dengan penipuan dan perkara-perkara

Hujan renyai-renyai yang bermula sejak jam 7 petang dan berterusan hampir sepanjang malam tidak langsung merencatkan semangat orang ramai yang membanjiri Stadium Kelana Jaya seawal jam 6.30 petang.
Menginjak ke malam, semua


Bermula daripada persimpangan keluar Lebuh Raya Persekutuan menuju ke Kelana Jaya, jalan raya sesak dengan kenderaan mereka yang terperangkap di atas jalan

Situasi itu memaksa sebahagian peserta himpunan untuk meletak kenderaan mereka di tepi jalan Lebuh Raya Persekutuan dan berjalan kaki sejauh hampir lima kilometer untuk sampai ke stadium.
Di sebelah lagi


Di dalam stadium, semua tempat duduk serta padang dan ruang di tengah-tengah stadium dipenuhi orang ramai.
Padang yang lecak dan basah akibat hujan tidak menghalang peserta himpunan untuk melabuhkan punggung mereka bagi menanti kehadiran Anwar.
Satu setengah jam selepas majlis bermula, orang ramai masih berbondong-bondong bergerak memasuki stadium.
Dari luar sehinggalah ke dalam stadium, orang ramai bersorak dan melaungkan "Reformasi!",

Ia sedikit sebanyak

Sekitar 10 malam, Anwar tiba ke dalam stadium dan disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan "Kami anak Malaysia!" oleh peserta himpunan.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan setiap rakyat Malaysia mahu menuntut hak-hak mereka untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan mereka telah menolak BN dalam pilihan raya lalu.
Menyahut ucapan Anwar, orang ramai yang kini telah meningkat kepada 80,000 orang menjulangkan tangan ke udara sebagai tanda sokongan.
Menjelang lewat malam, Lebuh Raya Damansara Puchong yang merupakan lalu utama ke stadium menyaksikan sebahagian anak muda bersorak-sorak ke arah kenderaan yang lalulalang sambil memegang bendera PKR, PAS dan DAP di atas pembahagi lebuh raya.
Sorakan mereka disambut dengan lambaian dan bunyi hon dari pemandu-pemandu kenderaan.
Gelagat mereka dan kehadiran kenderaan dengan penumpang yang mengibar-ngibarkan bendera parti-parti Pakatan Rakyat di atas lebuh raya menjadikan suasana malam semalam seolah-olah keraian bagi merayakan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya yang lalu.
~MK~
No comments:
Post a Comment