REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, May 4, 2011

Takut Laknat Rakyat Dari Laknat Allah

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjelaskan beliau memakai jaket kalis peluru ketika upacara mengambil sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

“Saya bekas konsulat kehormat dan jaket itu kepunyaan saya dan bukan milik orang lain. Saya memakainya apabila keadaan di masjid menjadi kecoh,” katanya sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap insiden itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada dua lagi rakannya dalam trio 'Datuk T' - ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim - memakai jaket yang sama.

Eskay juga memberitahu beliau dipanggil ke balai polis hari ini untuk menjelaskan mengapa membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

Menurut beliau, Shuib dan Rahim juga dijangka diambil keterangan mereka oleh polis pada petang ini.

Shazryl juga diasak oleh wartawan mengapa beliau menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis minggu lalu dan signifikan penyerahan jam tangan mewah jenama Omega, yang dikaitkan dengan pelaku dalam video seks berkenaan.

“Saya fikir ia ada kena mengena dengan jam itu... Saya memegang jam itu,” katanya.

Namun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.

"I (saya) pun tak tahulah, saya tidak benar-benar melihatnya (video seks itu.”

Dalam versi video 22 minit yang dimuatnaik di Internet pada Khamis lalu, jam Omega tidak kelihatan.

Eskay sebelum ini, ketika tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa pekerja seks dalam video tersebut 'mencuri' jam tangan daripada timbunan pakaian yang terletak di sebuah meja kecil.

Namun melalui pemerhatian di video berkenaan, lelaki itu dilihat mengambil pakaiannya di dalam bilik mandi selepas mengadakan hubungan seks, manakala wanita tersebut menyelongkar beg dan pakaiannya sementara menunggu di bilik.

~MK~

No comments: