REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, May 8, 2015

Analisis Rawak PRK Permatang Pauh

PRK P44 Permatang Pauh telah berlalu dengan kegembiraan terpancar pada riak wajah pejuang-pejuang Pakatan Rakyat terutama penyokong-penyokong tegar PKR. Apa tidaknya PKR telah menempah sejarah lagi rekod tanpa kalah selama 33 tahun sejak Anwar bertanding di situ dan diganti dengan isterinya Kak Wan.

PKR telah diumum memenangi PRK dengan jumlah undi 30316 undi manakala BN mendapat 21475. Bagi dua calon lagi mampos pilah kat depa tu sebab buat menyemak jer jadi calon. Majoriti yang dimenangi PKR ialah 8841 turun hampir tiga ribu berbanding pada tahun 2013 dengan mendapat majoriti 11721.

Walaupun BNGST mendabik dada mengatakan PKR telah kalah dalam majoriti tetapi umum mengetahui bahawa BNGST yang kalah teruk kali ini kerana pada tahun 2013 BNGST mendapat undi sebanyak 25369 turun hampir empat ribu undi. Ini menunjukkan pengundi-pengundi di Permatang Pauh telah menolak BNGST dengan isu-isu semasa kini.

Mengapa pula PKR merosot majoriti undinya???

Pertama, mungkin kerana jumlah yang keluar mengundi dalam PRK ini hanya lebih kurang 74 peratus. Mungkin pengundi-pengundi dari luar tidak pulang mengundi disebabkan jatuhnya pada hari bekerja. Ditambah pula kemungkinan ada majikan yang tidak beri cuti atau pelbagai karenah untuk pulang mengundi dengan syarat-syarat yang sukar diterima budi bicara. Seperti yang berlaku di Teluk Intan calon DAP Dyana kalah dengan Datuk Mah kerana peratusan keluar mengundi di bawah 70 peratus. Tetapi masih terbukti bahawa Permatang Pauh masih ramai lagi anak-anak muda yang menetap di situ sebagai penyelamat.

Kedua, propaganda BNGST yang mengatakan PAS memboikot berkemungkinan menyebabkan akar umbi PAS terus memboikot dengan tidak keluar mengundi atau mengundi parti BEBAS dan PRM. Nak kata PAS mengundi BNGST kerana menyokong hudud adalah tidak benar kerana undi BNGST pun telah merosot sebanyak hampir 4 ribu. Mungkinlah ada 100 atau 200 penyokong PAS yang mengundi BNGST. Lantak pilah kat depa tu.

Ketiga, kemungkinan juga ada pengundi-pengundi cina yang masih tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat sejak PAS dan DAP telah mencetuskan kegawatan dalaman dalam Pakatan Rakyat tetapi mereka tidak mahu mengundi BNGST. Jadi mereka terus memboikot dengan tidak keluar mengundi PKR.  Ini yang kita takutkan jika perkara ini berlarutan lagi sukar untuk PKR mengekalkan majoriti yang agak selesa.

Apa sahaja analisis awal kesemuanya perlu di ambil kira pelbagai faktor bukan bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat tetapi untuk menguatkan kembali mana-mana yang lemah dan menampung mana-mana yang kurang.

TAHNIAH kepada semua jentera Pakatan Rakyat terutama daripada PKR, DAP dan PAS yang sanggup turun berkempen dan bertugas sehingga kita meraikan detik-detik kemenangan dengan pesta perarakan DS Wan Azizah ke seluruh Permatang Pauh.

No comments: