REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, May 5, 2011

PRS Tuntut Hadiah Dari bumNGOK

Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN di peringkat persekutuan dan negeri untuk menentukan "hadiah" yang perlu diberikan kepada parti itu sebagai tanda penghargaan sokongan padu pengundi Dayak.

Presidennya, Datuk Seri Dr James Jemut Masing berkata, kejayaan PRS yang menang lapan daripada sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April lalu menjadikan parti tersebut sebagai parti kedua terbesar dari segi jumlah kerusi selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

"Serah kepada pucuk pimpinan BN untuk tentukan, PRS melakukan yang terbaik, kita menang lapan daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan (dan) saya rasa pucuk pimpinan di peringkat negeri dan persekutuan patut mempertimbangkan ia, PRS patut mendapat "hadiah"," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan kemenangan PRS pada pilihan raya negeri Sarawak di Kuching malam tadi.

Masing berkata, beliau melahirkan rasa bimbang jika pengundi Dayak yang setia kepada BN tidak diberikan sesuatu, PRS pastinya akan berhadapan masalah pada pilihan raya umum dan negeri akan datang.

Menurutnya sokongan Dayak yang majoritinya di kawasan luar bandar banyak membantu dalam menentukan kemenangan BN pada pilihan raya negeri lalu.

Ditanya mengenai rancangan pengabungan PRS dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Masing berkata, pihaknya tidak menghadapi banyak masalah namun SPDP perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu.

"Pihaknya (PRS) tidak ada masalah, namun SPDP perlu selesaikan masalah mereka dulu dan kalau nak buat pengabungan ia perlu dibuat sebelum pilihan raya umum," katanya sambil menjelaskan jawatankuasa penggabungan terbabit sudah ditubuhkan sebelum ini.

Pada pilihan raya lalu PRS sebagai salah satu daripada empat komponen BN di Sarawak menang lapan kerusi DUN dan hanya tewas di Pelagus.

~Bernama~

No comments: