REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, May 5, 2011

Dr Juanda Jangan Jadi Bongok Atau Bangang

PAS Perlis bersedia membekalkan maklumat-maklumat kepada kepada Mufti, Dr Juanda Jaya berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno. Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berkata demikian mengulas kenyataan Juanda yang mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS Umno sebagai pengkhianat Islam.

"Kita bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menjelaskan mengapa kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.

Sambil menyifatkan tuduhan Juanda itu sebagai keterlaluan, Ustaz Hashim berkata perwatakan Umno sejak dari dulu lagi tidak berubah khususnya tentang pandangan mereka terhadap perlaksanaan syariat Islam. Tambahanya, tuduhan Sahibussamahah itu adalah keterlaluan dan sepatutnya beliau menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

“Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja?” soalnya yang juga Adun Sanglang.

Menurutnya, sudah terlalu banyak yang Umno lakukan kepada PAS sebelum ini. PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dahulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri.

"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkah laku.

“Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.

~harakah~

No comments: